Skip to main content

Tokoh PQS Unit 4: Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi


LATAR BELAKANG

  • Nama penuh : Sheikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf 
  • Dilahirkan di Makkah al-mukarramah pada 28 Zulkaedah 1313H bersamaan 1892M 
  • Sejak kanak2 beliau banyak menimba pengalaman dan pengetahuan agama daripada semua peringkat sehingga dikenali sebagai ulama melayu yang pertama di Mesir 
  • Ketika berumur 10 tahun beliau berjaya menghafaz 16 juzuk al-Quran di samping menghafaz beberapa kitab yang lain.ini membuktikan beliau mempunyai daya ingatan yang kuat 
  • Meninggal dunia pada pagi Jumaat bersamaan dengan 13 Oktober 1989M 
SIFAT PERIBAFDI

  • Ulama besar Nusantara Terkenal sebagai ahli bahasa dan mahir dalam bidang hadith, tafsir dan Fiqh 
  • Sangat menjaga maruah, bertaqwa dan kuat beribadat 
  • Berhemah tinggi dan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan di dalam dan luar negeri 
PENDIDIKAN 
  • Mendapat pendidikan awal di sekolah melayu kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak 
  • Setelah tamat belajar di sekolah rendah, beliau belajar di pondok Wan Muhammad, di Bukit Candan, Kuala Kangsar. 
  • Beliau meneruskan pengajian di pondok Tuan Hasin al-mas’udi di Kedah selama beberapa tahun.beliau melanjutkan pelajarannya di pondok Sheikh Ahmad Fathani di Bukit Mertajam, Seberang Perai dan seterusnya meneruskan pengajian di pondok Tok Kenali, Kelantan 
  • 1924M : beliau dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran ke Mesir. Beliau merupakan anak Melayu pertama belajar di peringkat tinggi di universiti al-Azhar,Mesir
KEJAYAAN IDRIS AL-MARBAWI DALAM PENDIDIKAN 
  • Berjaya menghasilkan kamus Arab-Melayu yang dinamakan Kamus al-Marbawi dan diikuti dengan Kamus al-jaib. Kedua-dua kamus ini banyak membantu pelajar melayu menguasai bidang bahasa Arab pendidikan 
  • Walaupun sibuk menyusun kamus namun beliau tetap gigih dan tekun dalam pelajarannya sehingga beliau 
  • Berjaya memperoleh ijazah al-‘aliah drpd universiti al-azhar. Beliau merupakan pelajar melayu pertama yang mendapat sijil tesebut. 
  • Setelah tamat pengajian beliau terus menetap di Mesir 
SUMBANGAN
  • Kemahiran beliau dalam menguasai bahasa Arab dan bahasa Melayu membantu beliau dalam penulisan utk menghasilkan kitab dalam bahasa Arab dan Melayu. Kitab2 yang dihasilkan merangkumi bidang hadith, fiqh, tafsir dan kamus 
  • Kejayaan beliau menghasilkan kamus pada tahun 1937M mendorong beliau menghasilkan kitab bahrul madzi sebanyak 22 jilid, kitab hadith yang pertama pernah diterbitkan dalam bahasa melayu tulisan jawi. 
  • Walaupun al-Marbawi bermastautin di Mesir berpuluh-puluh tahun, namun beliau tetap menggunakan bahasa melayu dan tulisan jawi sebagai bahasa ilmiah. Banyak kitab ditulis dalam bahasa melayu dgn tujuan kitab2 tersebut akan menjadi bahan bacaan orang melayu di tanah airnya dan Nusantara 
  • Beliau kemudiannya menulis kitab Bulughal-Maram iaitu kupasan hadith drpd sahih Bukhari. Daripada kupasan hadith, al-Marbawi menerokai bidang tafsir al-Quran dalam bahasa melayu. Dalam bidang fiqh beliau menulis kitab pati hokum ibadah dan usul islam. 
  • Ketokohan Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi ra sukar ditandingi oleh ulama melayu yang lain dalam bidang bahasa dan persuratan melayu 
  • Beliau dianugerahkan ijazah kehormat doktor persuratan oleh universiti kebangsaan Malaysia pada 5 Julai 1980M. Pada 1 Muharram 1408H bersamaan dengan tahun 1987M, beliau menerima anugerah tokoh Maalhijrah daripada kerajaan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 10:Bertemu Puteri Coleoptera  Farhani menghulurkan minuman yang diisi dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang dahaga dan keletihan. Farhani tergamam apabila Kim Yong yang selama ini bersikap sombong kini mengucapkan terima kasih kepadanya. KimYong berjanji bahawa dia tidak akan bersikap sombong terhadap Farhani dan rakan-rakannya lagi.  Farhani dan Kim Yong dibawa oleh Bara untuk mengadap Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong ke meja makan. Mereka berdua makan dengan gelojoh kerana kelaparan manakala Bara, Puteri Coleoptera dan Dara Bintik menikmati makanan mereka dengan tertib. Puteri Coleoptera menjelaskan niat jahat Komander Caucasus kepada dua orang manusia itu. Komander Causcasus mempunyai impian yang besar untuk menakluki kerajaan kumbang dan juga manusia. Komander Caucasus ingin mentransformasikan dirinya menjadi manusia bagi membalas dendam terhadap manusia yang banyak membunuh kumbang.   Bara menegaskan bahawa m

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 4: Di manakah Farhani?  Chea Mei resah memikirkan cara untuk meminta keizinan neneknya untuk pergi mencari kumbang bersama-sama dengan Farhani dan Mira. Dia mencuri-curi keluar dari rumahnya melalui pintu belakang apabila jarum jam menunjukkan angka pukul tiga setengah.   Setelah hampir dua jam Mira dan Chea Mei menantikan kemunculan Farhani di situ, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Farhani. Ibu Farhani, Puan Asmah mesra menyambut kedatangan Mira dan Chea Mei ke rumahnya tetapi kehairanan apabila Mira dan Chea Mei menyatakan tujuan kedatangan mereka untuk bertemu dengan Farhani. Puan Asmah dan Encik Adnan meminta Mira dan Chea Mei menceritakan semula keseluruhan peristiwa yang berlaku itu.   Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah. Mira membuat andaian bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus tetapi andaiannya itu disangkal oleh bapanya, Encik Zaina

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 16:Pertabalan Puteri Coleoptera Komander Caucasus,Dara Bintik,dan pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan ketika malam beransur siang. Dara Merah ingin menunaikan janjinya namun Bara memujuk kumpulan remaja itu untuk pulang selepas menyaksikan pertabalan Puteri Coleoptera sebagai tonggak kerajaan kumbang.  Puteri Coleoptera berterima kasih atas bantuan dan kerjasama Farhani dan rakan-rakannya dan menghadiahkan mereka lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik. Farhani menghadiahi Puteri Coleoptera sapu tangan merah jambu miliknya yang bersulam huruf   ‘F’manakala  Bara, lampu suluh mini milik Haikal dan Dara Merah dihadiahi cecair Endosulfan oleh Farhani. Puteri Coleoptera melantik Bara sebagai penasihatnya, manakala Dara Merah pula dilantik sebagai komander tentera. Seperti yang dijanjikan,Dara Merah menghantar Farhani dan rakan-rakannya ke gerbang dimensi yang menghubungkan mereka dengan dunia manusia.  Akhir