Skip to main content

Tokoh PQS Unit 3: Al-Imam Syafie RA

LATAR BELAKANG

Nama penuh: Muhammad bin Idris bin Uthman al-Abbas bin Uthman Syafi’ bin al-Saib 

Keturunan : Quraisy dan ibu bapanya berasal dari Makkah al-Mukarramah. Keturunan mereka mempunyai hubungan dengan nabi Muhammad SAW 

Tarikh lahir : pada bulan Rejab tahun 150H bersamaan 767M di Gaza, Palestin. Ketika mereka melawat Palestin, bapanya meninggal dunia ketika Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Beliau dilahirkan di rumah kerabatnya di Gaza Ketika berusia 2 tahun beliau kembali ke Makkah bersama ibunya. 

Gelaran : “al-Syafie” bersempena nama moyangnya yang ke-4, Syafi’ bin al-Saib 

Tarikh meninggal dunia : pada bulan Rejab tahun 204H bersamaan 821M di Mesir ketika berumur 54 tahun setelah berada di sana selama 6 tahun 


SIFAT PERIBADI

  • Fasih bercakap, suaranya menarik dan seorang qari yang masyhur 
  • Berakhlak mulia, kuat ingatan dan berhemah tinggi 
  • Sentiasa memelihara adab dan disiplin 
PENDIDIKAN 
  • Ketika berumur 9 tahun beliau telah menghafaz keseluruhan al-Quran 
  • Disebabkan minatnya yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan beliau mempelajari bahasa dan kesusasteraan Arab, adat resam dan kebudayaan Arab di sebuah kampung badwi bani Huzail.
  • Beliau tinggal di kg tersebut beberapa tahun hingga mahir dalam bidang penulisan dan menggubah syair dengan baik dan indah 
  • Kembali ke Makkah utk mempelajari ilmu fiqh drpd al-Imam Muslim bin Khalid az-Zinji, ulama dan mufti Makkah al-Mukarramah 
  • Mempelajari ilmu hadith daripada Imam Sufyan bin ‘uiyainah, ulama hadith yang masyhur di Makkah al- Mukarramah. 
  • Dalam masa yg sama beliau mempelajari al-quran di Masjidil Haram 
  • Semasa berumur 15 tahun Imam Syafie diberi pengiktirafan oleh guru2nya untuk menjadi guru (sheikh) di masjidil Haram dan kebenaran mengeluarkan fatwa 
  • Disebabkan kemiskinan keluarga, ibu bapa beliau tdk dapat membeli alat2 pembelajaran. Imam as-Syafie sering mengutip kertas di pejabat yang dibuang ke dalam bakul sampah untuk mencatat pelajarannya. Beliau tidak berasa hina melakukannya, bahkan menjadi cabaran untuk terus belajar Beliau menghafaz kitab “al-Muwatto' ” karangan Imam Malik sebelum ke Madinah untuk berguru dengannya 
  • Semasa tinggal di Madinah selama 6 bulan, beliau diakui kebolehannya oleh Imam Malik dan ulama terkemuka di sana 
  • Selepas itu, Imam Syafie ke Iraq untuk berguru dengan ulama di sana.setelah beberapa lama di sana beliau ke Parsi dan Palestin untuk menuntut ilmu di samping menyabarkan ilmu yang dipelajarinya. 
  • Kemudian beliau kembali semula ke Madinah untuk menziarahi Imam Malik 
  • Setelah beberapa lama di Madinah, beliau pergi ke negeri Yaman, Iraq dan kembali ke Makkah.
  • 17 Tahun kemudian beliau pergi ke Mesir sehingga meninggal enam tahun kemudian
PERKEMBANGAN
  • Walaupun beliau bekas pengikut mazhab Maliki dan Hanafi tetapi beliau membuat mazhab as-Syafie pengajarannya sendiri yang dikenali sebagai mazhab Syafie. 
  • Mazhab Syafie pada umumnya adalah sbg penyesuaian atau mengambil jalan tengah antara 2 aliran mazhab iaitu mazhab ahli hadith di Hijaz dan mazhab ahli al-Raa di Iraq. 
  • Pendapat dan hokum yang dikeluarkan semasa beliau di Makkah dan Madinah dinamakan “Qoulun Qadim” manakala pendapat yang dikeluarkan semasa beliau berada di Mesir dinamakan “Qoulun Jadid”. 
  • Pada peringkat awal Mazhab Syafie berkembang di Hijaz iaitu di Makkah dan Madinah. Kemudian tersebar di Mesir, Palestin dan negeri2 Afrika Utara. 
  • Ketika di Mesir Imam Syafie telah mengembangkan pengajarannya secara meluas sehingga ramai pengaikut dan anak2 muridnya menyebarkan ajaran tersebut ke luar Mesir 
FAKTOR PENYEBARAN
1. Dakwah
  • penyebaran islam secara tidak langsung turut menyebarkan aliran perkembangan mazhab as-Syafie 
2. Mazhab Syafie
  • mereka menyampaikan pengajaran di surau, masjid dan istana menggunakan kitab fiqh aliran mazhab Syafie 
3.Perdagangan
  • apabila pedagang memeluk islam, mereka terus menjalankan perniagaan di samping menyebarkan agama islam 
  • pedagang Arab sebahagiannya bermazhab Syafie dan berperanan menyebarkannya kepada penduduk setempat
  1. Pusat pengajian 
  • pusat pengajian diasaskan oleh ulama yang bermazhab Syafie 
  • kitab2 agama yang diajarkan di pusat penagjian tersebut juga adalah dikarang oleh ulama daripada mazhab Syafie. 
  • penuntut daripada pondok-pondok itu akan berkhidmat dalam masyarakat dan terus menyebarkan islam berasaskan mazhab tersebut 
  • penuntut2 asia tenggara yang melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Arab Saudi, apabila kembali ke tanah air akan mengajar di pondok, sekolah atau pusat2 penagjian tinggi di Negara masing-masing
SUMBANGAN 
Pengasas mazhab:
  • banyak mendapat pengalaman hasil pengembaraannya ke beberapa Imam as-Syafie buah negeri tempat perkembangan ilmu dan mazhab hukum. 
  • Mazhab beliau merupakan paduan daripada beberapa mazhab dan ijtihad sendiri 
Hasil kerja: 
  • ar-Risalah (mengandungi usulfiqh ) 
  • al-Ummu ( mengandungi ilmu fiqh ) 
  • al-Musnad ( mengandungi hadith2 Rasulullah ) 
  • Ikhtilaf al-Hadith -Kitabul Fiqh -al-Jami’ al-Kabir 
Murid Imam as-Syafie: 
  1. al-Imam Abu Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani 
  2. al-Imam al-Rabi’ bin Sulaiman bin Abdul Jabbar al-Murawi 
  3. al-Imam Abu Thaur Ibrahim bin Khalid bin al-Yamin al-Kalbi 
  4. al-Imam al-Hasan bin Muhammad al-Za’farani 
  5. al-Imam Ahmad bin Hanbal as-Syaibani

Comments

Popular posts from this blog

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 10:Bertemu Puteri Coleoptera  Farhani menghulurkan minuman yang diisi dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang dahaga dan keletihan. Farhani tergamam apabila Kim Yong yang selama ini bersikap sombong kini mengucapkan terima kasih kepadanya. KimYong berjanji bahawa dia tidak akan bersikap sombong terhadap Farhani dan rakan-rakannya lagi.  Farhani dan Kim Yong dibawa oleh Bara untuk mengadap Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong ke meja makan. Mereka berdua makan dengan gelojoh kerana kelaparan manakala Bara, Puteri Coleoptera dan Dara Bintik menikmati makanan mereka dengan tertib. Puteri Coleoptera menjelaskan niat jahat Komander Caucasus kepada dua orang manusia itu. Komander Causcasus mempunyai impian yang besar untuk menakluki kerajaan kumbang dan juga manusia. Komander Caucasus ingin mentransformasikan dirinya menjadi manusia bagi membalas dendam terhadap manusia yang banyak membunuh kumbang.   Bara menegaskan bahawa m

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 4: Di manakah Farhani?  Chea Mei resah memikirkan cara untuk meminta keizinan neneknya untuk pergi mencari kumbang bersama-sama dengan Farhani dan Mira. Dia mencuri-curi keluar dari rumahnya melalui pintu belakang apabila jarum jam menunjukkan angka pukul tiga setengah.   Setelah hampir dua jam Mira dan Chea Mei menantikan kemunculan Farhani di situ, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Farhani. Ibu Farhani, Puan Asmah mesra menyambut kedatangan Mira dan Chea Mei ke rumahnya tetapi kehairanan apabila Mira dan Chea Mei menyatakan tujuan kedatangan mereka untuk bertemu dengan Farhani. Puan Asmah dan Encik Adnan meminta Mira dan Chea Mei menceritakan semula keseluruhan peristiwa yang berlaku itu.   Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah. Mira membuat andaian bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus tetapi andaiannya itu disangkal oleh bapanya, Encik Zaina

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 16:Pertabalan Puteri Coleoptera Komander Caucasus,Dara Bintik,dan pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan ketika malam beransur siang. Dara Merah ingin menunaikan janjinya namun Bara memujuk kumpulan remaja itu untuk pulang selepas menyaksikan pertabalan Puteri Coleoptera sebagai tonggak kerajaan kumbang.  Puteri Coleoptera berterima kasih atas bantuan dan kerjasama Farhani dan rakan-rakannya dan menghadiahkan mereka lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik. Farhani menghadiahi Puteri Coleoptera sapu tangan merah jambu miliknya yang bersulam huruf   ‘F’manakala  Bara, lampu suluh mini milik Haikal dan Dara Merah dihadiahi cecair Endosulfan oleh Farhani. Puteri Coleoptera melantik Bara sebagai penasihatnya, manakala Dara Merah pula dilantik sebagai komander tentera. Seperti yang dijanjikan,Dara Merah menghantar Farhani dan rakan-rakannya ke gerbang dimensi yang menghubungkan mereka dengan dunia manusia.  Akhir