Bab 8 - Seteguh Karang
Pak Saidi berehat di pondok yang terletak di tepi sawah untuk berehat, tiba-tiba Karim datang menghampirinya lalu menyerahkan wang hasil jualan getah. Kemudian, Karim memberitahu Pak Saidi bahawa Abu menghasut Tok Ketua supaya mengambil tindakan ke atas Pak Saidi kerana menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Karim inginkan penjelasan daripada Pak Saidi sebab mengapa menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Petang itu rumah Pak Saidi didatangi oleh Tok Ketua Kampung, Lebai Pian, Karim dan Isa untuk mendengar penjelasan Pak Saidi. sedikit perbalahan telah berlaku antara Pak Saidi dengan Lebai Pian. Akhirnya Lebai Pian kehilangan kata apabila telah dibidas oleh Pak Saidi.
Bab 9 - Anak-anak Kampung
Adnan dan Mamat duduk di atas pangkin kayu untuk melepaskan penat setelah bermain perang olok-olok. Adnan telah mengajar Ahmad serba sedikit perkataan bahasa Inggeris. Pada malam itu, rumah Pak Saidi telah dicerobohi mencuri. Adnan dan Pak Saidi telah cuba untuk mengejar pencuri itu, Pak Saidi kagum dengan keberanian yang dimiliki Adnan. Tayar basikal Pak Saidi telah dibocorkan oleh pencuri itu. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Dia amat disenangi teman dan guru-gurunya.
Bab 10 - Masuk Jawi Basikal Baru
Adnan merupakan pelajar yang rajin dan disayangi gurunya seorang lelaki Inggeris bernama Anderson. Tambahan pula apabila Adnan mengatakan dia bercita-cita menjadi seorang askar. Adnan berasa risau akan dirinya yang akan dikhatankan tidak lama lagi. Selepas berkhatan, Pak Saidi telah berjanji untuk membelikan Adnan sebuah basikal baharu.
Bab 11 - Yakin Boleh
Adnan ingin mencuba menyertai pertandingan syarahan dalam bahasa Inggeris, rakan-rakannya telah mengejek Adnan. Cikgu Nazri telah tertarik dengan kesungguhan Adnan. Selepas itu, ramai rakannya yang lain turut ingin menyahut cabaran daripada Cikgu Nazri. Mak Milah menguji sikap anaknya yang berkobar-kobar dan berkeyakinan tinggi. Pak Saidi memberi kata-kata semangat supaya menguatkan lagi semangat Adnan untuk menang. Adnan telah menjuarai pertandingan tersebut.
Bab 12 - Jaguh Kampung
Adnan dan Budin telah berlawan dalam pertandingan tinju. Budin dan Adnan telah bertikam lidah sebelum pertandingan berlangsung kerana Budin tidak berpuas hati atas kemenangan yang berpihak kepada pasukan bola Sungai Ramal dalam perlawanan bola sepak. Pada hari itu, telah diadakan perlawanan tinju antara kampung Sungai Ramal dan Kampung Sungai Merab, Adnan dan Budin telah terlibat dalam pertandingan itu. Para penyokong telah menyokong dengan keghairahan. Kemudian penonton terkejut apabila melihat Budin dan Adnan berpelukan dan bersalaman.
Bab 13 - Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah Sungai Ramal namun Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan dalam kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.
Bab 14 - Askar Melayu Di Raja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Comments
Post a Comment