Posts

Showing posts with the label Bahasa Melayu

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 16:Pertabalan Puteri Coleoptera Komander Caucasus,Dara Bintik,dan pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan ketika malam beransur siang. Dara Merah ingin menunaikan janjinya namun Bara memujuk kumpulan remaja itu untuk pulang selepas menyaksikan pertabalan Puteri Coleoptera sebagai tonggak kerajaan kumbang.  Puteri Coleoptera berterima kasih atas bantuan dan kerjasama Farhani dan rakan-rakannya dan menghadiahkan mereka lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik. Farhani menghadiahi Puteri Coleoptera sapu tangan merah jambu miliknya yang bersulam huruf   ‘F’manakala  Bara, lampu suluh mini milik Haikal dan Dara Merah dihadiahi cecair Endosulfan oleh Farhani. Puteri Coleoptera melantik Bara sebagai penasihatnya, manakala Dara Merah pula dilantik sebagai komander tentera. Seperti yang dijanjikan,Dara Merah menghantar Farhani dan rakan-...

SINOPSIS KESELURUHAN TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Image
 Kim Yong telah hilang ketika mencari kumbang dan kehilangannya menjadi misteri kerana tiada wang tebusan yang dituntut setelah kehilangannya. Pelbagai andaian timbul ekoran kehilangannya itu. Farhani, dan kawan-kawannya yang bernama Mira, Chea Mei, Haikal, Devnath dan Wei menziarahi keluarga Kim Yong sebagai tanda simpati kepada mereka. Di sekolah, Cikgu Salimah telah memberi tugasan untuk mencari spesies serangga untuk zoo mini serangga sekolah. Farhani, Mira dan Chea Mei merancang mencarinya di pinggir hutan.   Disebabkan kawan-kawannya belum tiba, dia mencarinya dahulu. Kemudian, Farhani terjumpa sebuah rumah kayu usang yang terletak di bawah pohon jejawi. Dia masuk ke dalam rumah itu lalu ternampak satu lembaga besar sedang merenungnya. Lembaga hitam yang merenung Farhani ialah seekor kumbang. Tidak lama kemudian Mira dan Chea Mei tiba. Setelah menunggu selama dua jam, mereka pergi ke rumah Farhani. Ibu bapa Farhani terkejut dengan kehilangan Farhani.  ...

BAB 13-15 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 13:Terperangkap Haikal,Devnath dan Wei telah ditawan oleh tentera Caucasus dan dibawa ke mahligai Maharaja Caucasus. Maharaja Caucasus mengarahkan semua tawanan dipenjarakan kecuali anak-anak manusia. Maharaja Caucasus berang dan mengarahkan tenteranya mencari Farhani dan Kim Yong dengan segera setelah mendapati anak-anak manusia yang ditawan bukanlah Farhani dan Kim Yong.Ketika Farhani dan Kim Yong berada di kawasan air sungai yang jernih, mereka telah ditangkap dan diheret masuk ke dalam semak yang tebal.Seketika,Farhani tertanya-tanya status sebenar kumbang yang telah menyembunyikan dirinya dan Kim Yong daripada ditawan oleh tentera Caucasus tadi. Bab 14:Dipenjara  Dara Merah memperkenalkan dirinya dan dua kunang-kunang kepada Farhani dan KimYong. Dara Merah memaklumkan kepada mereka berdua tentang pembelotan Dara Bintik.Sebagai pengikut setia Puteri Coleoptera, Dara Merah memin...

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 10:Bertemu Puteri Coleoptera  Farhani menghulurkan minuman yang diisi dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang dahaga dan keletihan. Farhani tergamam apabila Kim Yong yang selama ini bersikap sombong kini mengucapkan terima kasih kepadanya. KimYong berjanji bahawa dia tidak akan bersikap sombong terhadap Farhani dan rakan-rakannya lagi.  Farhani dan Kim Yong dibawa oleh Bara untuk mengadap Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong ke meja makan. Mereka berdua makan dengan gelojoh kerana kelaparan manakala Bara, Puteri Coleoptera dan Dara Bintik menikmati makanan mereka dengan tertib. Puteri Coleoptera menjelaskan niat jahat Komander Caucasus kepada dua orang manusia itu. Komander Causcasus mempunyai impian yang besar untuk menakluki kerajaan kumbang dan juga manusia. Komander Caucasus ingin mentransformasikan dirinya menjadi manusia bagi membalas dendam terhadap manu...

BAB 7-9 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 7:Menghadap Maharaja Tanduk  Bara membawa Farhani masuk menghadap Maharaja Tanduk. Farhani kagum melihat keindahan ruang di dalam mahligai Maharaja Tanduk yang mempunyai lantai kaca warna kebiruan dan dinding putih mutiara yang dilimpahi cahaya daripada cengkerang kaum Bara. Dara Bintik memaklumkan kepada Bara bahawa Maharaja Tanduk murka kerana kelewatan membawa Farhani masuk menghadapnya. Farhani merasakan tubuhnya lemah setelah dia meminum air yang diberikan oleh Dara Bintik selepas memperkenalkan dirinya kepada Maharaja Tanduk. Dia diusung keluar dan dibawa ke suatu tempat. Farhani menyesal meminum air tersebut namun dia tidak berani menolak pemberian air itu. Bab 8:Disembunyikan Bunian?  Sudah masuk hari ketiga Farhani hilang menyebabkan warga sekolah gempar dengan kehilangan seorang lagi murid di Sekolah Menengah Seri Kencana. Cikgu Salimah menyesal kerana menugaskan anak muridnya mencari se...

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 4: Di manakah Farhani?  Chea Mei resah memikirkan cara untuk meminta keizinan neneknya untuk pergi mencari kumbang bersama-sama dengan Farhani dan Mira. Dia mencuri-curi keluar dari rumahnya melalui pintu belakang apabila jarum jam menunjukkan angka pukul tiga setengah.   Setelah hampir dua jam Mira dan Chea Mei menantikan kemunculan Farhani di situ, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Farhani. Ibu Farhani, Puan Asmah mesra menyambut kedatangan Mira dan Chea Mei ke rumahnya tetapi kehairanan apabila Mira dan Chea Mei menyatakan tujuan kedatangan mereka untuk bertemu dengan Farhani. Puan Asmah dan Encik Adnan meminta Mira dan Chea Mei menceritakan semula keseluruhan peristiwa yang berlaku itu.   Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah. Mira membuat andaian bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus tetapi andaiannya itu disangkal o...

Peristiwa Penting Leftenan Adnan bab 29-35

Image
Bab 29 ( Terus Berjuang ) Maklumat tentang tali barut yang mengintip bagi pihak tentera Jepun telah disampaikan ke pengetahuan Leftenan Adnan. Leftenan Adnan segera bertindak menyerbu rumah tempat persembunyian tali barut Jepun itu. Samad bersama-sama dengan tiga orang pengintip Jepun berjaya ditewaskan. Pada pukul 2.00 petang, Rejimen Askar Melayu Kompeni ' B ' yang mempertahankan Bukit Candu dibedil. Pasukan Jepun berjaya menawan kedudukan askar Melayu walaupun askar Melayu memberikan tentangan yang sengit. Mereka tewas kerana kekurangan peralatan ketenteraan. Akibat kehabisan peluru, askar Melayu sanggup bertempur dari jarak dekat dengan menggunakan bayonet. Bab 30 ( Serangan Balas ) Jepun menghantar wakilnya meminta Leftenan Adnan dan anak-anak buahnya agar menyerah kalah. Permintaan itu ditolak mentah-mentah oleh Leftenan Adnan. Leftenan Renya Mutuguchi tidak menduga tenteranya masih diberikan tentangan sengit oleh askar Melayu yang serba kekurangan dari segi...

Peristiwa Penting Leftenan Adnan Bab 22-28

Image
Bab 22 ( Hati-hati yang Resah ) Kapten Rix tiba di Bukit Candu untuk bekerjasama dengan Laftenan Adnan (m/s 188) Angkatan tentera Jepun berlayar menuju ke Laut China Selatan menuju ke Tanah Melayu bagi melancarkan sernagan (m/s 190 + 191) Intipan tentera British ke atas tentera Jepun di laut China Selatan (m/s 193) Kapal tentera Jepun hilang dari laluan asal dengan menukar arah laluan ke Teluk siam apabila mendapat arahan daripada Jeneral Tomoyuki Yamashita (m/s 192) Pesawat peninjau diarahkan meninjau perairan pintu masuk Tanah Melayu, Singapura dan Manila (m/s194) Leftenan Adnan dan Kapten Rix bersama –sama  mengumpulakan anggota dan member taklimat tentang kemaraan tentera Jepun supaya mereka meningkatkan kawalan keselamatan . (m/s 194 + 195) Leftena  Adnan , Pengawal dan pendudk kampong menunaikan solat hajat di masjid kampung Pasir Panjang (m/s195) Bab 23 ( Bermulanya sengketa ) Rancangan Jeneral Tomoyuki Yamashita member cadangan kepada Mah...

Peristiwa Penting Leftenan Adnan bab 15-21

Bab 15 ( Buku Bertemu Ruas )  Adnan terpaksa menahan ejekan dan cemuhan daripada beberapa orang pemuda di kampungnya. Bagi mereka, askar merupakan tali barut orang putih dan pembelot bangsa. Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Adnan bersama-sama dengan tiga orang rakannya yang lain menumpang sebuah lori untuk ke Port Dickson. Setibanya di Port Dickson, mereka berempat terus ke Kem Haig Lines. Perasaan mereka berdebar-debar ketika menjalani proses temu duga. Adnan telah terpilih menjadi tentera dan akan menjalani latihan ketenteraan . Kejayaan itu menjadi buah mulut orang di pelosok kampung. Pak Saidi mengadakan majlis doa bersempena dengan pemergian Adnan ke Port Dickson untuk menjalani latihan ketenteraan. Bab 16 ( Perwira )  Seorang pegawai mengalu-alukan kedatangan rekrut-rekrut baharu. Beliau mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata perangsang.  Daripada 1000...

Peristiwa Penting Leftenan Adnan bab 8-14

Bab 8 - Seteguh Karang Pak Saidi berehat di pondok yang terletak di tepi sawah untuk berehat, tiba-tiba Karim datang menghampirinya lalu menyerahkan wang hasil jualan getah. Kemudian, Karim memberitahu Pak Saidi bahawa Abu menghasut Tok Ketua supaya mengambil tindakan ke atas Pak Saidi kerana menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Karim inginkan penjelasan daripada Pak Saidi sebab mengapa menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Petang itu rumah Pak Saidi didatangi oleh Tok Ketua Kampung, Lebai Pian, Karim dan Isa untuk mendengar penjelasan Pak Saidi. sedikit perbalahan telah berlaku antara Pak Saidi dengan Lebai Pian. Akhirnya Lebai Pian kehilangan kata apabila telah dibidas oleh Pak Saidi. Bab 9 - Anak-anak Kampung Adnan dan Mamat duduk di atas pangkin kayu untuk melepaskan penat setelah bermain perang olok-olok. Adnan telah mengajar Ahmad serba sedikit perkataan bahasa Inggeris. Pada malam itu, rumah Pak Saidi telah dicerobohi mencuri. Adnan dan Pak Saidi telah cuba...

Remaja berwawasan penjana kemajuan negara

Image
  Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan merupakan pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara, bak kata pepatah 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara'. Generasi berwawasan dapat ditafsirkan sebagai golongan muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras dengan saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020. Dewasa ini, sekiranya kita ingin melihat pemimpin di masa hadapan, lihatlah remaja pada masa kini. Oleh itu, usaha untuk melahirkan remaja yang berwawasan semakin perlu untuk diberikan keutamaan. Hal ini demikian kerana remaja yang berwawasan dapat menjana kepada kemajuan negara.Persoalannya, bagaimanakah caranya seseorang remaja yang berwawasan dapat menjana kepada kemajuan negara?.   Pertamanya, remaja harus dididik dengan nilai-nilai Islami dan murni untuk menjadi remaja berwawasan. Hal ini demikian kerana minda golongan remaja amat terdedah kepada pengaruh baru malah akan mengalami ketirisan j...

BAB 1-3: TAWANAN KOMANDER CAUCASUS(TINGKATAN 3)

Image
  Assalamualaikum semua.. Saya kongsikan sinopsis novel Tawanan Komander Caucasus ni ikut bab. Novel ini hanya untuk kawasan Zon 2 iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan. BAB 1 : HILANG   Kehilangan Kim Yong mengejutkan banyak pihak. Ada yang mengatakan kehilangan itu dengan penculikan kerana Kim Yong merupakan anak hartawan yang telah meninggal dunia. Ada pula pendapat mengatakan bahawa Kim Yong melarikan diri dengan bapa tirinya yang garang dan mahu membolot harta yang diwarisinya. Malahan, ada yang mengatakan bahawa Kim Yong disembunyikan makhluk halus.      Kim Yong bersikap sombong dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya. Namun begitu, rakan-rakan sekelasnya iaitu Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Wei dan Devnath mengunjungi rumah Kim Yong untuk menunjukkan rasa simpati mereka terhadap ibu Kim Yong, Puan Lee. Di rumah itu, mereka mengetahui minat Kim Yong terhadap kumbang dan terdapat zoo mini yang menemp...

Dimensi DIRI : Isi karangan untuk Disiplin; Gejala Sosial; Makanan Ringan

Image
KEPENTINGAN DISIPLIN KEPADA PELAJAR ·          Seseorang yang mempunyai disiplin diri dapat membina jati diri   -mempunyai jati diri yang lemah -pengaruh media massa dan pengaruh kawan yang kuat -Kesannya , remaja tidak berminat dalam pelajaran kerana terlalu berminat dalam pelajaran dan menumpukkan perhatian dan masa kepada media massa atau kawan ·          sikap disiplin dalam seseorang dapat meningkatkan kesedaran remaja dalam pelbagai perkara -tidak menyedari kepentingan akademik dan suka hidup dalam mimpi  -suka melepak ,merokok dan hidup dalam alam fantasi mereka -Akhirnya , mereka lupa daratan dan hilang arah tuju ·            disiplin yang ada pada seseorang remaja dapat menetapkan masa depan seorang remaja -Remaja alaf baharu ini mudah hilang arah tujuan kerna mereka tiada motivasi diri  -tidak membuat jadual ...