BAB 13-15 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)


Bab 13:Terperangkap
Haikal,Devnath dan Wei telah ditawan oleh tentera Caucasus dan dibawa ke mahligai Maharaja Caucasus. Maharaja Caucasus mengarahkan semua tawanan dipenjarakan kecuali anak-anak manusia. Maharaja Caucasus berang dan mengarahkan tenteranya mencari Farhani dan Kim Yong dengan segera setelah mendapati anak-anak manusia yang ditawan bukanlah Farhani dan Kim Yong.Ketika Farhani dan Kim Yong berada di kawasan air sungai yang jernih, mereka telah ditangkap dan diheret masuk ke dalam semak yang tebal.Seketika,Farhani tertanya-tanya status sebenar kumbang yang telah menyembunyikan dirinya dan Kim Yong daripada ditawan oleh tentera Caucasus tadi.

Bab 14:Dipenjara
 Dara Merah memperkenalkan dirinya dan dua kunang-kunang kepada Farhani dan KimYong. Dara Merah memaklumkan kepada mereka berdua tentang pembelotan Dara Bintik.Sebagai pengikut setia Puteri Coleoptera, Dara Merah meminta kerjasama Farhani dan KimYong untuk membebaskan Puteri Coleoptera dan yang lain dan sebagai balasan,dia berjanji untuk membantu Farhani dan rakan-rakannya pulang ke dunia manusia.

 Sementara itu, di dalam penjara yang berbau hapak dan busuk Wei,Devnath dan Haikal berasa sebak dan sedih apabila terkenang akan keluarga masing-masing. Di kem persembunyian Dara Merah, Farhani menggenggam sebotol cecair Endosulfan yang  dijumpainyasewaktu dia kembali ke tempat mereka ditawan. Farhani percaya bahawa Haikal yang membawa cecair yang boleh membunuh kumbang jahat itu.

 Tengah malam,Dara Merah,Farhani,Kim Yong dan dua kunang-kunang mengatur strategi bagi membebaskan Puteri Coleoptera dan yang lain.Dara Merah mengambil botol kecil itu daripada tangan Farhani untuk digunakan sebagai salah satu alat bagi menewaskan Maharaja Caucasus. Di dalam Penjara,Haikal,Wei dan Devnath terdengar Farhani yang menyuruh mereka bersiap sedia untuk melarikan diri.


Bab 15:Pertarungan
 Malam kian larut sewaktu Dara Merah,Farhani,Kim Yong dan dua kunang-kunang tiba di mahligai ketua kerajaan kumbang. Dara merah selamba melewati pintu mahligai denganbotol kecil berisi Endosulfan di dalam genggaman tangannya.Farhaniyang menggigilkesejukan akibat basah terkena hujan bersembunyi di balik pagar. Dia sudah bersedia sekiranya Dara Merah gagal dalam misinya. Dara Merah telah menyamar sebagai Dara Bintik untuk memasukkan setitis cecair Endosulfan ke dalam minuman Maharaja Caucasus.

 Ketika di dapur,Dara Merah menyuruh kumbang spesies Weevil supaya berehat dan membiarkan dia membawa minuman itu kepada Maharaja Caucasus. Dara Merah meletakkan minuman itu diatas meja kecil sebelum bergegas meninggalkan kamar itu tetapi dipanggil oleh Maharaja Caucasus. Maharaja Caucasus mempelawa Dara Merah yang menyamar sebagai Dara Bintik untuk meminum air itu atas dasar kesetiaannya namun dia menolak dan hanya akan meminum sisa minuman Maharaja Caucasus.

 Penyamaran Dara Bintik terbongkar. Maharaja Caucasus mencederakan Dara Bintik dengan mengayun tangannya yang dipenuhi duri tajam. Maharaja Caucasus jatuh tersungkur akibat cecair tersebut. Dengan segera Dara Merah keluar dari tempat itu. Di penjara,Kim Yong dan Farhani mebebaskan rakan-rakannya dan dengan bantuan beberapa ekor kumbang yang setia pada Dara Merah,mereka menjadi penunjuk jalan dengan melalui terowong rahsia yang dibina oleh kumbang-kumbang yang memberontak. Farhani dan rakan-rakannya menemui Bara dan yang lain di pertengahan terowong.Tidak jauh dari lubang terowong, kedatangan mereka telah dinantikan oleh tentera Caucasus namundisebabkan kecekapan Farhani,tentera Caucasus masing-masing pengsan setelah disembur dengan cecair Endosulfan. Setelah keadaan mengizinkan,barulah Farhani dan yang lain menanggalkan topeng keselamatan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 7-9 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)