Posts

Showing posts with the label resepi

PUDING ROTI CUSTARD SIMPLE DAN SEDAP

Image
ROTI DH NAK EXPIRED?? Jom Try Puding Roti Custard! Biasa kalau kita beli roti gardenia mesti ada lebihan kan... Tak tahu nak buat apa dgn lebihan roti yg dh nak dkt expired? Jom kita buat puding roti dgn sos custard... BAHAN-BAHAN : BAHAN A : 1. 7-8 keping roti 2. 2 sudu besar butter yang dicairkan 3. 3 sudu besar kismis BAHAN B :  1. 500ml@2cawan susu segar / susu cair 2. 4 sudu besar gula halus  3. 2 biji telur 4. 1 sudu teh vanilla 5. 1 sudu teh cinnamon powder CARA-CARA: 1. Satukan bahan-bahan B. 2. Calitkan butter ke seluruh bahagian loyang. Koyakkan roti dan susun dalam loyang. 3. Tuangkan bahan B ke dalam loyang. Pastikan semua roti tenggelam dan biarkan selama 10-15 minit supaya bahan meresap dalam roti. 4. Masukkan separuh kismis dan mentega yang sudah dicairkan. Gaulkan bahan dengan sebati. 5. Taburkan lebihan kismis di atas adunan. 6. Bakar adunan pada suhu 180'C selama 30 minit sehingga masak. kalau tak cukup masak boleh tambah lagi masa untuk beberapa minit. ...

🌸Resepi Pancake Mudah dan Gebu🌸

Image
PANCAKE GUNA 5 BAHAN Salam semuaa...ha dah tau ke nak sarapan apa harini?.. Kalau tak tahu nak masak apa, saya nak share resepi utk buat pancake gebu macam gambar ni.. Maaf warna bawah tu terlebih masak pula😅 Saya jamin pancake ni sedap dan mudah..hari tu buat sekejap je habis.. makan sampai petang pon masih lembut walaupun dah sejuk... BAHAN-BAHAN : 1 cawan tepung gandum 2 sdt  baking powder Kalau nak senang terus guna tepung naik sendiri jd tak payah tambah serbuk baking powder Secubit garam 2 sdb gula halus / kastor 1cawan susu kotak  Full-cream / susu cair  1 biji telur gred A, dikocok 2 sdb  butter , dicairkan 1 sdt esen vanila CARA-CARA 1. Asingkan Bahan Kering & Basah Mula-mula, satukan bahan-bahan kering – iaitu tepung,  baking powder,  garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan. Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – iaitu susu,  butter  yang telah dicairkan,...

🌸AISKRIM HOMEMADE PALING MUDAH & SEDAP🌸

Hai guys ok hari ni saya share resepi saya jumpa drpd fb.. Resepi aiskrim ni sangat mudah dan senang.. Ni sya dah buat minggu lepas.. klu coklat saya guna serbuk koko.. yg kuning tu perisa jagung.. yg pink tu rasa strawberry.. mmg sedap.. x perlu lagi lah rasanya nk beli dkt kedai bila teringin nk makan ice ream.. selain sedap, kost bahan2 pn x lah mahal sangat.. sya dpt buat 5 bekas hanya setin susu pekat manis setin susu cecair.. selebihnya perisa dan ovalette vanila.. nk sedap lgi letakan sedikit tepung jagung.. mmg kaw kaw makan sampai koma😂😂  Resepi aiskrim : BAHAN2 NYA : ✔️ 1 tin susu cair ✔️ 1 sdb ovalette ✔️ 2 sdb susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis boleh tmbah smpi scukup rasa) ✔️ 1 sdk esen vanila ✔️ Milo secukupnya ( xkesah nak letak banyak mana, kalo xde milo guna koko pon bole) Kalau tak suka milo bole je tukar perisa lain cm stoberi, jagung, keladi or pape je..hehe CARA2NYA: ✔️ Campurkan semua bahan2 kat atas tu kemudian pukul guna mixer or bl...

🌸RESEPI KEK MARBLE MUDAH 4 BAHAN JE🌸

Image
Apa khabar semua? Hari ni nak update resepi buat kek marble paling mudah...Kami biasa panggil kek pelangi uwan je Formula dia 1125... arwah uwan selalu cerita atuk panggil resepi dia wanwantupai😂 So bahan-bahannya senang je... 1 cawan tepung seperti gambar di atas 1 buttercup 250g (tak kisah jenama apa atau guna butter pon asalkn berat dia 250g ) 2 cawan gula *x kisah yg kastor atau kasar 5 biji telur Cara-caranya adalah seperti berikut : *syarat dia SILA PASTIKAN BARANGAN UNTUK MEMBUAT KEK INI KERING DAN TIADA SETITIK AIR PON TERKENA DEKAT ADUNAN...kalau x nnti kek ni merajuk Pecahkan 5 biji telur yang sudah dibasuh ke dalam blender bersama dengan 1 buttercup dan 1 gelas gula tadi..*pastikan adunan diblender sehingga halus Masukkan adunan yang telah diblender ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan 2 cawan tepung ke dalam adunan tersebut. Kacau sehingga adunan tersebut sebati dan lembut. Kemudian, bahagikan adunan kepada 3@4 bahagian. Masukkan adunan yang ...

Kuih Kaswi Pandan

Image
Assalamualaikum semua... RAMADHAN KAREEM.. Hari ni saya ingin berkongsi satu resepi untuk berbuka puasa. Mudah saja, hanya memerlukan beberapa bahan: BAHAN-BAHAN: 2/3 cawan gula pasir 2 cawan air 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung beras 3/4 cawan jus pandan(kisar daun pandan 4 helai) Secubit garam 1 sudu air kapur Sedikit pewarna hijau(tak letak pun takpe) CARA-CARA MEMASAK: Masakkan 2/3 cawan gula pasir dengan 2 cawan air sehingga larut dan mendidih Kemudian, sediakan satu mangkuk dan satukan bahan-bahan di atas kecuali air gula yang sedang dimasak. Gaulkan bahan tersebut sehingga rata. Selepas itu, tuang air gula yang sudah dimasak ke dalam mangkuk yang berisi bahan yang sudah digaul rata tadi.  Kemudian, gaulkan air gula dan bahan tersebut sehingga rata. Seterusnya, masak bahan yang sudah digaul bersama air gula dengan api yang perlahan dan kacau sehingga likat. Pastikan anda tidak berhenti mengacau. Pastikan adunan tadi tidak terlalu pekat. Akhir...