Tokoh PQS Unit 4: Imam Ahmad bin Hanbal

LATAR BELAKANG
  1. Nama penuh: Ahmad bin Muhammad bin Hanbal 
  2. Tarikh Lahir :pada bulan Rabi’ulawal tahun 164H bersamaan 780M pada zaman Khalifah Muhammad (Khalifah kerajaan Abasiyah) di Baghdad, Iraq al-Mahdi. Ibu bapanya berasal dari Khurasan. Mempunyai hubungan dengan keturunan nabi Muhammad pada Madhir, datuk baginda yang ke-18. Gelaran : Hanbal adalah nama datuknya yang menjadi panggilan masyhur kepada Imam Ahmad utk menghormati keturunannnya 
  3. Tarikh meninggal dunia : pada hari Jumaat, bulan Rabi’ulawal tahun 241H bersamaan 855M di Baghdad ketika berusia 77 tahun 
  1. SIFAT PERIBADI
  • Suka berpakaian putih bersih dan kemas 
  • Berperibadi mulia, merendah diri, pendiam dan sangat kuat memelihara maruah dan agamanya 
  • Suka bergaul dengan org fakir miskin 
  • Berani dan tegas pendirian dalam membela kebenaran 
  • Bertaqwa dan kuat beribadat, khatam al-Quran setiap 7 malam sekali dan solat sunat 300 rakaat sehari semalam 
  • Bersifat zuhud, warak, pemurah dan berhemah tinggi 

PENDIDIKAN
  • Beliau membawa dakwat dan kertas kemana sahaja untuk mencatat sesuatu 
  • Menghafaz al-Quran dan sebilangan hadith sejak kecil 
  • Mendapat pendidikan awal di Baghdad yang terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan. 
  • Beliau dibesarkan di sana dan mempelajari ilmu pengetahuan agama sehingga menjadi ulama terkemuka 
  • Setelah berusia 16 tahun Imam Ahmad keluar dari Baghdad utk mendalami ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup 
  • Beliau mengembara ke Kufah, Basrah, Syam dan Yaman utk mempelajari ilmu Hadith 
  • Beliau bangga kerana mampu belajar melalui wang yang diusahakannya sendiri dan tidak menerima bantuan kewangan daripada org lain 
  • Meneruskan pengajian di Makkah dan Madinah untuk mengetahui kebenaran sesuatu Hadith yang dipelajari 
  • Mempunyai ramai guru dalam pelbagai bidang ilmu fiqh, hadith, usul tafsir, sejarah dan bahasa
Ketokohan 
  • Sanggup mengembara selama beberapa bulan untuk menyelidiki satu atau dua hadith Ahmad.
  • Beliau pergi ke Yaman utk mendengar dua hadith sahaja daripada Ibrahim bin ‘Aqil dan bidang hadith sekali lagi utk mendengar daripada perawi hadith lain 
  • Dengan mencatat hadith2 drpd Abu Yusuf, beliau seterusnya menuntut selama 4 tahun dengan ulama hadith terkenal Hasyim bin Basir. 
  • Beliau menemui al-Imam as-Syafie pada tahun 189H semasa lawatan ke Hijaz dan bertemu sekali lagi di Baghdad Imam Ahmad mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu hadith sehingga al-Imam as-Syafie ra sendiri merujuk kepada beliau mengenai kesahihan hadith tertentu 
  • Beliau menghormati kebijaksanaan Imam Syafie dalam aspek pemahaman dan cara beliau menggunakan qias Imam Ahmad belajar fiqh daripada Imam Syafie dan menghuraikannya sendiri berdasarkan hadith.
  • Beliau menjadi ahli fiqh dan usuluddin yang terkenal 
  • Imam Syafie mengakui ketokohan Imam Ahmad, katanya 
“Saya meninggalkan Baghdad pada ketika tidak ada orang yang lebih soleh dan lebih Faqih daripada Ahmad bin Hanbal” 
  • Memulakan kaliah hadith ketika berumur 40 tahun. 
  • Dalam satu sesi kaliah hadith, 5000 org menghadiri syarahan beliau dan 500 orang mancatat huraiannya 
  • Seorang ulama ahli hadith terkenal, Ibrahim al-Hirbi menghargai keilmuan Imam Ahmad, katanya 
“Saya pernah menemui Ahmad bin Hanbal. Nampaknya seolah-olah dia berupa khazanah segala ilmu yang diberi kepada manusia dulu dan sekarang. Beliau mengeluarkan apa yang dikehendaki dan menahan apa yang tidak ingin didedahkan” 
SUMBANGAN
Bidang hadith 
  • beliau menyusun hadith dengan rapi, tersusun dan sempurna menurut nama sahabat yang meriwayatkan satu persatu. Susunan ini dibuat dalam berpuluh-puluh jilid kitab yang dinamakan “al-Musnad”. Kitab ini mengandungi 40 000 hadith , antaranya 10 000 hadith yang diriwayatkan berulang-ulang. Menurutnya hadith sahih dan hasan boleh dijadikan hujah dalam pengambilan hokum 
  • sangat teliti menyelidiki hadith2 nabi yang dikumpul utk membersihkannya drpd pemalsuan. Usaha beliau menyukarkan musuh2 islam mempertikai kebenaran hadith Rasulullah SAW. 
  • dengan berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah, al-Imam Ahmad dianggap sbg pemimpin ahli as-Sunnah yang menentang penyelewengan golongan mu’tazilah
Pengasas mazhab
  • pada umumnya mazhab ini lebih mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah 
  • Pegangan yang kuat terhadap hukum menjadikan Imam Ahmad masyhur dalam perundangan Islam. Beliau menolak pendapat yang tidak sesuai dengan al-Quran dan as-Sunnah 
  • melarang umat islam bertaklid dalam urusan agama dan menggalakkayn menggunakan ilmu pengetahuan dan kefahaman menurut al-Quran dan as-Sunnah 
  • dasar hukum mazhab ini ialah: 
  1. al-Quran  
  2. as-Sunnah darjat kepada hadith Hasan 
  3. Fatwa sahabat 5.QiasPenulisan 
  4. Hadith Dhoif yang boleh dinaikkan 
Penulisan
  1. Kitab an-Nasikh wa al-Mansukh 
  2. Kitab Thoatil Rasul 
  3. Kitab ‘Ilal 
  4. al-Manasik al-Kabir 
  5. al-Manasik al-SoghirMurid
  6. tafsir al-Quran 
  7. al-Musnad  
Murid-murid Imam Ahmad
  • Al-Imam al-BukhariAhmad 
  • Al-Imam Muslim 
  • Al-Imam Abu Daud 
  • Al-Imam Abu Zur’ah ar-Razi 
  • Al-Imam Abu Bakr al-Athram 
  • Al-Imam Ibn Abi ad-Dunya

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 7-9 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)