MULA DENGAN KECIL, MULA DENGAN BETUL
Ketika baru ingin menceburi dunia bisnes, mulakan dengan yang kecil dahulu.
Mulakan dengan apa yang ada di tangan.
Mulakan dengan bakat dan kemahiran yang ada. Jika mempunyai modal, mulakan dengan modal yang kecil. elakkan bisnes pertama dengan berhutang.
Bisnes servis adalah bisnes yang baik untuk dimulakan untuk orang bisnes yang tidak mempunyai modal. kita beri servis, mereka bayar perkhidmatan kita.
Mulakan bisnes kecil sendiri dengan menjual produk orang lain. Ini langkah permulaan yang bagus dilakukan oleh orang bisnes start up. Di sinilah kita mula belajar sepak terajang dalam dunia bisnes.
Mula dengan bisnes trading :
+ Cari produk yang mempunyai permintaan yang tinggi.
+ Elakkan menyimpan stok yang banyak.
+ Berniaga secara tunai.
+ Jual produk yang menjadi keperluan orang ramai.
+ Cari mentor dan guru bisnes yang sesuai dengan saiz bisnes kita.
Jika bisnes tidak menjadi, kita tahu modal yang terbakar itu kecil dan kita boleh mulakan semula dengan idea bisnes yang baru. modalnya kita bileh cari semula.
Apabila berlaku perkara yang mengecewakan dan bisnes terpaksa ditutup, modal yang terbakar itu ialah bayaran cukai kebodohan kita dalam dunia bisnes. Jadikan bisnes pertama sebagai sekolah bisnes untuk kita belajar. jangan putus asa.
Tidak perlu menunggu ilmu bisnes sempurna untuk kita mulakan bisnes, mulakan bisnes dan perbaiki dari masa ke semasa. Kita berniaga sambil belajar.
Elakkan dari membuat pinjaman atau berhutang. Mulakan dengan modal sendiri. Sekiranya ada modal kecil, mulakan dengan kecil. Usah tambah hutang sekiranya pinjaman PTPTN pun belum habis dibayar.
Mulakan bisnes dengan modal yang kecil dan angan-angan yang besar.
BERANGAN ITU PERCUMA
"Once in your life, try something,
Work hard at something,
Try to change,
Nothing bad can happen."
- Jack Ma-
Comments
Post a Comment