BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 4: Di manakah Farhani?
 Chea Mei resah memikirkan cara untuk meminta keizinan neneknya untuk pergi mencari kumbang bersama-sama dengan Farhani dan Mira. Dia mencuri-curi keluar dari rumahnya melalui pintu belakang apabila jarum jam menunjukkan angka pukul tiga setengah. 
 Setelah hampir dua jam Mira dan Chea Mei menantikan kemunculan Farhani di situ, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Farhani. Ibu Farhani, Puan Asmah mesra menyambut kedatangan Mira dan Chea Mei ke rumahnya tetapi kehairanan apabila Mira dan Chea Mei menyatakan tujuan kedatangan mereka untuk bertemu dengan Farhani. Puan Asmah dan Encik Adnan meminta Mira dan Chea Mei menceritakan semula keseluruhan peristiwa yang berlaku itu. 
 Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah. Mira membuat andaian bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus tetapi andaiannya itu disangkal oleh bapanya, Encik Zainal. Encik Adnan yakin bahawa Farhani selamat.
Bab 5:Tawanan Chalcosoma Caucasus

Farhani berdepan dengan seekor kumbang yang besar berketinggan satu setengah meterdan pandai berkata-kata. Kumbang tersebut memarahi dan menuduh farhani sebagaimakhluk allah yang paling zalim kerana mengurung kaumnya dan dijadikan bahan uji kaji dimakmal.Farhani menyangkal dakwaan kumbang tersebut dan memberi penjelasan kepadanya.

Kumbang itu meperkenalkan dirinya sebagai Komander Chalcosoma Caucasus sebagai ketua tentera kerajaan kumbang.Farhani dikelilingi oleh spesies Chalcosoma Caucasus.Komander Caucasus menuduh manusia yang menyebabkan spesiesnya kian terancam akibat terkena racun yang diletakkan di dalam tanaman,iaitu makanan mereka.

 Farhani menyangkal tuduhan itu.Komander menggertak Farhani sebagai bahan makanannya.Komandermeminta Bara membawa Farhani masuk ke dalam kota sebagai tawanan.Farhani menggeletar apabila mendengar kata-kata kumbang itu yang mahu menjadikannya sebagai makanan mereka selama berbulan-bulan.

Bab 6: Menjelajah Kota

 Bara menjalankan tugas dengan membawa Farhani menelusuri terowong-terowong gelap yang bercabang-cabang. Bara memberitahu Farhani bahawa dia merupakan kumbang spesies Lampyridae apabila  Farhani memuji kecantikan tubuh Bara yang bersinar-sinar mengeluarkan cahaya. Farhani melihat kota yang diperbuat daripada batu yang kukuh, berbentuk segi empat dan kelihatan sama di mana-mana. Farhani terpegun seketika melihat pintu gerbang di hadapannya yang sungguh indah.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 7-9 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)