BAB 7-9 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 7:Menghadap Maharaja Tanduk

 Bara membawa Farhani masuk menghadap Maharaja Tanduk. Farhani kagum melihat keindahan ruang di dalam mahligai Maharaja Tanduk yang mempunyai lantai kaca warna kebiruan dan dinding putih mutiara yang dilimpahi cahaya daripada cengkerang kaum Bara. Dara Bintik memaklumkan kepada Bara bahawa Maharaja Tanduk murka kerana kelewatan membawa Farhani masuk menghadapnya. Farhani merasakan tubuhnya lemah setelah dia meminum air yang diberikan oleh Dara Bintik selepas memperkenalkan dirinya kepada Maharaja Tanduk. Dia diusung keluar dan dibawa ke suatu tempat. Farhani menyesal meminum air tersebut namun dia tidak berani menolak pemberian air itu.

Bab 8:Disembunyikan Bunian?

 Sudah masuk hari ketiga Farhani hilang menyebabkan warga sekolah gempar dengan kehilangan seorang lagi murid di Sekolah Menengah Seri Kencana. Cikgu Salimah menyesal kerana menugaskan anak muridnya mencari serangga bagi menjadikan zoo mini di sekolah mereka suatu kenyataan. 

Cikgu Salimah telah mengunjungi keluarga Farhani untuk bertanya khabar dan menyatakan rasa simpatinya. Ibu bapa Farhani reda dengan kehilangan Farhani dan tidak sesekali pun menyalahkan Cikgu Salimah, apatah lagi untuk membawa kes itu ke mahkamah. AbangFarhani,Muhammad Faris Akmal bercakap sinis dan menyalahkan Cikgu Salimah atas kehilangan adiknya. 

 Petang itu,Cikgu Salimah telah mengajak beberapa orang murid kelas Farhani untuk menjejaki Farhani di dusun tersebut. Ketika mencari jejak Farhani, Haikal menjerit memanggil Cikgu Salimah dan rakan-rakan yang lain apabila dia menemui sebuah rumah usang. Haikal, Devnath dan Wei akan meninjau ke dalam rumah tersebut manakala CikguSalimah dan yang lain menunggu di luar.

Bab 9:Makmal Rahsia


 Farhani tersedar dirinya di dalam sebuah balang kaca besar di sebuah makmal. Dia melihat ada sebuah lagi balang kaca berhampirannya. Dalam keadaan yang kurang jelas dia terlihat objek lain yang bergerak-gerak dan mendengar bunyi ketukan sebanyak tiga kali daripada balang kaca itu sebagai isyarat tanda meminta tolong. Mereka berbalas-balas ketukan dan berhenti apabila terdengar suara bercakap-cakap di luar makmal dan disertai bunyi yang bising.

Dalam keadaan yang hiruk pikuk itu, Bara membuka pintu balang kaca dan mencengkam tangan Farhani lalu menyeretnya namun Farhani bertegas mahu menyelamatkan seseorang yang terkurung di dalam balang kaca berhampiran dengannya itu. Farhani akhirnya berjaya membuka balang itu dan menemui Kim Yong yang terkurung di dalam balang kaca tersebut. Farhani mengusung Kim Yong keluar bersama-sama Bara dan Dara Bintik dan mereka bergerak sepantas mungkin meninggalkan makmal rahsia Komander Caucasus. 

 Kim Yong tersedar semasa mereka mengusungnya melalui terowong yang sempit. Dia terkejut kerana diusung oleh Farhani dan dua ekor kumbang.Kim Yong yang masih lemah berpaut pada bahu Farhani. Mereka kini berada di sebuah hutan yang mempunyai beberapa buah khemah yang berlainan saiz setelah hampir dua jam melalui terowong yang gelap dan lembap itu.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)