Posts

Showing posts with the label Pendidikan Agama Islam

NOTA PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH

Image
NOTA PENDIDIKAN SYARIAH TING. 5 (DEFINISI SAHAJA) NOTA RINGKAS PENIDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH NOTA PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH (MUAMALAT) NOTA PSI (AQIDAH)

Tokoh PQS Unit 4: Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi

Image
LATAR BELAKANG Nama penuh : Sheikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf  Dilahirkan di Makkah al-mukarramah pada 28 Zulkaedah 1313H bersamaan 1892M  Sejak kanak2 beliau banyak menimba pengalaman dan pengetahuan agama daripada semua peringkat sehingga dikenali sebagai ulama melayu yang pertama di Mesir  Ketika berumur 10 tahun beliau berjaya menghafaz 16 juzuk al-Quran di samping menghafaz beberapa kitab yang lain.ini membuktikan beliau mempunyai daya ingatan yang kuat  Meninggal dunia pada pagi Jumaat bersamaan dengan 13 Oktober 1989M  SIFAT PERIBAFDI Ulama besar Nusantara Terkenal sebagai ahli bahasa dan mahir dalam bidang hadith, tafsir dan Fiqh  Sangat menjaga maruah, bertaqwa dan kuat beribadat  Berhemah tinggi dan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan di dalam dan luar negeri  PENDIDIKAN  Mendapat pendidikan awal di sekolah melayu kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak  Setelah tamat belajar di sekolah rendah, be...

Tokoh PQS Unit 3: Abu Al-A'la Al-Maududi

Image
LATAR BELAKANG Dilahirakan pada 25 September 1903M di Urgabad, Hidrabad, India  Keturunan : Maudud yang dikatakan seoarang perawi hadith yang berhijrah ke India bersama-sama panglima tentera islam Muhammad bin al-Qasim  Terkenal sebagai ahli gerakan dakwah di rantau asia Beliau menghasilkan buku2 ilmiah islam.tulisan2 al-Maududi merupakan formula himpunan ke arah pembaharuan dan pembinaan semual tamaduan islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah  Meninggal dunia pada tahun 1983M  SIFAT PERIBADI Pemikiran islam pada zaman mutakhir  Ulama yang luas pengatahuan dalam pelbagai bidang  Bersederhana dalam kehidupannya, bertaqwa dan beristiqamah  Berhemah tinggi dan bercita-cita untuk mengembalikan masyarakat islam kepada pegangan dan amalan agama berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah  Gigih dalam menegakkan kebenaran dan keadilan  PENDIDIKAN Mendapat pendidikan awal di rumah drpd bapanya sendiri.bapanya seorang peguam bela l...

Tokoh PQS Unit 2 : Imam Ibn Taimiyah RA

Image
LATAR BELAKANG Nama sebenar: Taqiuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Halim al-Harani  Dilahirkan pd 10 Rabiulawal 661H bersamaan Januari 1262M dibandar Haran di utara Iraq Ketika berusia 7 thn kota Baghdad di perintah oleh bangsa Tartar Bapanya bekerja sbg khatib di masjid Umaiyah dan guru ilmu hadith  Gelaran Ibn Taimiyah diambil sempena nama moyangnya yang ke Sembilan  Merupakan sheikh al-islam yg bnyk berjasa dlm gerakan pembaharuan islam  Meninggal dunia pd mlm Isnin 20 zulhijjah 728 H bersamaan 1329M dan jenazahnya dikebumikan di Damsyik  SIFAT PERIBADI  Ulama yang bertaqwa dan berakhlak  Ahli pemikiran islam yang ulung, pendakwah yang berhemah tinggi  Berfikiran terbuka dan bersikap kritis  Bersifat berani dan tegas dlm menghadapi dan ketegasan dlm menghadapi cabaran golongan zandik, falsafah barat, ahli bid’ah dan penting ahli as-sunnah  PENDIDIKAN Al-Imam Ibn Taimiyah sangat mencintai ilmu pengetahuan d...

Tokoh PQS Unit 1: Imam Al-Ghazali RA

Image
LATAR BELAKANG Nama sebenar: Muhammad bin Muhammad bin Ahmad  Tarikh lahir : pada tahun 450 H bersamaan 1058 M di Thus yang terletak dalam wilayah Khurasan, Parsi.  Gelaran : al-Ghazali bersempena nama kampung tempat kelahirannya. Pendapat lain mengatakan gelaran tersebut diambil daripada nama bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing yang digelar al-Ghazal Imam al-Ghazali merupakan ahli tasauf dan pemikiran agung  Tarikh Meninggal dunia : pada 14 Jamadilakhir 505H bersamaan 1111M di Thus  SIFAT PERIBADI Menggemari semua bidang ilmu sehingga digelar gedung ilmu pada zamannya  Fasih bercakap, pandai berpidato dan mahir berhujah  Bertaqwa, warak, kuat beribadat dan berhemah tinggi  Ahli sufi yang praktis, melakukan tazkiatun nafs (pembersihan jiwa)  Seorang ahli fiqh yang berfikiran terbuka dan membebaskan diri daripada taklid  Dilahirkan sebagai pengkritis dan berfikiran bebas yang unggul  Bersikap tegas, beran...

Tokoh PQS Unit 4: Imam Ahmad bin Hanbal

LATAR BELAKANG Nama penuh: Ahmad bin Muhammad bin Hanbal  Tarikh Lahir :pada bulan Rabi’ulawal tahun 164H bersamaan 780M pada zaman Khalifah Muhammad (Khalifah kerajaan Abasiyah) di Baghdad, Iraq al-Mahdi. Ibu bapanya berasal dari Khurasan. Mempunyai hubungan dengan keturunan nabi Muhammad pada Madhir, datuk baginda yang ke-18. Gelaran : Hanbal adalah nama datuknya yang menjadi panggilan masyhur kepada Imam Ahmad utk menghormati keturunannnya  Tarikh meninggal dunia : pada hari Jumaat, bulan Rabi’ulawal tahun 241H bersamaan 855M di Baghdad ketika berusia 77 tahun  SIFAT PERIBADI Suka berpakaian putih bersih dan kemas  Berperibadi mulia, merendah diri, pendiam dan sangat kuat memelihara maruah dan agamanya  Suka bergaul dengan org fakir miskin  Berani dan tegas pendirian dalam membela kebenaran  Bertaqwa dan kuat beribadat, khatam al-Quran setiap 7 malam sekali dan solat sunat 300 rakaat sehari semalam  Bersifat zuhud, warak,...

Tokoh PQS Unit 3: Al-Imam Syafie RA

LATAR BELAKANG Nama penuh: Muhammad bin Idris bin Uthman al-Abbas bin Uthman Syafi’ bin al-Saib  Keturunan : Quraisy dan ibu bapanya berasal dari Makkah al-Mukarramah. Keturunan mereka mempunyai hubungan dengan nabi Muhammad SAW  Tarikh lahir : pada bulan Rejab tahun 150H bersamaan 767M  di Gaza, Palestin.  Ketika mereka melawat Palestin, bapanya meninggal dunia ketika Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Beliau dilahirkan di rumah kerabatnya di Gaza Ketika berusia 2 tahun beliau kembali ke Makkah bersama ibunya.  Gelaran : “al-Syafie” bersempena nama moyangnya yang ke-4, Syafi’ bin al-Saib  Tarikh meninggal dunia : pada bulan Rejab tahun 204H bersamaan 821M di Mesir ketika berumur 54 tahun setelah berada di sana selama 6 tahun  SIFAT PERIBADI Fasih bercakap, suaranya menarik dan seorang qari yang masyhur  Berakhlak mulia, kuat ingatan dan berhemah tinggi  Sentiasa memelihara adab dan disiplin  PENDIDIKAN...

Tokoh PQS Unit 2: Imam Malik RA

LATAR BELAKANG  Nama penuh: Malik bin Anas bin ‘Amir al-Asbahi  Tarikh lahir : pada tahun 93H bersamaan 712M di  Madinah al-Munawwarah  dan dibesarkan di sana. Tarikh meninggal dunia : pada tahun 179H bersamaan 798M ketika berusia 86 tahun dan disemadikan di perkuburan al-Baqi’, Madinah al-Munawwarah  Sifat peribadi :  Sangat menghormati ibu bapa, orang dewasa dan guru  Bersifat sopan santun suka menziarahi org sakit dan mengiringi jenazah ke kubur  Pendiam dan bercakap hanya perkara yang berfaedah sahaja  Suka berpakaian bersih dan kemas serta memakai bau-bauan yang harum  Pemurah, dermawan dan suka memberi pertolongan  Suka bergaul dengan semua lapisan masyarakat  PENDIDIKAN Mendapat pendidikan di Madinah al-Munawwarah  memulakan pengajian al-Quran dan tafsir  Sebelum baligh beliau dapat menghafaz keseluruhan al-Quran  Beliau mempelajari hadith sehingga menjadi seorang tokoh hadit...

Pendidikan Syariah Islamiah ting.4 (definisi sahaja)

kalau nk print klik di bawah : Bab1: Iman fitrah manusia Iman : pengakuan atau iqrar dengan lisan, membenarkan dalam hatin dan dibuktikan dengan amalan zahir. Fitrah : Sesuatu yang semulajadi wujud dalam diri manusia mengikut apa yang terbaik untuk kepentingan manusia itu sendiri. Bab 3 : Islam sebagai addin yang membawa rahmat Rahmat hidayah : Hidayah bermaksud penunjuk atau pemimpin. Bab 6 : Pengenalan ilmu usul fiqh Usul : Asas, sumber, kaedah atau dalil. Al fiqh : Pengetahuan ttg hukum syarak yang berkaitan dgn perbuatan mukalaf yang difahami melalui dalil tafsili (تفصيلي). Ilmu usul fiqh : Ilmu ttg kaedah2 mengistinbat hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf dari dalil tafsili. Bab 7 : Hukum syarak Hukum syarak : خطاب ألله yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf samada berbentuk tuntutan (اقتضاء),pilihan (تخيير)atau وضعي .  اقتضاء :  Tuntutan melaksanakn sesuatu perintah sama ada tuntutan tersebut ...

Tokoh PQS Unit 1: IMAM ABU HANIFAH RA

Image
LATAR BELAKANG Nama sebenar: Nu’man bin Thabit ra  Dilahirkan di Bandar Kufah,Iraq pada tahun 80H bersamaan 699M  Keturunan: Parsi. Bapanya telah berpindah dari Parsi dan menetap di Kufah  Beliau digelar Abu Hunaifah kerana seorang daripada anak lelakinya bernama Hunaifah. Ada yang mengatakan Hunaifah bermaksud org yang taat dan ahli ibadah. Pendapat lain mengatakan Hunaifah dalam bahasa Parsi bermaksud dakwat.  Imam Abu Hunaifah meninggal dunia di Baghdad pada bulan Rejab tahun 150H bersamaan 767M ketika berusia 70 tahun  SIFAT PERIBADI Berperibadi mulia,  bercita-cita tinggi, berani dan pintar  Petah bercakap tetapi pendiam, warak, peramah, tenang, sabar,  berpakaian bersih dan kemas  Seorang hartawan, berilmu, kuat beribadah, dermawan, beramanah dan zuhud  Seorang ahli perundangan dan digelar al-Imam al-A’zhom  PENDIDIKAN Mendapat pendidikan yang sempurna sejak kecil sehingga ke peringkat yang lebih tingg...

Sembelihan ayam

Image
Pada 1 Mac 2018, pihak maktab telah meganjurkan satu aktiviti sembelihan untuk pelajar ting.1 dan 4..Dalam masa yang sama Abi Sholiheen juga mengadakan aqiqah  buat anaknya Khaulah Al-Azwar.. Jadi sebelum nak share pengalaman, Huda nak share dulu kaedah penyembelihan menurut Islam.. Apa itu sembelihan ? Sembelihan menurut bahasa :  1- ‘Thayyib ‘ iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah  2-‘Tatmim’  maksudnya menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan. . Sembelihan menurut istilah: Salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah. Firman Allah  Subhanahu wa Ta’ala :   “ Diharamkan  kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang  disembelih keran...

TOKOH-TOKOH PERJUANGAN ISLAM TINGKATAN 3

Saidatina Aisyah R.A RIWAYAT HIDUP Nama : Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq   Gelaran :   1) Humaira (putih kemerah-merahan)   2) Ummul Mukminin (Ibu  bagi semua umat Islam)   Tarikh Lahir : Tahun 614 Masihi (6 tahun sebelum hijrah)   Tempat lahir : Kota Mekah   Suami : Muhammad Bin Abdullah (Rasullullah SAW)   Wafat : 67 tahun di Maidinah Al-Munawarah Tempat makam : Al Baqi’,Madinah KEISTIMEWAAN ·        Dermawan ·        Kuat daya ingatan ·        Taat dan tegas ·        Sabar, cekal dan tabah ·        Merupakan isteri Rasullullah ·        Sumber rujukan para sahabat selepas kewafatan Rasullullah ·        Cerdik dan pintar ·        Keimanan yang ...