Bab 29 ( Terus Berjuang )
- Maklumat tentang tali barut yang mengintip bagi pihak tentera Jepun telah disampaikan ke pengetahuan Leftenan Adnan.
- Leftenan Adnan segera bertindak menyerbu rumah tempat persembunyian tali barut Jepun itu. Samad bersama-sama dengan tiga orang pengintip Jepun berjaya ditewaskan.
- Pada pukul 2.00 petang, Rejimen Askar Melayu Kompeni ' B ' yang mempertahankan Bukit Candu dibedil. Pasukan Jepun berjaya menawan kedudukan askar Melayu walaupun askar Melayu memberikan tentangan yang sengit.
- Mereka tewas kerana kekurangan peralatan ketenteraan. Akibat kehabisan peluru, askar Melayu sanggup bertempur dari jarak dekat dengan menggunakan bayonet.
Bab 30 ( Serangan Balas )
- Jepun menghantar wakilnya meminta Leftenan Adnan dan anak-anak buahnya agar menyerah kalah. Permintaan itu ditolak mentah-mentah oleh Leftenan Adnan.
- Leftenan Renya Mutuguchi tidak menduga tenteranya masih diberikan tentangan sengit oleh askar Melayu yang serba kekurangan dari segi bilangan dan peralatan ketenteraan. Tentera Jepun terpaksa berundur seketika kerana mereka gagal menembusi kubu di Pasir Panjang.
- Kebijaksanaan Leftenan Adnan menghidu penyamaran askar Jepun yang berlagak seperti tentera Sikh mendapat pujian daripada Jeneral A.E. Percival. Kesemua tentera Jepun yang menyamar berjaya dibunuh.
Bab 31 ( Biar putih tulang )
- Kegagalan tentera Jepun menembusi barisan pertahanan askar Melayu menimbulkan perasaan marah Mejar Kimura. Mereka tiada pilihan selain menggempur habis-habisan askar Melayu yang bertahan di Bukit Candu.
- Jepun menggunakan kekuatan tentera udaranya apabila tentera daratnya gagal menewaskan pertahahanan askar Melayu. Askar Melayu sudah memasang tekad, iaitu mereka tidak akan sesekali meyerah kalah walau apa-apa pun yang terjadi.
- Dalam pertempuran itu, Kapten Rix telah terkorban. Hal ini menyemarakkan lagi semangat Leftenan Adnan untuk berjuang menentang Jepun.
- Mejar Kimura melahirkan rasa kehairanannya kerana Askar Melayu masih mampu memberikan tentangan hebat walaupun bilangannya tidak banyak.
Bab 32 ( Tumpah Darah Perwira )
- Pertahanan askar Melayu di Bukit Candu semakin meruncing akibat diasak tanpa henti oleh tentera Jepun.
- Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya. Mereka semakin kehabisan peluru sedangkan asakan tentera Jepun semakin bertambah. Tentera Jepun sudah berjaya menembusi kubu pertahanan askar Melayu.
- Bunyi tembakan kedua-dua pasukan tidak lagi kedengaran kerana kehabisan peluru. Berlaku pertempuran jarak dekat antara askar Melayu yang menggunakan bayonet dengan askar Jepun yang menggunakan pedang samurai.
- Pertempuran berakhir apabila Jepun berjaya menawan Bukit Candu. Semua anggota askar Melayu terkorban kecuali Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob. Leftenan Renya Mutuguchi melepaskan perasaan marahnya terhadap Leftenan Adnan. Tubuh Leftenan Adnan diterajang dengan sekuat hati.tentera Jepun mengikat Leftenan Adnan yang cedera dan menggantungnya pada pokok ceri.
- Leftenan Renya Mutuguchi mengambil bayonet lalu menikam perut Leftenan Adnan. Seorang demi seorang tentera Jepun mengambil giliran menikam tubuh Leftenan Adnan. Keadaan Leftenan Adnan amat mengerikan.
- Penghulu Deraman dan oran-orang kampung menggali lubang untuk mengebumikan mayat-mayat askar Melayu yang mati syahid kerana mempertahankan negara.
Bab 33 ( Jatuhnya Kota Singa )
- Jeneral A.E. Percival akur akan kekalahan tenteranya kepada pihak Jepun. Beliau bertindak menghubungi Jeneral Yamashita bagi mendapatkan jaminan keselamatan sekiranya tentera British menyerah kalah.
- Pada pukul 5.15 petang, Jeneral A.E. Percival mengarahkan tentera-tentera British menyerah kalah di Kilang Kereta Ford, Alexandra. Dengan itu, Pasukan Tentera Berikat dengan rasminya telah menyerah kalah.
- Kejayaan tentera Jepun menakluki Tanah Melayu dalam masa 69 hari itu mengaibkan kerajaan British.
- Kematian Leftenan Adnan yang penuh tragis itu diceritakan oleh Koperal Yaakob yang merupakan satu-satunya askar Melayu yang masih hidup. Dia bernasib baik kerana berpura-pura mati.
Bab 34 ( Darah mengalir di Sungai Ramal )
- Kematian Leftenan Adnan masih belum memuaskan hati Jeneral Yamashita. Hal ini demikian kerana adiknya sendiri terkorban setelah ditikam dengan bayonet oleh Leftenan Adnan.
- Jeneral Yamashita mengarahkan Leftenan Renya Mutuguchi pergi ke Semenanjung Tanah Melayu untuk menjejaki keluarga Leftenan Adnan.
- Kehadiran tentera Jepun ke Sungai Ramal, Kajang untuk mencari keluarga Leftenan Adnan telah sampai ke pengetahuan Pak Saidi.
- Pak Saidi diarahkan untuk memasuki trak tentera Jepun. Pak Saidi sempat membunuh beberapa askar Jepun yang mengiringinya hanya menggunakan keris sebelum ditembak mati.
- Keberanian Pak Saidi mendapat pujian daripada penduduk Sungai Ramal. Mereka menganggap Pak Saidi sebagai wira.
Bab 35 ( Perjuangan belum berakhir )
- Kedatangan tentera Jepun menyebabkan kehidupan harian dan keselamatan penduduk terancam.
- Fatimah, iaitu anak Sophia yang baru berumur tujuh bulan meninggal dunia akibat demam panas.
- Pada 15 Ogos 1945, penduduk Tanah Melayu dikejutkan dengan berita Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima Dan Nagasaki. Jepun akhirnya menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British.
- Sophia ditawarkan bertugas di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal. Di situ, dia bertemu jodoh dengan Ustaz Ridwan, Sophia disahkan menghidap penyakit leukemia dan meninggal dunia.
Comments
Post a Comment