Skip to main content

Peristiwa Penting Leftenan Adnan bab 15-21


Bab 15 ( Buku Bertemu Ruas ) 


  1. Adnan terpaksa menahan ejekan dan cemuhan daripada beberapa orang pemuda di kampungnya. Bagi mereka, askar merupakan tali barut orang putih dan pembelot bangsa.
  2. Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Adnan bersama-sama dengan tiga orang rakannya yang lain menumpang sebuah lori untuk ke Port Dickson.
  3. Setibanya di Port Dickson, mereka berempat terus ke Kem Haig Lines. Perasaan mereka berdebar-debar ketika menjalani proses temu duga.
  4. Adnan telah terpilih menjadi tentera dan akan menjalani latihan ketenteraan . Kejayaan itu menjadi buah mulut orang di pelosok kampung.
  5. Pak Saidi mengadakan majlis doa bersempena dengan pemergian Adnan ke Port Dickson untuk menjalani latihan ketenteraan.
Bab 16 ( Perwira ) 


  1. Seorang pegawai mengalu-alukan kedatangan rekrut-rekrut baharu. Beliau mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata perangsang. 
  2. Daripada 1000 pemohonan, hanya 25 orang yang terpilih dalam pasukan yang digelar pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka merupakan skuad pertama yang akan menjalani latihan ketenteraan. 
  3. Pada 1 Mac 1933, semua rekrut bersedia untuk menjalani latihan ketenteraan. 
  4. Akhirnya, Adnan berjaya menamatkan latihan ketenteraan selama setahun. Adnan telah terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Adnan telah diarahkan bertugas di Singapura.

Bab 17 ( Kehidupan Baharu )


  1. Adnan telah dinaikkan pangkat sebagai sarjan. Namun begitu, bukan pangkat yang dikejar sebaliknya kewajipan menjalankan tanggungjawab dan amanah perlu diberikan keutamaan
  2. Adnan telah dipilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di London. 
  3. Pihak British berpuas hati dengan kegigihan yang ditunjukkan Askar Melayu. Mereka mengambil lebih banyak pemuda Melayu berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu. Bilangannya bertambah menjadi 232 orang.
  4. Adnan telah dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda dan dilantik mengetuai Platun ke-7, Kompeni 'C'. Hal ini berdasarkan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkannya selama berkhidmat dalam Askar Melayu. 
  5. Pak Saidi telah menjodohkan Adnan dengan seorang gadis bernama Sophia.

Bab 18 ( Berhari Raya Di Kampung )


  1. Perkahwinan Adnan semakin bahagia apabila dikurniai dua orang cahaya mata. Anak lelaki yang sulung bernama Mokhtar dan yang kedua pula bernama Zainudin. Adnan berkhidmat di Singapura manakala isteri dan anak-anaknya menetap di Kajang. 
  2. Adnan membawa keluarganya berpindah ke Singapura. Dia memulakan tugas baharunya di pangkalan tentera Pasir Panjang.
  3. Isterinya mudah menyesuaikan diri dengan cara hidup di tempat baharu. Jiran-jirannya terdiri daripada isteri anggota tentera yang berkhidmat di sana.


Bab 19 ( Perang Dunia Kedua )


  1. Berita yang mengejutkan diterima oleh Adnan. Ada ura-ura mengatakan bahawa Jepun akan menyerang Tanah Melayu dan Singapura.
  2. Adnan terpaksa menghantar Sophia dan anak-anaknya pulang ke kampung bagi menjamin keselamatan mereka walaupun hatinya berat untuk berpisah daripada mereka. Sophia berjanji akan menjaga anak-anak mereka dengan baik.
  3. Nordin yang suatu ketika dahulu kerap memusuhi Adnan kini telah berubah. Dia menjadi tentera dan rakan setugas Adnan.  

Bab 20 ( Bukit Candu )

  1. Leftenan Adnan diminta bertugas mempertahankan Bukit Candu (m/s 169)
  2. Penduduk kampung di Bukit Candu tidak mahu berpindah walaupun arahan telah dikeluarkan bahawa Jepun akan dating menyerang mereka (m/s 170 + 171)
  3. Laftenan Adnan mengarahkan anggota tentera mennggali lebih banyak parit untuk dijadikan kubu pertahanan mereka. Mereka juga diarahkan meletakkan guni-guni pasir disekitar kawasab Bukit Candu. (m/s 171)
  4. Jawatankuasa kampong Bukit Candu berkumpul di rumah penghulu Sidek untuk membahagikan tugas bagi mengawal kawasan kampung tidak kira siang atau malam sebagai langkah berjaga-jaga. (m/s 174)
  5. British telah menyumbangkan tilam dan selimut kepada penduduk kampong supaya penduduk kampung sentiasa meyebelahi dan menyokong mereka.( m/s 178)

Bab 21 ( Di Ambang Perang)

  1. Satu persidangan tertup telah diadakan di Manila yang dihadiri pengawai-pegawai tentera laulat Amarika dan British. (m/s 180)
  2. penduduk kg Bkt Candu telah mempercayai akan kehadiran pihak Jepun untuk menyerang tanah Melayu dan Singapura maka mereka bersetuju berpindah ke tempat yang lebih selamat kecuali Samad dan keluarganya (m/s 183)
  3. Samad ditangkap kerana mencuri rumah-rumah orang kampung yang telah meninggalkan kampong tersebut. (m/s 186)

Comments

Popular posts from this blog

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 10:Bertemu Puteri Coleoptera  Farhani menghulurkan minuman yang diisi dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang dahaga dan keletihan. Farhani tergamam apabila Kim Yong yang selama ini bersikap sombong kini mengucapkan terima kasih kepadanya. KimYong berjanji bahawa dia tidak akan bersikap sombong terhadap Farhani dan rakan-rakannya lagi.  Farhani dan Kim Yong dibawa oleh Bara untuk mengadap Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong ke meja makan. Mereka berdua makan dengan gelojoh kerana kelaparan manakala Bara, Puteri Coleoptera dan Dara Bintik menikmati makanan mereka dengan tertib. Puteri Coleoptera menjelaskan niat jahat Komander Caucasus kepada dua orang manusia itu. Komander Causcasus mempunyai impian yang besar untuk menakluki kerajaan kumbang dan juga manusia. Komander Caucasus ingin mentransformasikan dirinya menjadi manusia bagi membalas dendam terhadap manusia yang banyak membunuh kumbang.   Bara menegaskan bahawa m

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 4: Di manakah Farhani?  Chea Mei resah memikirkan cara untuk meminta keizinan neneknya untuk pergi mencari kumbang bersama-sama dengan Farhani dan Mira. Dia mencuri-curi keluar dari rumahnya melalui pintu belakang apabila jarum jam menunjukkan angka pukul tiga setengah.   Setelah hampir dua jam Mira dan Chea Mei menantikan kemunculan Farhani di situ, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Farhani. Ibu Farhani, Puan Asmah mesra menyambut kedatangan Mira dan Chea Mei ke rumahnya tetapi kehairanan apabila Mira dan Chea Mei menyatakan tujuan kedatangan mereka untuk bertemu dengan Farhani. Puan Asmah dan Encik Adnan meminta Mira dan Chea Mei menceritakan semula keseluruhan peristiwa yang berlaku itu.   Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah. Mira membuat andaian bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus tetapi andaiannya itu disangkal oleh bapanya, Encik Zaina

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 16:Pertabalan Puteri Coleoptera Komander Caucasus,Dara Bintik,dan pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan ketika malam beransur siang. Dara Merah ingin menunaikan janjinya namun Bara memujuk kumpulan remaja itu untuk pulang selepas menyaksikan pertabalan Puteri Coleoptera sebagai tonggak kerajaan kumbang.  Puteri Coleoptera berterima kasih atas bantuan dan kerjasama Farhani dan rakan-rakannya dan menghadiahkan mereka lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik. Farhani menghadiahi Puteri Coleoptera sapu tangan merah jambu miliknya yang bersulam huruf   ‘F’manakala  Bara, lampu suluh mini milik Haikal dan Dara Merah dihadiahi cecair Endosulfan oleh Farhani. Puteri Coleoptera melantik Bara sebagai penasihatnya, manakala Dara Merah pula dilantik sebagai komander tentera. Seperti yang dijanjikan,Dara Merah menghantar Farhani dan rakan-rakannya ke gerbang dimensi yang menghubungkan mereka dengan dunia manusia.  Akhir