Tokoh PQS Unit 2: Imam Malik RA

LATAR BELAKANG 


Nama penuh: Malik bin Anas bin ‘Amir al-Asbahi 

Tarikh lahir : pada tahun 93H bersamaan 712M di Madinah al-Munawwarah dan dibesarkan di sana.
Tarikh meninggal dunia : pada tahun 179H bersamaan 798M ketika berusia 86 tahun dan disemadikan di perkuburan al-Baqi’, Madinah al-Munawwarah 

Sifat peribadi : 

  • Sangat menghormati ibu bapa, orang dewasa dan guru 
  • Bersifat sopan santun
  • suka menziarahi org sakit dan mengiringi jenazah ke kubur 
  • Pendiam dan bercakap hanya perkara yang berfaedah sahaja 
  • Suka berpakaian bersih dan kemas serta memakai bau-bauan yang harum 
  • Pemurah, dermawan dan suka memberi pertolongan 
  • Suka bergaul dengan semua lapisan masyarakat 
PENDIDIKAN
  • Mendapat pendidikan di Madinah al-Munawwarah 
  • memulakan pengajian al-Quran dan tafsir 
  • Sebelum baligh beliau dapat menghafaz keseluruhan al-Quran 
  • Beliau mempelajari hadith sehingga menjadi seorang tokoh hadith dan ahli hukum yang terkenal 
  • Mendalami ilmu pengajian fiqh dengan mengkaji pendapat ulama2 yang mempunyai aliran pemikiran yang berlainan untuk dirumuskan menjadi pendapat dan aliran pemikirannya 
  • Al-imam Abdullah bin Yazid ( Ibn Hurmuz ) tokoh ulama di Madinah merupakan guru pertama kepada al-Imam Malik ra.beliau tinggal di rumah gurunya beberapa tahun utk mempelajari ilmu agama
Ketokohan 
  • Sejak berumur 17 tahun, al-Imam Malik ra sudah diiktiraf sebagai ulama pendirian 
  • Majlis ilmu yang dipimpin olehnya mendapat sambutan yang menggalakkan termasuklah dari kalangan ulama semasa 
  • Dengan memiliki ilmu yang mendalam dalam bidang ilmu hadith beliau telah mengumpulkan hadith dan menyelidikinya selama 40 tahun.dalam kajian tersebut beliau menilai dan memastikan kesahihan hadith2 tersebut 
  • Menggunakan qias dan Musolihul mursalah sebagai sumber hukum 
  • Menentang perbuatan bid’ah dan bertaklid 
  • Menggalakkan cendekiawan islam berijtihad dalam masalah yang memerlukan hukum sekiranya tidak terdapat nas al-quran dan as-Sunnah serta ijma’ 
  • Ketika memberi fatwa beliau sangat teliti dan sedia mengaku tidak tahu, jika tidak yakin atau tidak mempunyai alas an yang kuat 
  • Ketokohannya diakui oleh 
Imam Abu Hunaifah yang telah menyatakan “ saya belum pernah menemui seorang pun yang alim melainkan Imam Malik” 
Imam Syafie pula berkata “ apabila disebut ulama hadith maka Imam Malik adalah tokohnya dan tiada seorang pun yang aku lebih percaya tentang hadithnya melainkan daripada Imam Malik” 
  • Imam Malik bersikap tegas dan berani menyatakan kebenaran dan keadilan 
  • Banyak menerima ujian pada zaman khalifah Abu Jaafar al-Mansur, al-Mahdi dan ar-Rasyid Menolak jawatan ketua hakim kerana tidak sesuai dgn jawatan tersebut 
SUMBANGAN
  • Penulisan 
-menghafaz seratus ribu hadith dan memilih lima ribu sahaja untuk ditulis dalam kitab al-Muwatto'
-kitab ini amat bernilai dan mengandungi hadith2 sahih sahaja 
-kitab al-Muwatto' menjadi rujukan utama dalam kajian ilmu hadith dan fiqh 
-Khalifah Harun ar-Rasyid memberi kedudukan tinggi terhadap kitab ini dan mengkehendaki supaya dijadikannya sebagai panduan disamping al- Quran 
  • Pengasas 
-mazhab ini terkenal sebagai mazhab aliran hadith kerana asas mazhab Maliki pegangannya banyak berdasarkan aliran al-Quran dan hadith. 
-mazhab ini mula lahir di Hijaz dan berkembang di Mesir dan Sepanyol. 
  • Murid-muridnya
1.al-Imam Syafie Malik 
2.al-Imam Asyhab bin Abdul Aziz al-Qisi 
3.al-Imam Abu Abdullah Abdul Rahman bin al-Qasim at-Taqa 
4.al-Imam Abu Muhammad Abdullah bin Wahab al-Qarisyi

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 7-9 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)