BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)


Bab 10:Bertemu Puteri Coleoptera

 Farhani menghulurkan minuman yang diisi dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang dahaga dan keletihan. Farhani tergamam apabila Kim Yong yang selama ini bersikap sombong kini mengucapkan terima kasih kepadanya. KimYong berjanji bahawa dia tidak akan bersikap sombong terhadap Farhani dan rakan-rakannya lagi.

 Farhani dan Kim Yong dibawa oleh Bara untuk mengadap Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong ke meja makan. Mereka berdua makan dengan gelojoh kerana kelaparan manakala Bara, Puteri Coleoptera dan Dara Bintik menikmati makanan mereka dengan tertib. Puteri Coleoptera menjelaskan niat jahat Komander Caucasus kepada dua orang manusia itu. Komander Causcasus mempunyai impian yang besar untuk menakluki kerajaan kumbang dan juga manusia. Komander Caucasus ingin mentransformasikan dirinya menjadi manusia bagi membalas dendam terhadap manusia yang banyak membunuh kumbang. 

 Bara menegaskan bahawa mereka tiada halangan untuk membebaskan Farhani dan KimYong agar dapat kembali ke dunia manusia namun mereka terpaksa melalui kawalan ketattentera Komander Caucasus. Bara amat memerlukan bantuan dua orang manusia itu untuk menewaskan Komander Caucasus. Farhani bersetuju untuk membantu kumbang-kumbang itu.

Bab 11:Musuh Menjadi Sahabat

 Setelah selamat menemani Cikgu Salimah, Mira dan Chea Mei sampai ke rumah masing-masing, Haikal segera menyuarakan hasratnya untuk kembali ke rumah usang itu pada malamnya. Devnathdan Wei keberatan untuk kembali ke sana namun demi setia kawan,mereka sanggup menemani Haikal mencari Farhani. Haikal yakin bahawa Farhani pernah berada disitu berdasarkan penemuan sapu tangan berwarna merah jambu milik Farhani. Mereka tiba di rumah usang itu setelah berjanji untuk bertemu di suatu tempat selepas solat isyak.

 Secara tidak sengaja Haikal, Weii dan Devnath telah memasuki dimensi dunia kumbang apabila ditarik oleh suatu daya di pintu maya apabila mereka ke tangga bawah tanah. Mereka kehairanan dan bingung memikirkan situasi tersebut. Sesampainya mereka di sebuah kota, mereka bertiga di serang hendap sehingga pengsan. Mereka terkejut apabila muncul makhluk yang pelik persis kumbang yang berbeza saiznya daripada biasa dan mendengar suara Farhani yang memberitahu Bara bahawa mereka adalah rakan Farhani. Farhani memandang wajah mereka yang pucat lesi dengan mengatakan bahawa mereka belum mati.

Kemunculan Kim Yong yang muncul secara tiba-tiba mengejutkan mereka sekali lagi. Farhani menjelaskan kepada Haikal,Wei dan Devnath secara panjang lebar perihal Bara,Dara Bintik,dan Puteri Coleoptera yang merupakan pemerintah sebenar kerajaan kumbang.Mereka bertiga kemudiannya menghulurkan salam perkenalan kepada PuteriColeoptera. Puteri Coleoptera memberitahu bahawa Komander Caucasus dan tenteranya semakin hampir dengan tempat persembunyian mereka dan mengarahkan semua pengikutnya agar segera berpindah dari situ.
  
Bab 12:Diburu Caucasus

Bara hairan apabila rahsia tempat persembunyian mereka boleh diketahui Komander Caucasus. Bara segera membantu Puteri Coleoptera menyembunyikan cap mohor iaitu bukti sah bahawa baginda pewaris sah kerajaan kumbang dan harta warisan yang lain. Farhani dan rakan-rakannya menyertai rombongan Puteri Coleoptera meninggalkan kawasan itu. Setelah menempuh perjalanan yang panjang, akhirnya mereka tiba di suatu kawasan yang terdiridaripada pokok-pokok besar. Dalam masa kurang dari satu jam,lima buah khemah siap dipasang. Dara Bintik memberitahu Bara bahawa dia sudah letih berpindah-randah untuk mengelakkan dirinya daripada diburu.Serentak dengan ucapan kemaafan dari Dara Bintik,khemah-khemah tersebut diserang oleh tentera Komander Caucasus. Farhani dan Kim Yong berjaya bersembunyi daripada ditangkap oleh tentera Caucasus.Mereka perlu merancang sesuatu bagi menyelamatkan Puteri Coleoptera,Bara dan rakan-rakan mereka.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 7-9 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)