BAB 1-3: TAWANAN KOMANDER CAUCASUS(TINGKATAN 3)



 Assalamualaikum semua..
Saya kongsikan sinopsis novel Tawanan Komander Caucasus ni ikut bab. Novel ini hanya untuk kawasan Zon 2 iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan.

BAB 1 : HILANG
  Kehilangan Kim Yong mengejutkan banyak pihak. Ada yang mengatakan kehilangan itu dengan penculikan kerana Kim Yong merupakan anak hartawan yang telah meninggal dunia. Ada pula pendapat mengatakan bahawa Kim Yong melarikan diri dengan bapa tirinya yang garang dan mahu membolot harta yang diwarisinya. Malahan, ada yang mengatakan bahawa Kim Yong disembunyikan makhluk halus.  
 Kim Yong bersikap sombong dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya. Namun begitu, rakan-rakan sekelasnya iaitu Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Wei dan Devnath mengunjungi rumah Kim Yong untuk menunjukkan rasa simpati mereka terhadap ibu Kim Yong, Puan Lee. Di rumah itu, mereka mengetahui minat Kim Yong terhadap kumbang dan terdapat zoo mini yang menempatkan pelbagai spesies kumbang.
 Sebulan sudah berlalu, namun Kim Yong masih belum ditemui. Rakan-rakan lain sudah tidak terasa kehilangan Kim Yong, tetapi Farhani masih tertanya-tanya misteri kehilangan itudan mahu merungkainya.


BAB 2 : MISI MEMBURU KUMBANG
 Suasana di dalam makmal agak bising. Farhani berasa terganggu oleh situasi itu kerana dia biasa bersendirian dan berada dalam suasana yang senyap di rumahnya. Sebagai anak bongsu,dia selalu bersendirian di rumah. Abangya, Mohd. Faris Akmal yang usianya berjarak hampir sembilan tahun dengannya sedang belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.
 Cikgu Salimah membahagikan tugasan tertentu kepada murid-muridnya bagi menjayakan projek zoo mini. Kumpulan Farhani termasuklah Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari kumbang. Chea Mei bertanya kepada Cikgu Salimah tentang lokasi kumbang untuk dicari. Farhani menjelaskan bahawa kumbang boleh dijumpai di atas tanah,tasik, udara, dan kolam serta di tempat-tempat kering. Haikal, Wei, dan Devnath mengusik mereka. Walau bagaimanapun, mereka tetap mahu mencari kumbang seperti yang ditugaskan oleh Cikgu Salimah.


BAB 3 : MENEROKA RUMAH USANG
  Farhani menunggu ketibaan Chea Mei dan Mira, tetapi mereka tidak muncul. Farhani membuat keputusan untuk mencari kumbang secara bersendirian kerana tugasan itu perlu diserahkannya esok.
  Farhani masuk ke dalam hutan. Banyak tempat telah dicarinya, namun seekor kumbang pun tidak ditemukannya. Lama-kelamaan, dia semakin jauh ke dalam hutan. Dia ternampak sebuah rumah lama yang sebahagian dindingnya hamper roboh. Dia menjangkakan bahawa dulunya rumah itu menempatkan pengurus lading berbangsa Inggeris.  Walaupun agak gementar, namun perasaan ingin tahunya lebih kuat mendesak Farhani masuk ke dalam rumah itu dan mencari kumbang di segenap tempat, tetapi masih juga belum ditemukan. Selepas itu, dia meneruni anak tangga yang menuju ke ruangan bawah tanah yang agak gelap.
  Di tingkat bawah itu, Farhani tercium bau lembap yang kurang menyenangkan. Semasa beberapa langkah meninggalkan mata akhir tangga, nafasnya terasa berat. Apabila dia undur beberapa langkah, nafasnya terasa ringan. Dia terasa pergerakannya seolah-olah berada di alam lain.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 7-9 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)