Remaja berwawasan penjana kemajuan negara


  Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan merupakan pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara, bak kata pepatah 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara'. Generasi berwawasan dapat ditafsirkan sebagai golongan muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras dengan saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020. Dewasa ini, sekiranya kita ingin melihat pemimpin di masa hadapan, lihatlah remaja pada masa kini. Oleh itu, usaha untuk melahirkan remaja yang berwawasan semakin perlu untuk diberikan keutamaan. Hal ini demikian kerana remaja yang berwawasan dapat menjana kepada kemajuan negara.Persoalannya, bagaimanakah caranya seseorang remaja yang berwawasan dapat menjana kepada kemajuan negara?.


  Pertamanya, remaja harus dididik dengan nilai-nilai Islami dan murni untuk menjadi remaja berwawasan. Hal ini demikian kerana minda golongan remaja amat terdedah kepada pengaruh baru malah akan mengalami ketirisan jika tidak mempunyai asas agama dan nilai murni . Misalnya, pendekatan Barat yang tidak semestinya selari dengan apa yang diperlukan dalam hidup. Namun, harus diingatkan bahawa Barat tidak harus ditolak secara mutlak, Tetapi mesti selalu berwaspada dengan budaya barat.

  Selain itu, memperkukuh pendidikan secara integrasi supaya adanya kesepaduan antara ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.  Dalam mendepani arus globalisasi yang semakin menghimpit umat Islam, menuntut ilmu dan memajukan diri telah menjadi suatu kewajipan demi mempertahankan agama dan umat. Pendidikan yang bersepadu yang menggabungkan kepentingan menunt ilmu ukhrawi dan duniawi adalah penting. Sebagai contoh remaja sekarang akan pergi ke sekolah kebangsaan dan agama pada sebelah pagi atau petang.

  Di samping itu, pembangunan remaja harus dijana melalui pembangunan modal insan yang berkualiti dan seimbang. Ini amat signifikan dalam usaha menjana pembangunan negara bangsa dan cita-cita agama. Oleh itu, golongan remaja haruslah memberi sokongan dengan melibaatkan diri terhadap program-program yang telah dianjurkan yang didasari dengan objektif yang berguna dan bermanfaat. Contohnya, menghadiri program anti buli yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan.

  Seterusnya, melibatkan golongan remaja dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Selain menjanjikan peluang dan rezeki yang amat luas, bidang ini menjana golongan remaja supaya berfikiran lebih positif, berwawasan, kreatif dan cekal. Bidang ini bukan sahaja untuk keuntungan sendiri malah juga membantu meningkatkan ekonomi negara dan umat secara seluruhnya.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh remaja yang berwawasan dapat menjana kepada kemajuan negara. Generasi yang berwawasan menjadi akar kepada pertumbuhan dan pembangunan modal insan yang menjadi agenda utama negara kita. Semua pihak perlulah berganding bahu untuk memastikan generasi kini tidak terjebak dengan masalah gejala sosial yang negatif. Semoga golongan remaja masa kini sentiasa bermuhasabah diri dan membaiki kelemahan diri, bak kata pepatah ' sesal di hujung jalan, balik ke pangkal jalan'. Golongan remaja perlulah melakukan anjakan paradigma untuk memangkinkan kecemerlangan negara dan membawa nama negara di mata dunia.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 7-9 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)