Skip to main content

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)


Bab 16:Pertabalan Puteri Coleoptera
Komander Caucasus,Dara Bintik,dan pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan ketika malam beransur siang. Dara Merah ingin menunaikan janjinya namun Bara memujuk kumpulan remaja itu untuk pulang selepas menyaksikan pertabalan Puteri Coleoptera sebagai tonggak kerajaan kumbang.

 Puteri Coleoptera berterima kasih atas bantuan dan kerjasama Farhani dan rakan-rakannya dan menghadiahkan mereka lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik. Farhani menghadiahi Puteri Coleoptera sapu tangan merah jambu miliknya yang bersulam huruf  ‘F’manakala Bara, lampu suluh mini milik Haikal dan Dara Merah dihadiahi cecair Endosulfan oleh Farhani. Puteri Coleoptera melantik Bara sebagai penasihatnya, manakala Dara Merah pula dilantik sebagai komander tentera. Seperti yang dijanjikan,Dara Merah menghantar Farhani dan rakan-rakannya ke gerbang dimensi yang menghubungkan mereka dengan dunia manusia.

 Akhirnya, Farhani dan rakan-rakannya dapat kembali ke dunia manusia. Mereka berazam untuk tidak menangkap serangga.Mereka merancang untuk meletakkan serangga palstik sahaja di dalam zoo mini di sekolah nanti.Mereka juga akan merahsiakan tentang pengalaman yang telah ditempuhi.Mereka mendapati lambang kerajaan Kumbang yang dihadiahi Puteri Coleoptera  telah menjadi serdak berwarna putih perak setelah kembali ke dunia manusia.

Bab 17:Serum
Farhani tiba di rumahnya pada waktu malam dan dari kejauhan dia dapat melihat bapanya duduk di sisi ibunya yang kesedihan. Dia juga melihat abangnya dan kereta milik kedua-dua kakaknya terparkir di depan rumah. Farhani memberi salam banyak kali. Dia berasa kecewa kerana tiada seorang pun yang mendengar suaranya dan melihat kepulangannya. Farhani tergamam apabila mendengar keluarganya berbincang tentang kehilangannya sejak dua minggu lalu sedangkan dia merasakan baru beberapa hari dia berada di alam kumbang.

 Farhani pergi menemui Kim Yong,Haikal,Devnath dan Wei. Rupa-rupanya mereka juga mengalami masalah yang sama. Wei mencadangkan agar mereka kembali semula ke kerajaan kumbang bagi mencari penawar yang boleh meneutralkan serum yang telah mengubah diri mereka menjadi halimunan. Setelah mencapai kata sepakat,mereka kembali ke mahligai dan berjaya menemui Bara. Wei menanyakan Bara sebab manusia tidak dapat melihat mereka sedangkan kumbang-kumbang dapat melihat mereka dengan jelas. Bara menjelaskan tujuan serum itu dicipta adalah untuk mangaburi penglihatan manusia terhadap kumbang ketika mereka memasuki kebun-kebun atau hutan-hutan manusia.Farhani sanggup menanggung risiko untuk meminum vaksin yang belum pernah diuji keatas sesiapa dengan harapan agar formula tersebut bertindak positif ke atas mereka.  

Bab 18:Kepulangan
 Farhani kembali ke rumahnya pada waktu subuh dan berharap formula tersebut berkesan keatasnya.Farhani mengetuk pintu beberapa kali sebelum dibuka oleh ibunya,PuanAsmah.Mereka berdua menangis kemudian seluruh rumahnya menjadi terang-benderang apabila seorang demi seorang ahli keluarganya memeluk Farhani.Berita tentang kepulangan Farhani dan empat orang sahabatnya tersebar ke merata ceruk bandar.Sekolah mereka sekali lagi menjadi tumpuan anggota polis,guru,rakan-rakan,dan pihak media yang mahu mendapatkan cerita ekslusif mengenai peristiwa kehilangan mereka.Mereka menjelaskan bahawa mereka tersesat di dalam hutan tetapi tidak menceritakan tentang kejadian sebenar yang menimpa mereka.

 Wei menjawab pertanyaan seorang wartawan bahawa Devnath yang membantu mereka mencari jalan keluar.Farhani menjelaskan bahawa mereka terpaksa makan buah-buahan dan pucuk-pucuk kayu sepanjang tempoh mereka tersesat di dalam hutan atas ajaran bapanya tentang ikhtiar hidup di dalam hutan.Farhani dan sahabatnya telah berjanji untuk merahsiakan tentang kerajaan kumbang agar tidak menjadi sasaran ketamakan manusia.Kim Yong meminta diri untuk pulang ke rumah bagi membebaskan kumbang-kumbang peliharaannya.Haikal dan yang lain turut berminat untuk membantunya.Kim Yong tekad untuk membebaskan semua kumbang yang berada di dalam zoo mini miliknya agar mereka dapat menikmati erti kebebasan sepenuhnya.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 10:Bertemu Puteri Coleoptera  Farhani menghulurkan minuman yang diisi dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang dahaga dan keletihan. Farhani tergamam apabila Kim Yong yang selama ini bersikap sombong kini mengucapkan terima kasih kepadanya. KimYong berjanji bahawa dia tidak akan bersikap sombong terhadap Farhani dan rakan-rakannya lagi.  Farhani dan Kim Yong dibawa oleh Bara untuk mengadap Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong ke meja makan. Mereka berdua makan dengan gelojoh kerana kelaparan manakala Bara, Puteri Coleoptera dan Dara Bintik menikmati makanan mereka dengan tertib. Puteri Coleoptera menjelaskan niat jahat Komander Caucasus kepada dua orang manusia itu. Komander Causcasus mempunyai impian yang besar untuk menakluki kerajaan kumbang dan juga manusia. Komander Caucasus ingin mentransformasikan dirinya menjadi manusia bagi membalas dendam terhadap manusia yang banyak membunuh kumbang.   Bara menegaskan bahawa m

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 4: Di manakah Farhani?  Chea Mei resah memikirkan cara untuk meminta keizinan neneknya untuk pergi mencari kumbang bersama-sama dengan Farhani dan Mira. Dia mencuri-curi keluar dari rumahnya melalui pintu belakang apabila jarum jam menunjukkan angka pukul tiga setengah.   Setelah hampir dua jam Mira dan Chea Mei menantikan kemunculan Farhani di situ, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Farhani. Ibu Farhani, Puan Asmah mesra menyambut kedatangan Mira dan Chea Mei ke rumahnya tetapi kehairanan apabila Mira dan Chea Mei menyatakan tujuan kedatangan mereka untuk bertemu dengan Farhani. Puan Asmah dan Encik Adnan meminta Mira dan Chea Mei menceritakan semula keseluruhan peristiwa yang berlaku itu.   Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah. Mira membuat andaian bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus tetapi andaiannya itu disangkal oleh bapanya, Encik Zaina