Assalamualaikum semua.. Saya kongsikan sinopsis novel Tawanan Komander Caucasus ni ikut bab. Novel ini hanya untuk kawasan Zon 2 iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan. BAB 1 : HILANG Kehilangan Kim Yong mengejutkan banyak pihak. Ada yang mengatakan kehilangan itu dengan penculikan kerana Kim Yong merupakan anak hartawan yang telah meninggal dunia. Ada pula pendapat mengatakan bahawa Kim Yong melarikan diri dengan bapa tirinya yang garang dan mahu membolot harta yang diwarisinya. Malahan, ada yang mengatakan bahawa Kim Yong disembunyikan makhluk halus. Kim Yong bersikap sombong dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya. Namun begitu, rakan-rakan sekelasnya iaitu Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Wei dan Devnath mengunjungi rumah Kim Yong untuk menunjukkan rasa simpati mereka terhadap ibu Kim Yong, Puan Lee. Di rumah itu, mereka mengetahui minat Kim Yong terhadap kumbang dan terdapat zoo mini yang menemp...
Comments
Post a Comment