Pendidikan Syariah Islamiah ting.4 (definisi sahaja)

kalau nk print klik di bawah :
Bab1: Iman fitrah manusia

Iman : pengakuan atau iqrar dengan lisan, membenarkan dalam hatin dan dibuktikan dengan amalan zahir.

Fitrah : Sesuatu yang semulajadi wujud dalam diri manusia mengikut apa yang terbaik untuk kepentingan manusia itu sendiri.


Bab 3 : Islam sebagai addin yang membawa rahmat

Rahmat hidayah : Hidayah bermaksud penunjuk atau pemimpin.


Bab 6 : Pengenalan ilmu usul fiqh

Usul : Asas, sumber, kaedah atau dalil.

Al fiqh : Pengetahuan ttg hukum syarak yang berkaitan dgn perbuatan mukalaf yang difahami melalui dalil tafsili (تفصيلي).

Ilmu usul fiqh : Ilmu ttg kaedah2 mengistinbat hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf dari dalil tafsili.


Bab 7 : Hukum syarak

Hukum syarak : خطاب ألله yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf samada berbentuk tuntutan (اقتضاء),pilihan (تخيير)atau وضعي .

 اقتضاء : Tuntutan melaksanakn sesuatu perintah sama ada tuntutan tersebut pasti atau tidak.

تخيير :
خطاب ألله yang memberi pilihan kepada mukalaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak.

وضعي :
خطاب ألله yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang bagi sesuatu hukum.

حكوم تكليفي :
خطاب ألله  yang mengandungi tuntutan ke atas mukalaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau mngandungi pilihan sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak.

ايجاب: Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (جزم).

ندب : Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti (غير جزم)

تحريم : Tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti.

كراهه : Tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti.

اباهه : Tuntutan syarak yang mengandungi pilihan kepada mukallaf sama ada untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya.

حكوم وضعي :
خطاب ألله yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang (مانع) kepada sesuatu hukum.

سبب : Sesuatu yang menjadi asas wujudnya sesuatu hukum.

شرط : Sesuatu yang kerana adanya ada hukum tetapi tidak semestinya apabila adanya ada hukum.

مانع ( penghalang ) : Sesuatu yang kerana sesuatu hukum tidak dapat dilaksanakan sedangkan tanpanya hukum tersebut dapat dilaksanakan.

صحيح : Perbuatan yang sempurna syarat dan rukunnya serta terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

باطل : Perbuatan yang tidak sempurna syarat dan rukunnya serata tidak terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

Bab 8 : Dalil2 dan hukum syarak

القرءان الكريم : Kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam bahasa arab, mempunyai mukjizat, membacanya dikira ibadat dan disampaikan kepada generasi.

السنة : Percakapan dan perbuatan rasulullah serta pengakuannya terhadap kenyataan atau tundakan orang lain.

الاجماع : Persepakatan para ulamak mujtahid umat Nabi Muhammad terhadap sesuatu hukumsyarak pada sesuatu masa selepas kewafatan baginda.

القياس : Menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumannya dalam nas dengan masalah yang dijelaskan hukumannya dalam nas kerana terdapat persamaan ilah pd kedua masalah tersebut.


Bab 9 : Dalil 2 dan hukum yang tidak disepakati

الاستحا ن : menggunakan qias yang tidak nyata dengan meninggalkan qias yang nyata atau mengecualikan sesuatu perkara dari dalil atau kaedah umum berdasarkan dalil dalil yang tertentu.

المصالح : menentukan hukum sesuatu berdasarkan kepada kemaslahatan tertentu yang tiada ketentuan nas mahupun ijmak yang menerima atau menolak.

الاستصحا ب : menggunakan sesuatu hukum yang sabit melalui dalil pada masa lalu sehingga ada dalil lain mengubahnya.

سد الذراءعْْ : menghalang perkara perkara harus yang boleh membawa kepada perkara yang haram.

قول الصحا بى : kata-kata atau perbuatan orang yang pernah bertemu dengan rasulullah (sahabat nabi) dalam keadan beriman serta berdampingan dengannya untuk jangka masa yang lama.

عمل اهل المدى نة : perkataan atau perbuatan yang disampaikan oleh penduduk madinah dalam lingkungan tiga kurun hijrah yang pertama.

شرع من قبلنا : syariat rasul rasul terdahulu yang terdapat dalam al quran atau sunnah, tetapi tiada arahan supaya kuta mengikuti atau menghindari.

العرف والعادة : perkataan atau perbuatan yang menjadi kebiasaan sekumpulan manusia dan diterima baik oleh akal yang sejahtera.

Bab10 : Rukhsah tayammum

Tayammum : menyapu debu tanah yang bersih kemuka dan kedua tapak tangan sebagai ganti kepada wuduk keseluruhannya atau kepada basuhan mana mana anggota wuduk atau kepada mandi wajib.

Bab 11 : Qiamullail

Qiamullail : bangun pada waktu malam selepas tidur dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah.

Bab 12 : Puasa ramadhan

Puasa : menahan diri daripada melakukan perkara perkara yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat.


Bab 17 : Syak dalam solat
Khusyuk dalam solat : melakukan solat dengan penuh perhatian kepada Allah yang dilakukan dengan anggota badan dan hati serta menjaga syarat, rukun dan adab adab solat dengan sempurna.

Sujud sahwi : sujud dua kali yang dilakukan selepas membaca tahiat akhir dan sebelum memberi salam.
Bab 18 : Wasiat
Wasiat : pesanan yang dibuat oleh seorang kepada seorang yang lain supaya melakuakan kebaikan terhadap harta yang dimiliki selepas dia meninggal dunia.

Wakaf : menahan harta benda yang berfaedah yang masih kekal manfaatnya dari diurus oleh tuan harta tersebut atau orang lain untuk tujuan yang harus kerana mendekatkan diri kepada Allah.

Hibah atau Hadiah : satu akad yang dapat memindahkan milik sesuatu barangan tanpa perlu menukarganti, kerana ia dibuat secara sukarela.

Bab 20 : Sejarah ibadah haji
Haji : mengunjungi baitullah di mekah untuk melakukan ibadah tertentu pada waktu tertentu, berdasarkan syarat tertentu.

Umrah : mengunjungi baitullah di mekah untuk melakukan ibadah tertentu pada bila bila masa.

Bab 21 : Manasik haji

Wukuf : berada di arafah walaupun seketika, bermula dari gelincir matahari pada hari ke 9 zulhujjah sehingga terbit fajar hari ke 10 zulhijjah.

Sai'  (سعى) : berjalan berulang alik dari safa ke marwah sebanyak tujuh kali.

تحلل : bebas daripada pantang larang semasa dalam ihram.

Miqat zamani : ketentuan masa untuk seseorang berniat ihram.

Miqat makani : ketentuan tempat untuk seseorang berniat ihram.

Bab 22 : Pelaksanaan haji
حج افراد : mengerjakan haji dan umrah secara berasingan.

حج تمتع : mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum menunaikan haji dalam bulan haji.

حج قرا ن : mengerjakan haji dan umrah dalam bulan haji secara serentak.

Dam : denda yang wajib dilaksanakan oleh orang yang menunaikan haji atau umrah jika dia melakukan kesalahan.

ترتيب : wajib dilakukan mengikut urutan.

تقد يرgantiannya telah ditetapkan oleh syarak tanpa berlebih kurang.

تعد يل syarak memerintahkan supaya menilai dan berpindah kepada gantian berdasarkan nilaian tersebut.

تخيير : boleh dipilih untuk melakukan mana mana perkara yang ditetapkan.

Haji mabrur : haji yang tidak bercampur dengan kejahatan dan diterima oleh Allah.

Bab 23 : Niabah dalam haji
Niabah dalam haji : seseorang itu tidak mengerjakan haji dengan sendiri, tetapi haji dikerjakan oleh orang lain sama ada semasa dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.

Bab 25 : Sembelihan
Sembelihan : menghilangkan nyawa binatang daratan yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam.

Bab 26 : Qorban
Qorban : penyembelihan binatang الانا م  yang dilakukan pada hari kesepuluh zulhijjah sehingga hari tasyriq, ia dilakukan bertujuan beribadat kepada Allah.

Bab 27 : Aqiqah
Aqiqah : penyembelihan binatang الانا م  yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan.

Bab 28 : Muamalah
Muamalah : tatacara atau peraturan dalam perhubungan antara sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing masing.

Bab 29 : Pengenalan muamalah dalam Islam 1
Jual beli : memindah milik dengan ganti atas dasar kerelaan.

خيا ر : pilihan, pembeli dan penjual diberi hak untuk membuat pilihan.

بيع السلم : jualan assalam, jual beli dengan bayaran harganya secara tunai semasa akad dan penyerahan barang ditangguh sehingga kesatu masa yang ditetapkan.

البيع بيثن آجل : jualan dengan harga tangguh, menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran harganya sehingga kesuatu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur ansur.

Bab 30 : Pengenalan muamalah dalam Islam 2
Syarikat : sesuatu kontrak antara dua pihak yang berkongsi modal dan untung.

المضاربه: akad antara 2  pihak yang mengandungi penyerahan modal oleh 1 pihak kepada 1 pihak yang lagi untuk berniaga dengan berkongsi untung.

رهن : gadaian yang menjadikan sesuatu barang yang berharga sebagai sandaran bagi hutang yang boleh dibayar dengannya.

ود يعه : menyerahkan harta benda yang dimiliki kepada orang lain untuk menjaganya.

تكا فل : satu kontrak dimana seseorg itu bertnggjwb membantu seseorang lain apabila berlaku sesuatu kejadian yang ditentukan dalam kontrak.

Saham : suatu kepentingan dalam syarikat.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 7-9 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)