Sebenarnya dah lama dah nak post pasal hari mohon restu ni.. Tapi tak de masa.. Jadi hari ni nak Flashback..
KHAMIS (21/9/2017)
Semua pelajar tingkatan 3 berada di surau sambil menanti ibu bapa mereka.. Ceramah motivasi daripada DR. Harlina iaitu mak Deena tentang generasi kini.. Solat hajat..
Dan yang paling menggembirakan dan mengujakan ialah Majlis ini disertakan dengan majlis Khatam Al-Quran buat Amirah Mursyidah.. Amirah memang seorang yang amat bersungguh... Semoga semua pelajar tingkatan 3 dapat mengikut jejak langkahnya... Ada penyampaian sijil untuk pelajar yang mendapat 3.5 ke atas..Masa ni memang kelam-kabut sebab kami beratur mengikut result Sem2.. Yang kesiannya... Rupa-rupanya penyampaian ni untuk peljar 3.5 bagi sem1.. Apa lagi pasrahlah semua dekat situ.. Sebab pelajar yang mendapat 3.5 bagi Sem2 ialah seramai 102 orang daripada lebih kurang 60 orang.. Ini merupakan peningkatan yang agak drastik bagi pelajar tingkatan 3 SUBES..Bak kata orang, anjakan paradigma...
Hari ni ialah hari pulang bermalam pilihan.. Ingatkan boleh balik tapi mama kata dia busy.. Jadi dalam kepala otak ni pun terfikirlah rancangan untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ni..
Selepas habis majlis mohon restu, aku mengambil kesempatan untuk berswafoto bersama rakan-rakanku... Tiba-tiba mamaku bertanya "Huda, nak outing ke nak balik?". Aku pun bermonolog 'sudah... ingatkan tak jadi balik'. Selepas berfikir aku pun mengambil keputusan untuk pulang.. Rupa-rupanya mama suruh balik sebab rindu nak tengok anak dia yang cantik ni😁😁😁
Tahniah Amirah.... Semoga masyi selalu dan kami dapat mengikuti jejak langkahmu..👍👍👍 |
Alhamdulillah... berjaya dapat 3.63 untuk Sem 1 |
Sesi bersalaman bersama ibu bapa |
First time jumpa banner yang letak semua gambar pelajar batch tersebut.. Nasib baik muka cantik dalam banner..hehehe ✌✌✌ Ni banner batch zephyr 177 |
#sorryuntuksiapayangtakdegambardalamni....
#ukhwahtilljannah
Comments
Post a Comment