Skip to main content

Cikgu Khairul Anuar Salim(KGA SUBES)😍26 MARCH 1987-



Salam semua..
Dah hujung tahun 2017..
Cepatnya masa berlalu..
Ajal maut menunggu pun kita tak tahu..

Kelmarin(12/11/2017) satu berita yang amat mengejutkan...
Pemergian seorang guru yang diberi nama Khairul Anuar bin Salim @ lebih dikenali sebagai KGA di maktab.. Ingat lagi disebabkan ada 3 cikgu nama Khairul Anuar, Jadi kami sepakat letak gelaran KGA sebab beliau menyandang jawatan Ketua Guru Asrama(2016-2017).. Bagaikan satu mimpi apabila mendengar berita kematian beliau disebabkan kemalangan..

12/11/2017
Ketika aku sedang menyiapkan diri..
Tiba-tiba mamaku bertanya ' Kak da, cikgu debat k.da lelaki ke perempuan?'
Aku menjawab"lelaki, Kenapa mama?'
Mamaku berkata ' Dia meninggal dunia pagi tadi sebab kemalangan, kalau nak tengok gambar ada dekat babah.. Kereta dia remuk teruk..'
Hatiku berkata ' Takkanlah cikgu, rumah cikgu bukan dekat maktab ke?'
Aku masih tidak dapat mempercayainya walaupun ayahku sudah menunjukkan gambar cikgu dan keretanya yang remuk..'
Tiba-tiba aku dapat panggilan daripada budak team debat iaitu Syafikha..
Dia memberitahu yang dia baru sahaja pergi ke maktab untuk menunaikan solat jenazah...
Hatiku begitu sebak..
Fikiranku sarat dengan persoalan " Bagaimanalah kami tanpa cikgu", "Bagaimana untuk menyertai pertandingan tanpa tunjuk ajar cikgu", " Siapalah yang akan sentiasa bersemangat dan bersungguh memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada kami".. Begitu banyak persoalan di benakku..
Namun, apakan daya Allah lebih menyayangi cikgu..
Aku percaya Allah mempunyai perancangan yang hebat buat kami apabila Allah mengambil cikgu pergi..

Ini laporan berita berkenaan cikgu:
  1. https://www.utusan.com.my/mobile/berita/nahas-bencana/guru-mrsm-sungai-besar-maut-1.551161
  2. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/283205/guru-maut-kemalangan
  3. http://www.sinarharian.com.my/semasa/cikgu-mrsm-sempat-semak-kertas-fizik-sebelum-maut-1.756652
Image may contain: one or more people, sunglasses and outdoor
Rasanya baru semalam kami(team debat SUBES) bergelak ketawa dengannya..
Baru semalam kami membuat perancangan untuk ke debat UKM..
Minggu lepas, cikgu daftarkan kami untuk debat UKM..
Walaupun kami rasa takut dan gementar, cikgu dan cikgu Hadi setia memberi kata-kata semangat..
Lepas ni dah tak de dah..
Tiap-tiap malam datang rumah cikgu untuk hantar laptop dalam keretaa..
Kedengaran suara cikgu menegur kami ketika latihan..
Suara cikgu menyanyi lagu Ayda jebat atau lagu Melayu yang lain..
Lawak jenaka cikgu hingga kami gelak tak kering gusi..
Kata-kata pembakar semangat daripada cikgu..

Cikgu merupakan seorang yang friendly.. bersemangat.. tidak mudah berputus asa.. sentiasa memberi dorongan.. berfikiran jauh..menyanyi merupakan hobi cikgu.. dan sikap cikgu membuatkan kami kenang cikgu sampai bila-bila..

Awal tahun 2017, Aku, Syafikha, Hafizuddin, Faryana, Hafizah,  Pelajar form 1, Zuhair dan Ayie.. dan form 4 Zidane, Meor, dan Kak Masyitah.. KGA panggil anak murid dia(abang Hadi) untuk buat seminar debat.. Lepas tu, KGA pilih aku, Syafikha, Hafizah dan Faryana sebagai wakil Pertandingan Debat MRSM Se-Malaysia...
Akhirnya, Kami berjaya melepasi target cikgu iaitu untuk sampai ke suku akhir..
Cikgu amat gembira kerana ini merupakan kali pertama kami berempat mewakili maktab..
Diiringi untuk ke sidang bagi perlawanan suku akhir
Selepas itu, cikgu belanja kami makan di Burger stop..
meraikan kejayaan kerana berjaya lepas target suku akhir
Cikgu ibarat Planner perjalanan debat kami..
Banyak perkara lagi yang cikgu bincang dengan kami untuk tahun depan..
Bagaimana dengan perancangan tahun depan yang cikgu nak bawa kami menyertai pertandingan debat di Kelantan, Terengganu dan serata negeri???
Cikgu kata ingin mengajar kami cara menulis fakta dan nota dengan betul...
Tetapi cikgu pergi tanpa sempat mengajar kami..
Minggu MIGTY kita berlatih bersama('Misi Mematangkan Fikiran') sebab cikgu nak kami berfikir dengan idea yang matang..
6/11/2017, Kali pertama dan kali terakhir kami berlawan dengan cikgu sebagai pendebat... Aku satu team dengan cikgu.. Masa cari maklumat untuk usul itu, cikgu hanya memberi pemahaman kepadaku tentang usul tersebut..
22/11/2017..Rancangan cikgu untuk kami pergi awal ke UKM.. walaupun Pertandingan debat UKM pada 24/11/2017, agar kami dapat buat persiapan dengan elok ..
Cikgu nak praktis dengan kami bersama anak murid cikgu di sana..
Cikgu target kami dapat sampai ke suku walaupun kami tak yakin tapi cikgu tetap percaya dengan kami berempat..
Tetapi itu semua hanya tinggal angan-angan.. Kami tidak dapat ke sana kerana tiada guru pengiring..

Kini, 
Buku planner kami sudah hilang hingga kami tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan?
Bagaimana dengan persiapan untuk pertandingan akan datang? 
Bagaimana dengan perancangan untuk tahun depan?
Semuanya hanya dalam planner kami..
Kami sendiri terpinga-pinga dan mencari apa yang perlu dilakukan tanpa seorang guru, penasihat dan planner perjalanan kami...
Image may contain: 1 person, sitting
Semoga cikgu ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..
Kami di sini sentiasa mendoakan cikgu..
Kami akan cuba buat yang terbaik untuk cikgu..💖💖💖

Image result for thank you cikgu gif cute
Cikgu.....
Kami akan sentiasa ingat jasa dan tunjuk ajar cikgu sebagai dorongan untuk masa akan datang😆😆😆




Comments

  1. :) mari matangkan fikiran, next year kita target final ! 2 years ahead gais. jom!

    ReplyDelete
  2. Sebak gila ��

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 10:Bertemu Puteri Coleoptera  Farhani menghulurkan minuman yang diisi dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang dahaga dan keletihan. Farhani tergamam apabila Kim Yong yang selama ini bersikap sombong kini mengucapkan terima kasih kepadanya. KimYong berjanji bahawa dia tidak akan bersikap sombong terhadap Farhani dan rakan-rakannya lagi.  Farhani dan Kim Yong dibawa oleh Bara untuk mengadap Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong ke meja makan. Mereka berdua makan dengan gelojoh kerana kelaparan manakala Bara, Puteri Coleoptera dan Dara Bintik menikmati makanan mereka dengan tertib. Puteri Coleoptera menjelaskan niat jahat Komander Caucasus kepada dua orang manusia itu. Komander Causcasus mempunyai impian yang besar untuk menakluki kerajaan kumbang dan juga manusia. Komander Caucasus ingin mentransformasikan dirinya menjadi manusia bagi membalas dendam terhadap manusia yang banyak membunuh kumbang.   Bara menegaskan bahawa m

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 4: Di manakah Farhani?  Chea Mei resah memikirkan cara untuk meminta keizinan neneknya untuk pergi mencari kumbang bersama-sama dengan Farhani dan Mira. Dia mencuri-curi keluar dari rumahnya melalui pintu belakang apabila jarum jam menunjukkan angka pukul tiga setengah.   Setelah hampir dua jam Mira dan Chea Mei menantikan kemunculan Farhani di situ, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Farhani. Ibu Farhani, Puan Asmah mesra menyambut kedatangan Mira dan Chea Mei ke rumahnya tetapi kehairanan apabila Mira dan Chea Mei menyatakan tujuan kedatangan mereka untuk bertemu dengan Farhani. Puan Asmah dan Encik Adnan meminta Mira dan Chea Mei menceritakan semula keseluruhan peristiwa yang berlaku itu.   Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah. Mira membuat andaian bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus tetapi andaiannya itu disangkal oleh bapanya, Encik Zaina

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 16:Pertabalan Puteri Coleoptera Komander Caucasus,Dara Bintik,dan pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan ketika malam beransur siang. Dara Merah ingin menunaikan janjinya namun Bara memujuk kumpulan remaja itu untuk pulang selepas menyaksikan pertabalan Puteri Coleoptera sebagai tonggak kerajaan kumbang.  Puteri Coleoptera berterima kasih atas bantuan dan kerjasama Farhani dan rakan-rakannya dan menghadiahkan mereka lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik. Farhani menghadiahi Puteri Coleoptera sapu tangan merah jambu miliknya yang bersulam huruf   ‘F’manakala  Bara, lampu suluh mini milik Haikal dan Dara Merah dihadiahi cecair Endosulfan oleh Farhani. Puteri Coleoptera melantik Bara sebagai penasihatnya, manakala Dara Merah pula dilantik sebagai komander tentera. Seperti yang dijanjikan,Dara Merah menghantar Farhani dan rakan-rakannya ke gerbang dimensi yang menghubungkan mereka dengan dunia manusia.  Akhir