Bab 7:Menghadap Maharaja Tanduk Bara membawa Farhani masuk menghadap Maharaja Tanduk. Farhani kagum melihat keindahan ruang di dalam mahligai Maharaja Tanduk yang mempunyai lantai kaca warna kebiruan dan dinding putih mutiara yang dilimpahi cahaya daripada cengkerang kaum Bara. Dara Bintik memaklumkan kepada Bara bahawa Maharaja Tanduk murka kerana kelewatan membawa Farhani masuk menghadapnya. Farhani merasakan tubuhnya lemah setelah dia meminum air yang diberikan oleh Dara Bintik selepas memperkenalkan dirinya kepada Maharaja Tanduk. Dia diusung keluar dan dibawa ke suatu tempat. Farhani menyesal meminum air tersebut namun dia tidak berani menolak pemberian air itu. Bab 8:Disembunyikan Bunian? Sudah masuk hari ketiga Farhani hilang menyebabkan warga sekolah gempar dengan kehilangan seorang lagi murid di Sekolah Menengah Seri Kencana. Cikgu Salimah menyesal kerana menugaskan anak muridnya mencari se...
Bab 13:Terperangkap Haikal,Devnath dan Wei telah ditawan oleh tentera Caucasus dan dibawa ke mahligai Maharaja Caucasus. Maharaja Caucasus mengarahkan semua tawanan dipenjarakan kecuali anak-anak manusia. Maharaja Caucasus berang dan mengarahkan tenteranya mencari Farhani dan Kim Yong dengan segera setelah mendapati anak-anak manusia yang ditawan bukanlah Farhani dan Kim Yong.Ketika Farhani dan Kim Yong berada di kawasan air sungai yang jernih, mereka telah ditangkap dan diheret masuk ke dalam semak yang tebal.Seketika,Farhani tertanya-tanya status sebenar kumbang yang telah menyembunyikan dirinya dan Kim Yong daripada ditawan oleh tentera Caucasus tadi. Bab 14:Dipenjara Dara Merah memperkenalkan dirinya dan dua kunang-kunang kepada Farhani dan KimYong. Dara Merah memaklumkan kepada mereka berdua tentang pembelotan Dara Bintik.Sebagai pengikut setia Puteri Coleoptera, Dara Merah memin...
Assalamualaikum semua.. Saya kongsikan sinopsis novel Tawanan Komander Caucasus ni ikut bab. Novel ini hanya untuk kawasan Zon 2 iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan. BAB 1 : HILANG Kehilangan Kim Yong mengejutkan banyak pihak. Ada yang mengatakan kehilangan itu dengan penculikan kerana Kim Yong merupakan anak hartawan yang telah meninggal dunia. Ada pula pendapat mengatakan bahawa Kim Yong melarikan diri dengan bapa tirinya yang garang dan mahu membolot harta yang diwarisinya. Malahan, ada yang mengatakan bahawa Kim Yong disembunyikan makhluk halus. Kim Yong bersikap sombong dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya. Namun begitu, rakan-rakan sekelasnya iaitu Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Wei dan Devnath mengunjungi rumah Kim Yong untuk menunjukkan rasa simpati mereka terhadap ibu Kim Yong, Puan Lee. Di rumah itu, mereka mengetahui minat Kim Yong terhadap kumbang dan terdapat zoo mini yang menemp...
Comments
Post a Comment