HAI semua...
Hari ni saya akan berkongsi tentang tips untuk menunjukkan kepekaan. Kadang-kadang kalau kita ada kawan yang terlebih peka nanti mesti kita akan rasa dia 'busy-body'. Jadi hari ni saya nak kongsi tips untuk menunjukkan kita peka terhadap orang tetapi takkan menyebabkan dia rasa kita 'busy-body'. Tips ni saya dapat daripada Dato' Fadhilah Kamsah melalui rancangan Positif di TV9.
TIPS MENUNJUKKAN KEPEKAAN TERHADAP SESEORANG:
- DOA - Selama ni kita tegur kawan tapi sekadar tegur je kan. Jadi lepas ni bolehlah praktikkan dalam kita tegur kawan tu kita mendoaakan dia sekali sebab kalau kita doa dekat orang lain tanpa diketahuinya doa itu akan dimakbulkan Allah. Contohnya, Kita jumpa kawan tanya khabar dalam masa yang sama kita doa supaya dia menjadi orang yang berjaya.
- MEMBERI KEMAAFAN - Kalau kita cakap guna mulut, orang akan dengar. Kalau kita cakap guna hati, orang akan terbuka hatinya. Oleh itu,kita perlulah memberi kemaafan terhadap orang lain sebab kalau kita maafkan orang lain sama juga dengan kita maafkan diri sendiri.
- MEMBERI HADIAH - Kita boleh membantu sekadar yang mampu itu pun sudah menunjukkan kita peka terhadap seseorang. Contoh, kawan kita tak faham apa yang cikgu ajar dalam kelas, lepas tu kita ajar dia. Ini dapat menunjukkan kita peka secara positif terhadap kawan kita. Ada 3 hadiah yang nabi kata kita jangan tolak iaitu minyak wangi, bantal(bantal kusyen) dan
- INGAT HARI PENTING MEREKA - Kalau orang ingat hari penting seperti tarikh lahir kita mesti kita gembirakan. Macam tu juga kawan-kawan kita.
- MEMBERI NASIHAT - Kalau kita nak bagi nasihat dekat kawan atau orang lain janganlah buat di khalayak ramai sebab nanti kawan kita akan rasa malu. Oleh itu, kita perlulah bagi nasihat secara privasi barulah kawan kita rasa kita ikhlas nak beri nasihat.
- NYATAKAN KEBAIKAN TENTANG DIRINYA - Kita bagitahu kawan kita kebaikan diri dia tapi jangan sampai dia rasa bangga dengan kebaikan tu. " KAWAN TERBAIK ialah orang yang bila kita tengok muka dia, kita akan ingat nak buat kebaikan dan malu melakukan kejahatan"
- BELANJA MAKAN - Kalau kita belanja kawan kita makan maksudnya kita dah gembirakan hati dia..
- BAGI DIA PELUANG UNTUK MENANG - Kadang kala kita janganlah selalu nak menang. Kita ikut keadaan kalau kita perlu untuk mengalah kita mengalahlah. Mengaku kalah tak bermaksud kita kalah.
- KONGSI KEGEMBIRAAN DAN KESEDIHAN - Kita tahu orang perempuan kalau kawan dia cerita sedih dia pun tumpang sedih. Jadi kalau kawan kita sedih kita kongsilah benda gembira supaya dia tak fikir kesedihan sangat. "Allah menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya dengan ikhlas"
Comments
Post a Comment