Skip to main content

PENGGUNAAN BAHASA ISTANA


Salam semua.. Bahasa istana selalu ada dalam exam bahasa Melayu tapi maklumlah zaman sekarang ni semua perkataan ada banyak 'short form'. Orang dulu je guna bahasa istana.. Jadi saya nak berkongsi perbendaharaan kata dan ungkapan dalam bahasa istana.
  1.  ampun kurnia -maaf
  2. baginda -Panggilan bagi raja
  3. beradu -Tidur
  4. berangkat -Meninggalkan sesuatu tempat
  5. berkenan -suka akan
  6. Berputera -beranak
  7. bersiram -Mandi
  8. bertitah-Berucap
  9. beta-Kata ganti diri pertama untuk raja
  10. daulat -Kuasa/Bahagia
  11. gering-Sakit
  12. hamba -Kata ganti nama orang awam ketika bertutur dengan raja
  13. Hari keputeraan -Hari jadi
  14. hulu -kepala
  15. kurnia -Anugerah/hadiah
  16. mahkota -Perhiasan kepala
  17. makam -Kubur
  18. mangkat -Meninggal dunia
  19. menghadap -Datang menemui raja
  20. murka -Marah
  21. patik -Kata ganti nama bagi golongan pembesar ketika bertutur dengan raja
  22. peraduan -Tempat tidur
  23. permaisuri -Isteri raja
  24. puteri -anak perempuan
  25. putera -anak lelaki
  26. santap -Makan
  27. semayam -Duduk di atas takhta
  28. sembah -Penghormatan kepada raja
  29. singgahsana -Kerusi kerajaan
  30. tabal -Majlis merasmikan kemahkotaan raja
  31. iram-iram -Payung kerajaan
  32. kaus -Kasut
  33. bercemar duli -Digunakan pada sultan yang sudi dating ke sesuatu tempat
  34. mencemar duli -mengunjungi
  35. almarhum -Raja dan kerabat lelaki yang telah meninggal dunia
  36. almarhumah -Permaisuri dan kerabat perempuan yang telah meninggal dunia 
  37. junjung kasih -terima kasih
  38. menjunjung duli -taat setia
  39. memohon limpah perkenan -Meminta izin 
  40. Memohon pulang - Memohon diriuntuk pulang
  41. Dewan santapan -Dewan makan
  42. Derma Kurnia -pemberian
  43. patik-patik sekalian -kami
  44. barang perintah -apa yang diperintahkan
  45. patik-patik itu/tersebut -mereka
  46. barang titah -apa yang dititahkan


 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 10:Bertemu Puteri Coleoptera  Farhani menghulurkan minuman yang diisi dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang dahaga dan keletihan. Farhani tergamam apabila Kim Yong yang selama ini bersikap sombong kini mengucapkan terima kasih kepadanya. KimYong berjanji bahawa dia tidak akan bersikap sombong terhadap Farhani dan rakan-rakannya lagi.  Farhani dan Kim Yong dibawa oleh Bara untuk mengadap Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong ke meja makan. Mereka berdua makan dengan gelojoh kerana kelaparan manakala Bara, Puteri Coleoptera dan Dara Bintik menikmati makanan mereka dengan tertib. Puteri Coleoptera menjelaskan niat jahat Komander Caucasus kepada dua orang manusia itu. Komander Causcasus mempunyai impian yang besar untuk menakluki kerajaan kumbang dan juga manusia. Komander Caucasus ingin mentransformasikan dirinya menjadi manusia bagi membalas dendam terhadap manusia yang banyak membunuh kumbang.   Bara menegaskan bahawa m

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 4: Di manakah Farhani?  Chea Mei resah memikirkan cara untuk meminta keizinan neneknya untuk pergi mencari kumbang bersama-sama dengan Farhani dan Mira. Dia mencuri-curi keluar dari rumahnya melalui pintu belakang apabila jarum jam menunjukkan angka pukul tiga setengah.   Setelah hampir dua jam Mira dan Chea Mei menantikan kemunculan Farhani di situ, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Farhani. Ibu Farhani, Puan Asmah mesra menyambut kedatangan Mira dan Chea Mei ke rumahnya tetapi kehairanan apabila Mira dan Chea Mei menyatakan tujuan kedatangan mereka untuk bertemu dengan Farhani. Puan Asmah dan Encik Adnan meminta Mira dan Chea Mei menceritakan semula keseluruhan peristiwa yang berlaku itu.   Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah. Mira membuat andaian bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus tetapi andaiannya itu disangkal oleh bapanya, Encik Zaina

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 16:Pertabalan Puteri Coleoptera Komander Caucasus,Dara Bintik,dan pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan ketika malam beransur siang. Dara Merah ingin menunaikan janjinya namun Bara memujuk kumpulan remaja itu untuk pulang selepas menyaksikan pertabalan Puteri Coleoptera sebagai tonggak kerajaan kumbang.  Puteri Coleoptera berterima kasih atas bantuan dan kerjasama Farhani dan rakan-rakannya dan menghadiahkan mereka lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik. Farhani menghadiahi Puteri Coleoptera sapu tangan merah jambu miliknya yang bersulam huruf   ‘F’manakala  Bara, lampu suluh mini milik Haikal dan Dara Merah dihadiahi cecair Endosulfan oleh Farhani. Puteri Coleoptera melantik Bara sebagai penasihatnya, manakala Dara Merah pula dilantik sebagai komander tentera. Seperti yang dijanjikan,Dara Merah menghantar Farhani dan rakan-rakannya ke gerbang dimensi yang menghubungkan mereka dengan dunia manusia.  Akhir