Kuih Kaswi Pandan

Image result for kuih kosui pandan
Assalamualaikum semua...
RAMADHAN KAREEM..
Hari ni saya ingin berkongsi satu resepi untuk berbuka puasa. Mudah saja, hanya memerlukan beberapa bahan:
BAHAN-BAHAN:

  1. 2/3 cawan gula pasir
  2. 2 cawan air
  3. 1/2 cawan tepung gandum
  4. 1/2 cawan tepung beras
  5. 3/4 cawan jus pandan(kisar daun pandan 4 helai)
  6. Secubit garam
  7. 1 sudu air kapur
  8. Sedikit pewarna hijau(tak letak pun takpe)
CARA-CARA MEMASAK:
  • Masakkan 2/3 cawan gula pasir dengan 2 cawan air sehingga larut dan mendidih
  • Kemudian, sediakan satu mangkuk dan satukan bahan-bahan di atas kecuali air gula yang sedang dimasak. Gaulkan bahan tersebut sehingga rata.
  • Selepas itu, tuang air gula yang sudah dimasak ke dalam mangkuk yang berisi bahan yang sudah digaul rata tadi. 
  • Kemudian, gaulkan air gula dan bahan tersebut sehingga rata.
  • Seterusnya, masak bahan yang sudah digaul bersama air gula dengan api yang perlahan dan kacau sehingga likat. Pastikan anda tidak berhenti mengacau.
  • Pastikan adunan tadi tidak terlalu pekat.
  • Akhir sekali, masukkan ke dalam loyang atau bekas dan kukus selama 20 minit/25 minit
  • Dan langkah terakhir, tunggu kuih itu sejuk kemudian letakkan kelapa.
  • Kuih kaswi pandan sudah siap untuk dihidangkan.
Mudah bukan. Selamat mencuba semua..GOOD LUCK..:)

Comments

Popular posts from this blog

BAB 7-9 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)