Skip to main content

Kesalahan Tatabahasa

Assalamualaikum semua..
Hari ni saya ingin berkongsi kesalahan tatabahasa yang sering kita lakukan dalam penggunaan Bahasa Melayu
Sekadar perkongsian ....

Sila2 wara-wara kan.. 😆
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)..Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

KESALAHAN TATABAHASA
Swafoto - gambar kendiri, berswafoto - mengambil gambar kendiri, menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri. Jom kita gunakan bahasa Melayu dgn betul. Indahnya bahasa kita.
Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Tular - Viral
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian -Resort

KESALAHAN EJAAN
Walaupun kita orang Melayu tapi kita sering lagi berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian. Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa dan guru subjek. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.
Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:

1. resepi ❌ resipi ✔
2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔
3. istirehat ❌ istirahat ✔
4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔
5. sambilewa ❌ sambalewa ✔
6. dasyat ❌ dahsyat ✔
7. insuran ❌ insurans ✔
8. ambulan ❌ ambulans ✔
9. juwita ❌ juita ✔
10. unggu ❌ ungu ✔
11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔
12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔
13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔
14. redha ❌ reda ✔
15. kerinting ❌ keriting ✔
16. bergu ❌ beregu ✔
17. kontingen ❌ kontinjen ✔
18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔
19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔
20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔
21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔
22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔
23. majerin❌ marjerin ✔
24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔
25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔
26. margasatwa ❌ mergastua ✔
27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔
28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔
29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔
30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔
31. mee ❌ mi ✔
32. kuey teow ❌ kuetiau ✔
33. respon ❌ respons ✔
34. sunnah ❌ sunah ✔
35. ramadhan ❌ ramadan ✔
36. leukimia ❌ leukemia ✔
37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan
38. katrij ❌ kartrij ✔
39. cop nama ❌ cap nama ✔
40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔
41. alergik ❌ alergi ✔
42. ansurans ❌ ansuran ✔
43. urusetia❌ urus setia ✔
44. keretapi ❌ kereta api ✔
45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔
46. naskah ❌ naskhah ✔
47. atlit ❌ atlet ✔
48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔
49. urusetia ❌ urus setia ✔
50. fax ❌ faks/faksimile ✔
51. was-was ❌ waswas ✔
52. stokin ❌ stoking ✔
53. karenah❌ kerenah ✔
54. kemaskini ❌ kemas kini ✔
55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔
56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔
57. temu janji ❌ janji temu ✔
57. menghadkan ❌ mengehadkan ✔
58. hajjah ❌ hajah ✔
59. agen ❌ ejen ✔

Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik akan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul.Semoga pembaca semua tidak akan melakukan kesalahan yang sama setelah membaca perkongsian ini.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 4: Di manakah Farhani?  Chea Mei resah memikirkan cara untuk meminta keizinan neneknya untuk pergi mencari kumbang bersama-sama dengan Farhani dan Mira. Dia mencuri-curi keluar dari rumahnya melalui pintu belakang apabila jarum jam menunjukkan angka pukul tiga setengah.   Setelah hampir dua jam Mira dan Chea Mei menantikan kemunculan Farhani di situ, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Farhani. Ibu Farhani, Puan Asmah mesra menyambut kedatangan Mira dan Chea Mei ke rumahnya tetapi kehairanan apabila Mira dan Chea Mei menyatakan tujuan kedatangan mereka untuk bertemu dengan Farhani. Puan Asmah dan Encik Adnan meminta Mira dan Chea Mei menceritakan semula keseluruhan peristiwa yang berlaku itu.   Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah. Mira membuat andaian bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus tetapi andaiannya itu disangkal o...

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 16:Pertabalan Puteri Coleoptera Komander Caucasus,Dara Bintik,dan pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan ketika malam beransur siang. Dara Merah ingin menunaikan janjinya namun Bara memujuk kumpulan remaja itu untuk pulang selepas menyaksikan pertabalan Puteri Coleoptera sebagai tonggak kerajaan kumbang.  Puteri Coleoptera berterima kasih atas bantuan dan kerjasama Farhani dan rakan-rakannya dan menghadiahkan mereka lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik. Farhani menghadiahi Puteri Coleoptera sapu tangan merah jambu miliknya yang bersulam huruf   ‘F’manakala  Bara, lampu suluh mini milik Haikal dan Dara Merah dihadiahi cecair Endosulfan oleh Farhani. Puteri Coleoptera melantik Bara sebagai penasihatnya, manakala Dara Merah pula dilantik sebagai komander tentera. Seperti yang dijanjikan,Dara Merah menghantar Farhani dan rakan-...

BAB 7-9 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 7:Menghadap Maharaja Tanduk  Bara membawa Farhani masuk menghadap Maharaja Tanduk. Farhani kagum melihat keindahan ruang di dalam mahligai Maharaja Tanduk yang mempunyai lantai kaca warna kebiruan dan dinding putih mutiara yang dilimpahi cahaya daripada cengkerang kaum Bara. Dara Bintik memaklumkan kepada Bara bahawa Maharaja Tanduk murka kerana kelewatan membawa Farhani masuk menghadapnya. Farhani merasakan tubuhnya lemah setelah dia meminum air yang diberikan oleh Dara Bintik selepas memperkenalkan dirinya kepada Maharaja Tanduk. Dia diusung keluar dan dibawa ke suatu tempat. Farhani menyesal meminum air tersebut namun dia tidak berani menolak pemberian air itu. Bab 8:Disembunyikan Bunian?  Sudah masuk hari ketiga Farhani hilang menyebabkan warga sekolah gempar dengan kehilangan seorang lagi murid di Sekolah Menengah Seri Kencana. Cikgu Salimah menyesal kerana menugaskan anak muridnya mencari se...