Posts

Peristiwa Penting Leftenan Adnan bab 15-21

Bab 15 ( Buku Bertemu Ruas )  Adnan terpaksa menahan ejekan dan cemuhan daripada beberapa orang pemuda di kampungnya. Bagi mereka, askar merupakan tali barut orang putih dan pembelot bangsa. Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Adnan bersama-sama dengan tiga orang rakannya yang lain menumpang sebuah lori untuk ke Port Dickson. Setibanya di Port Dickson, mereka berempat terus ke Kem Haig Lines. Perasaan mereka berdebar-debar ketika menjalani proses temu duga. Adnan telah terpilih menjadi tentera dan akan menjalani latihan ketenteraan . Kejayaan itu menjadi buah mulut orang di pelosok kampung. Pak Saidi mengadakan majlis doa bersempena dengan pemergian Adnan ke Port Dickson untuk menjalani latihan ketenteraan. Bab 16 ( Perwira )  Seorang pegawai mengalu-alukan kedatangan rekrut-rekrut baharu. Beliau mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata perangsang.  Daripada 1000...

Peristiwa Penting Leftenan Adnan bab 8-14

Bab 8 - Seteguh Karang Pak Saidi berehat di pondok yang terletak di tepi sawah untuk berehat, tiba-tiba Karim datang menghampirinya lalu menyerahkan wang hasil jualan getah. Kemudian, Karim memberitahu Pak Saidi bahawa Abu menghasut Tok Ketua supaya mengambil tindakan ke atas Pak Saidi kerana menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Karim inginkan penjelasan daripada Pak Saidi sebab mengapa menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Petang itu rumah Pak Saidi didatangi oleh Tok Ketua Kampung, Lebai Pian, Karim dan Isa untuk mendengar penjelasan Pak Saidi. sedikit perbalahan telah berlaku antara Pak Saidi dengan Lebai Pian. Akhirnya Lebai Pian kehilangan kata apabila telah dibidas oleh Pak Saidi. Bab 9 - Anak-anak Kampung Adnan dan Mamat duduk di atas pangkin kayu untuk melepaskan penat setelah bermain perang olok-olok. Adnan telah mengajar Ahmad serba sedikit perkataan bahasa Inggeris. Pada malam itu, rumah Pak Saidi telah dicerobohi mencuri. Adnan dan Pak Saidi telah cuba...

Tokoh PQS Unit 2: Imam Malik RA

LATAR BELAKANG  Nama penuh: Malik bin Anas bin ‘Amir al-Asbahi  Tarikh lahir : pada tahun 93H bersamaan 712M di  Madinah al-Munawwarah  dan dibesarkan di sana. Tarikh meninggal dunia : pada tahun 179H bersamaan 798M ketika berusia 86 tahun dan disemadikan di perkuburan al-Baqi’, Madinah al-Munawwarah  Sifat peribadi :  Sangat menghormati ibu bapa, orang dewasa dan guru  Bersifat sopan santun suka menziarahi org sakit dan mengiringi jenazah ke kubur  Pendiam dan bercakap hanya perkara yang berfaedah sahaja  Suka berpakaian bersih dan kemas serta memakai bau-bauan yang harum  Pemurah, dermawan dan suka memberi pertolongan  Suka bergaul dengan semua lapisan masyarakat  PENDIDIKAN Mendapat pendidikan di Madinah al-Munawwarah  memulakan pengajian al-Quran dan tafsir  Sebelum baligh beliau dapat menghafaz keseluruhan al-Quran  Beliau mempelajari hadith sehingga menjadi seorang tokoh hadit...

Amalan surah-surah pilihan mengikut hari

Image
Assalamualaikum semua..dh lama tak update..hari ni saya nak share surah yang boleh dijadikan amalan setiap hari.. alhamdulillah saya berjaya mengamalkannya...ini cuma pendapat untuk hari apa yg korang semua nk baca tapi ikutlah korang nkk baca hari apa?..cuma kalau saya amalkan seperti di bawah.. ♡ SELEPAS SUBUH ♡ Surah As-Sajadah 1. Hadith Riwayat Al-Bukhari daripada Abi Hurairah r.a. berkata : "Adalah Nabi s.a.w membaca pada solat Fajar (subuh) pada hari jumaat (Alif Laam Mim Tanzil) as-sajadah dan (Hal Ata Alal Insan)Insan." Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata : "Adalah Nabi saw tidak tidur hingga di baca surah as-sajdah dan al-Mulk. ♡ ISNIN & SABTU ♡ Surah Ad- Dukhan 1. Daripada Abi Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w telah bersabda :" Sesiapa membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya."(HR Ibnu Katsir) 2. Daripada Abi Hurair...

Pendidikan Syariah Islamiah ting.4 (definisi sahaja)

kalau nk print klik di bawah : Bab1: Iman fitrah manusia Iman : pengakuan atau iqrar dengan lisan, membenarkan dalam hatin dan dibuktikan dengan amalan zahir. Fitrah : Sesuatu yang semulajadi wujud dalam diri manusia mengikut apa yang terbaik untuk kepentingan manusia itu sendiri. Bab 3 : Islam sebagai addin yang membawa rahmat Rahmat hidayah : Hidayah bermaksud penunjuk atau pemimpin. Bab 6 : Pengenalan ilmu usul fiqh Usul : Asas, sumber, kaedah atau dalil. Al fiqh : Pengetahuan ttg hukum syarak yang berkaitan dgn perbuatan mukalaf yang difahami melalui dalil tafsili (تفصيلي). Ilmu usul fiqh : Ilmu ttg kaedah2 mengistinbat hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf dari dalil tafsili. Bab 7 : Hukum syarak Hukum syarak : خطاب ألله yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf samada berbentuk tuntutan (اقتضاء),pilihan (تخيير)atau وضعي .  اقتضاء :  Tuntutan melaksanakn sesuatu perintah sama ada tuntutan tersebut ...

Tokoh PQS Unit 1: IMAM ABU HANIFAH RA

Image
LATAR BELAKANG Nama sebenar: Nu’man bin Thabit ra  Dilahirkan di Bandar Kufah,Iraq pada tahun 80H bersamaan 699M  Keturunan: Parsi. Bapanya telah berpindah dari Parsi dan menetap di Kufah  Beliau digelar Abu Hunaifah kerana seorang daripada anak lelakinya bernama Hunaifah. Ada yang mengatakan Hunaifah bermaksud org yang taat dan ahli ibadah. Pendapat lain mengatakan Hunaifah dalam bahasa Parsi bermaksud dakwat.  Imam Abu Hunaifah meninggal dunia di Baghdad pada bulan Rejab tahun 150H bersamaan 767M ketika berusia 70 tahun  SIFAT PERIBADI Berperibadi mulia,  bercita-cita tinggi, berani dan pintar  Petah bercakap tetapi pendiam, warak, peramah, tenang, sabar,  berpakaian bersih dan kemas  Seorang hartawan, berilmu, kuat beribadah, dermawan, beramanah dan zuhud  Seorang ahli perundangan dan digelar al-Imam al-A’zhom  PENDIDIKAN Mendapat pendidikan yang sempurna sejak kecil sehingga ke peringkat yang lebih tingg...

Remaja berwawasan penjana kemajuan negara

Image
  Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan merupakan pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara, bak kata pepatah 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara'. Generasi berwawasan dapat ditafsirkan sebagai golongan muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras dengan saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020. Dewasa ini, sekiranya kita ingin melihat pemimpin di masa hadapan, lihatlah remaja pada masa kini. Oleh itu, usaha untuk melahirkan remaja yang berwawasan semakin perlu untuk diberikan keutamaan. Hal ini demikian kerana remaja yang berwawasan dapat menjana kepada kemajuan negara.Persoalannya, bagaimanakah caranya seseorang remaja yang berwawasan dapat menjana kepada kemajuan negara?.   Pertamanya, remaja harus dididik dengan nilai-nilai Islami dan murni untuk menjadi remaja berwawasan. Hal ini demikian kerana minda golongan remaja amat terdedah kepada pengaruh baru malah akan mengalami ketirisan j...