Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

NOTA PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH

NOTA PENDIDIKAN SYARIAH TING. 5 (DEFINISI SAHAJA) NOTA RINGKAS PENIDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH NOTA PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH (MUAMALAT) NOTA PSI (AQIDAH)

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 16:Pertabalan Puteri Coleoptera Komander Caucasus,Dara Bintik,dan pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan ketika malam beransur siang. Dara Merah ingin menunaikan janjinya namun Bara memujuk kumpulan remaja itu untuk pulang selepas menyaksikan pertabalan Puteri Coleoptera sebagai tonggak kerajaan kumbang.  Puteri Coleoptera berterima kasih atas bantuan dan kerjasama Farhani dan rakan-rakannya dan menghadiahkan mereka lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik. Farhani menghadiahi Puteri Coleoptera sapu tangan merah jambu miliknya yang bersulam huruf   ‘F’manakala  Bara, lampu suluh mini milik Haikal dan Dara Merah dihadiahi cecair Endosulfan oleh Farhani. Puteri Coleoptera melantik Bara sebagai penasihatnya, manakala Dara Merah pula dilantik sebagai komander tentera. Seperti yang dijanjikan,Dara Merah menghantar Farhani dan rakan-rakannya ke gerbang dimensi yang menghubungkan mereka dengan dunia manusia.  Akhir

SINOPSIS KESELURUHAN TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

 Kim Yong telah hilang ketika mencari kumbang dan kehilangannya menjadi misteri kerana tiada wang tebusan yang dituntut setelah kehilangannya. Pelbagai andaian timbul ekoran kehilangannya itu. Farhani, dan kawan-kawannya yang bernama Mira, Chea Mei, Haikal, Devnath dan Wei menziarahi keluarga Kim Yong sebagai tanda simpati kepada mereka. Di sekolah, Cikgu Salimah telah memberi tugasan untuk mencari spesies serangga untuk zoo mini serangga sekolah. Farhani, Mira dan Chea Mei merancang mencarinya di pinggir hutan.   Disebabkan kawan-kawannya belum tiba, dia mencarinya dahulu. Kemudian, Farhani terjumpa sebuah rumah kayu usang yang terletak di bawah pohon jejawi. Dia masuk ke dalam rumah itu lalu ternampak satu lembaga besar sedang merenungnya. Lembaga hitam yang merenung Farhani ialah seekor kumbang. Tidak lama kemudian Mira dan Chea Mei tiba. Setelah menunggu selama dua jam, mereka pergi ke rumah Farhani. Ibu bapa Farhani terkejut dengan kehilangan Farhani.   Cikgu Salimah d

BAB 13-15 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 13:Terperangkap Haikal,Devnath dan Wei telah ditawan oleh tentera Caucasus dan dibawa ke mahligai Maharaja Caucasus. Maharaja Caucasus mengarahkan semua tawanan dipenjarakan kecuali anak-anak manusia. Maharaja Caucasus berang dan mengarahkan tenteranya mencari Farhani dan Kim Yong dengan segera setelah mendapati anak-anak manusia yang ditawan bukanlah Farhani dan Kim Yong.Ketika Farhani dan Kim Yong berada di kawasan air sungai yang jernih, mereka telah ditangkap dan diheret masuk ke dalam semak yang tebal.Seketika,Farhani tertanya-tanya status sebenar kumbang yang telah menyembunyikan dirinya dan Kim Yong daripada ditawan oleh tentera Caucasus tadi. Bab 14:Dipenjara  Dara Merah memperkenalkan dirinya dan dua kunang-kunang kepada Farhani dan KimYong. Dara Merah memaklumkan kepada mereka berdua tentang pembelotan Dara Bintik.Sebagai pengikut setia Puteri Coleoptera, Dara Merah meminta kerjasama Farhani dan KimYong untuk membebaskan Puteri Coleoptera dan yang lain dan se

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 10:Bertemu Puteri Coleoptera  Farhani menghulurkan minuman yang diisi dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang dahaga dan keletihan. Farhani tergamam apabila Kim Yong yang selama ini bersikap sombong kini mengucapkan terima kasih kepadanya. KimYong berjanji bahawa dia tidak akan bersikap sombong terhadap Farhani dan rakan-rakannya lagi.  Farhani dan Kim Yong dibawa oleh Bara untuk mengadap Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong ke meja makan. Mereka berdua makan dengan gelojoh kerana kelaparan manakala Bara, Puteri Coleoptera dan Dara Bintik menikmati makanan mereka dengan tertib. Puteri Coleoptera menjelaskan niat jahat Komander Caucasus kepada dua orang manusia itu. Komander Causcasus mempunyai impian yang besar untuk menakluki kerajaan kumbang dan juga manusia. Komander Caucasus ingin mentransformasikan dirinya menjadi manusia bagi membalas dendam terhadap manusia yang banyak membunuh kumbang.   Bara menegaskan bahawa m

BAB 7-9 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 7:Menghadap Maharaja Tanduk  Bara membawa Farhani masuk menghadap Maharaja Tanduk. Farhani kagum melihat keindahan ruang di dalam mahligai Maharaja Tanduk yang mempunyai lantai kaca warna kebiruan dan dinding putih mutiara yang dilimpahi cahaya daripada cengkerang kaum Bara. Dara Bintik memaklumkan kepada Bara bahawa Maharaja Tanduk murka kerana kelewatan membawa Farhani masuk menghadapnya. Farhani merasakan tubuhnya lemah setelah dia meminum air yang diberikan oleh Dara Bintik selepas memperkenalkan dirinya kepada Maharaja Tanduk. Dia diusung keluar dan dibawa ke suatu tempat. Farhani menyesal meminum air tersebut namun dia tidak berani menolak pemberian air itu. Bab 8:Disembunyikan Bunian?  Sudah masuk hari ketiga Farhani hilang menyebabkan warga sekolah gempar dengan kehilangan seorang lagi murid di Sekolah Menengah Seri Kencana. Cikgu Salimah menyesal kerana menugaskan anak muridnya mencari serangga bagi menjadikan zoo mini di sekolah mereka suatu kenyataan. 

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 4: Di manakah Farhani?  Chea Mei resah memikirkan cara untuk meminta keizinan neneknya untuk pergi mencari kumbang bersama-sama dengan Farhani dan Mira. Dia mencuri-curi keluar dari rumahnya melalui pintu belakang apabila jarum jam menunjukkan angka pukul tiga setengah.   Setelah hampir dua jam Mira dan Chea Mei menantikan kemunculan Farhani di situ, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Farhani. Ibu Farhani, Puan Asmah mesra menyambut kedatangan Mira dan Chea Mei ke rumahnya tetapi kehairanan apabila Mira dan Chea Mei menyatakan tujuan kedatangan mereka untuk bertemu dengan Farhani. Puan Asmah dan Encik Adnan meminta Mira dan Chea Mei menceritakan semula keseluruhan peristiwa yang berlaku itu.   Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah. Mira membuat andaian bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus tetapi andaiannya itu disangkal oleh bapanya, Encik Zaina