Skip to main content

🌸RESEPI KEK MARBLE MUDAH 4 BAHAN JE🌸

Apa khabar semua?
Hari ni nak update resepi buat kek marble paling mudah...Kami biasa panggil kek pelangi uwan je
Formula dia 1125... arwah uwan selalu cerita atuk panggil resepi dia wanwantupai😂
So bahan-bahannya senang je...


  • 1 cawan tepung seperti gambar di atas
  • 1 buttercup 250g (tak kisah jenama apa atau guna butter pon asalkn berat dia 250g )
  • 2 cawan gula *x kisah yg kastor atau kasar
  • 5 biji telur
Cara-caranya adalah seperti berikut :
*syarat dia SILA PASTIKAN BARANGAN UNTUK MEMBUAT KEK INI KERING DAN TIADA SETITIK AIR PON TERKENA DEKAT ADUNAN...kalau x nnti kek ni merajuk
  1. Pecahkan 5 biji telur yang sudah dibasuh ke dalam blender bersama dengan 1 buttercup dan 1 gelas gula tadi..*pastikan adunan diblender sehingga halus
  2. Masukkan adunan yang telah diblender ke dalam mangkuk.
  3. Kemudian, masukkan 2 cawan tepung ke dalam adunan tersebut.
  4. Kacau sehingga adunan tersebut sebati dan lembut.
  5. Kemudian, bahagikan adunan kepada 3@4 bahagian.
  6. Masukkan adunan yang telah dibahagikan ke dalam 4 bekas yang berbeza. 
  7. Bekas 1: pewarna asal+essen Vanilla, bekas 2: pewarna merah+essen Ros @ Strawberi, bekas 3: pewarna hijau+essen Pandan,dan yang terakhir:letak koko... Warna tu letak sebelah2.. Maksudnya bukan letak layer tau.. * Anda boleh meletakkan pewarna makanan dan perasa mengikut cita rasa anda semua...
  8. Akhir sekali, sapukan butter ke seluruh bahagian dia daam bekas tersebut utk mengelakkan kek melekat dengan bekas dan gunakan belakang sudu untuk dicampurkan seperti gambar di bawah.. bukan kacau tau
  9. Ok... dah boleh masuk dalam oven dengan suhu 180 degree selama 40 minit...*kalau rasa dia belum jadi atau nk tambah rangup dia boleh je tambah masa tu sendiri..

Tadaa...dh siap inilah hasilnya..menarik bukan?

SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular posts from this blog

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 10:Bertemu Puteri Coleoptera  Farhani menghulurkan minuman yang diisi dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang dahaga dan keletihan. Farhani tergamam apabila Kim Yong yang selama ini bersikap sombong kini mengucapkan terima kasih kepadanya. KimYong berjanji bahawa dia tidak akan bersikap sombong terhadap Farhani dan rakan-rakannya lagi.  Farhani dan Kim Yong dibawa oleh Bara untuk mengadap Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong ke meja makan. Mereka berdua makan dengan gelojoh kerana kelaparan manakala Bara, Puteri Coleoptera dan Dara Bintik menikmati makanan mereka dengan tertib. Puteri Coleoptera menjelaskan niat jahat Komander Caucasus kepada dua orang manusia itu. Komander Causcasus mempunyai impian yang besar untuk menakluki kerajaan kumbang dan juga manusia. Komander Caucasus ingin mentransformasikan dirinya menjadi manusia bagi membalas dendam terhadap manusia yang banyak membunuh kumbang.   Bara menegaskan bahawa m

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 4: Di manakah Farhani?  Chea Mei resah memikirkan cara untuk meminta keizinan neneknya untuk pergi mencari kumbang bersama-sama dengan Farhani dan Mira. Dia mencuri-curi keluar dari rumahnya melalui pintu belakang apabila jarum jam menunjukkan angka pukul tiga setengah.   Setelah hampir dua jam Mira dan Chea Mei menantikan kemunculan Farhani di situ, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Farhani. Ibu Farhani, Puan Asmah mesra menyambut kedatangan Mira dan Chea Mei ke rumahnya tetapi kehairanan apabila Mira dan Chea Mei menyatakan tujuan kedatangan mereka untuk bertemu dengan Farhani. Puan Asmah dan Encik Adnan meminta Mira dan Chea Mei menceritakan semula keseluruhan peristiwa yang berlaku itu.   Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah. Mira membuat andaian bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus tetapi andaiannya itu disangkal oleh bapanya, Encik Zaina

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 16:Pertabalan Puteri Coleoptera Komander Caucasus,Dara Bintik,dan pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan ketika malam beransur siang. Dara Merah ingin menunaikan janjinya namun Bara memujuk kumpulan remaja itu untuk pulang selepas menyaksikan pertabalan Puteri Coleoptera sebagai tonggak kerajaan kumbang.  Puteri Coleoptera berterima kasih atas bantuan dan kerjasama Farhani dan rakan-rakannya dan menghadiahkan mereka lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik. Farhani menghadiahi Puteri Coleoptera sapu tangan merah jambu miliknya yang bersulam huruf   ‘F’manakala  Bara, lampu suluh mini milik Haikal dan Dara Merah dihadiahi cecair Endosulfan oleh Farhani. Puteri Coleoptera melantik Bara sebagai penasihatnya, manakala Dara Merah pula dilantik sebagai komander tentera. Seperti yang dijanjikan,Dara Merah menghantar Farhani dan rakan-rakannya ke gerbang dimensi yang menghubungkan mereka dengan dunia manusia.  Akhir