Posts

TIPS BERSYUKUR

Image
CIRI-CIRI ORANG YANG BERSYUKUR TAAT PERINTAH ALLAH BUAT YANG TERBAIK!! MENGHARAGAI MASA BANTU ORANG LAIN TANPA SYARAT DOAKAN KESEJAHTERAAN MAJIKAN(Menurut kajian kalau kita doakan majikan dalam masa 40 hari Insya-Allah majikan kita akan berubah hati)  TIPS BERSYUKUR Luahkan rasa syukur Berterima kasih pada orang tersayang - "Siapa yang tidak mengucapkan terima kasih kepada manusia maknanya dia tidak bersukur terhadap Allah" AMALAN SEBELUM TIDUR Bersyukur Bertaubat -solat sunat taubat dan istighfar Maafkan orang - kesan kita maafkan orang hati kita akan bersih, fikiran kita tenang, badan kita sihat, muka kita comel, kita akan mendapat hidayah dan doa kita juga akan dimakbulkan. Berwudhuk Berzikir Meminta maaf Orang bahagia tak semestinya senyum, Orang senyum pasti bahagia Kalau kita berfikiran positif pada waktu pagi maka kita akan positif sepanjang hari..Tips nak berfikiran positif..hurmm..Senyum bila bangun tidur selama 10 saat sebab menurut ka...

TIPS MENUNJUKKAN KEPEKAAN TERHADAP SESEORANG

Image
HAI semua... Hari ni saya akan berkongsi tentang tips untuk menunjukkan kepekaan. Kadang-kadang kalau kita ada kawan yang terlebih peka nanti mesti kita akan rasa dia 'busy-body'. Jadi hari ni saya nak kongsi tips untuk menunjukkan kita peka terhadap orang tetapi takkan menyebabkan dia rasa kita 'busy-body'. Tips ni saya dapat daripada Dato' Fadhilah Kamsah melalui rancangan Positif di TV9. TIPS MENUNJUKKAN KEPEKAAN TERHADAP SESEORANG: DOA - Selama ni kita tegur kawan tapi sekadar tegur je kan. Jadi lepas ni bolehlah praktikkan dalam kita tegur kawan tu kita mendoaakan dia sekali sebab kalau kita doa dekat orang lain tanpa diketahuinya doa itu akan dimakbulkan Allah. Contohnya,  Kita jumpa kawan tanya khabar dalam masa yang sama kita doa supaya dia menjadi orang yang berjaya. MEMBERI KEMAAFAN - Kalau kita cakap guna mulut, orang akan dengar. Kalau kita cakap guna hati, orang akan terbuka hatinya. Oleh itu,kita perlulah memberi kemaafan terhadap orang lai...

PENGGUNAAN BAHASA ISTANA

Image
Salam semua.. Bahasa istana selalu ada dalam exam bahasa Melayu tapi maklumlah zaman sekarang ni semua perkataan ada banyak 'short form'. Orang dulu je guna bahasa istana.. Jadi saya nak berkongsi perbendaharaan kata dan ungkapan dalam bahasa istana.  ampun kurnia -maaf baginda - Panggilan bagi raja beradu - Tidur berangkat - Meninggalkan sesuatu tempat berkenan -suka akan Berputera -beranak bersiram - Mandi bertitah-Berucap beta-Kata ganti diri pertama untuk raja daulat - Kuasa/Bahagia gering-Sakit hamba - Kata ganti nama orang awam ketika bertutur dengan raja Hari keputeraan - Hari jadi hulu -kepala kurnia - Anugerah/hadiah mahkota -Perhiasan kepala makam -Kubur mangkat -Meninggal dunia menghadap -Datang menemui raja murka -Marah patik -Kata ganti nama bagi golongan pembesar ketika bertutur dengan raja peraduan -Tempat tidur permaisuri -Isteri raja puteri -anak perempuan putera -anak lelaki santap -Makan semayam -Duduk di atas takhta semb...

Kuih Kaswi Pandan

Image
Assalamualaikum semua... RAMADHAN KAREEM.. Hari ni saya ingin berkongsi satu resepi untuk berbuka puasa. Mudah saja, hanya memerlukan beberapa bahan: BAHAN-BAHAN: 2/3 cawan gula pasir 2 cawan air 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung beras 3/4 cawan jus pandan(kisar daun pandan 4 helai) Secubit garam 1 sudu air kapur Sedikit pewarna hijau(tak letak pun takpe) CARA-CARA MEMASAK: Masakkan 2/3 cawan gula pasir dengan 2 cawan air sehingga larut dan mendidih Kemudian, sediakan satu mangkuk dan satukan bahan-bahan di atas kecuali air gula yang sedang dimasak. Gaulkan bahan tersebut sehingga rata. Selepas itu, tuang air gula yang sudah dimasak ke dalam mangkuk yang berisi bahan yang sudah digaul rata tadi.  Kemudian, gaulkan air gula dan bahan tersebut sehingga rata. Seterusnya, masak bahan yang sudah digaul bersama air gula dengan api yang perlahan dan kacau sehingga likat. Pastikan anda tidak berhenti mengacau. Pastikan adunan tadi tidak terlalu pekat. Akhir...

Kesalahan Tatabahasa

Assalamualaikum semua.. Hari ni saya ingin berkongsi kesalahan tatabahasa yang sering kita lakukan dalam penggunaan Bahasa Melayu Sekadar perkongsian .... Sila2 wara-wara kan.. 😆 Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)..Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. KESALAHAN TATABAHASA Swafoto - gambar kendiri, berswafoto - mengambil gambar kendiri, menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri. Jom kita gunakan bahasa Melayu dgn betul. Indahnya bahasa kita. Suri Teladan – Role Model Jerayawara – Road Show Latar Pentas – Back Drop Gegantung – Bunting Imej Tumpu – Highlight Parkir – Parking Pascanilai – Postmortem Swafoto – Selfie Tular - Viral Kira detik – Count Down Bilik acu – Fitting Room Ujana teh – Garden tea Persantaian -Resort KESALAHAN EJAAN Walaupun kita orang Melayu tapi kita sering lagi berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian. Sesungguhnya, kekeli...

Sejarah Melayu Melaka

Image
LATAR BELAKANG MELAKA          Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama ( 1293 - 1309 ) dan pengasas Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir ( 1268 - 1292 ) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Sribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga ( 1326 - 1350 ) Kerajaan Majapahit, beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singhwardana , dan memiliki Puteri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir ni tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Sribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit . Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, ( anak dari Adityawarman ) yang menjawat sebagai Gabenor Majapahit di Pagar Ruyung, Kerajaan Dharmasraya, dan Palembang.                Sebelumnya, Parameswara bera...