LATAR BELAKANG MELAKA
Parameswara
adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama (
1293 - 1309 ) dan pengasas
Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara,
raja terakhir ( 1268 - 1292 ) Kerajaan
Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Sribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga ( 1326 - 1350 ) Kerajaan Majapahit,
beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian
menikahi Singhwardana, dan memiliki Puteri Sarawardani. Kemudian ia
menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir ni
tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu
Sribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit . Selain itu, beliau masih kerabat
dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (
anak dari Adityawarman ) yang menjawat sebagai Gabenor Majapahit di Pagar
Ruyung, Kerajaan Dharmasraya, dan Palembang.
Sebelumnya, Parameswara beragama Hindu, dan
kemudian memeluk agama Islam pada
tahun 1409 dan menggelar diri baginda
sebagai Raja Iskandar Shah. Baginda telah berkahwin dengan Puteri Pasai,Indonesia.
Dari agama yang diyakini kita dapat lihat Parameswara bukan asli dari Sriwijaya
atau Palembang, kerana umumnya mereka agama Buddha, Sriwijaya ketika masa Tampau adalah pusat pengembangan agama
Buddha di Asia Tenggara.
Menurut “ Suma Oriental ”,Parameswara ialah seorang Raja Palembang yang
menggantikan ayahandanya, Raja Samagi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara
Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai M jeura (“orang yang berani”) Ekoran daripada
itu, beliau melarikan diri ke Singapura.
Setelah membunuh wakil Raja Siam ( bernama Tamagi ) di Singapura,
Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu
tempoh yang tidak
lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu, dengan
seribu pengikutnya, beliau menuju ke Pantai Barat Semenanjung Melayu untuk
mancari tempat perlindungan yang baru.
MELAKA MENDAPAT NAMA
Menurut Sejarah Melayu (“ Malay
Annals ”) yang dikarang oleh Tun Sri
Lanang padatahun 1565, Parameswara melarikan
diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya.
Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan
yang mereka cuba
mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening
Ujong. Setelah berada di sana,
beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu
suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar
mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.
Semasa
berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang
salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan
kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di
kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok ( Pokok Melaka ) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu “ Melaka ”. Ancaman serangan daripada
Pihak Siam menyebabkan
keputusan Parameswara membayar ufti kepada Negara China pada tahun 1409supaya mendapat perlindungan. 1411, diringi oleh Laksamana Cheng Ho,
beliau melawat Negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan
Maharaja Ming,Yung Lo.
Kelihatan pedagang-pedagang Arab bersembahyang di
Melaka. Pada masa itu, Parameswara memeluk agama Islam.beliau menukar nama
beliau sebagai “ Raja Iskandar Shah ”. Pemerintahnya itu berkembang dengan
pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada
abad ke -15 dan ke -16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan
rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk
memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang
berkata, “Sesiapa yang menguasai Melaka”, dia dapat menguasai perdagangan dunia.
SISTEM
PENTADBIRAN MELAKA
Sistem pentadbiran
Melaka berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sultan menjadi ketua
kerajaan. Baginda dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada
Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
Mari kita lihat tugasan dan tanggungjawab Sultan Pembesar Empat.
BIL
|
JAWATAN
|
TUGAS
|
1.
|
Sultan
|
Sultan merupakan
ketua kerajaan dan ketua agama. Baginda mempunyai kuasa mutlak dalam semua
urusan pentadbiran negara. Baginda mempunyai kuasa untuk melantik pembesar, menyelaras
kegiatan perdagangan ketua tentera dan menjalinkan hubungan diplomak.
|
2.
|
Bendahara
|
Bendahara
merupakan ketua pentadbiran negara, penasihat utama kepada Sultan, Ketua
Turus angkatan angkatan perang dan Ketua Hakim. Bendahara juga menjadi
Pemangku Sultan ketika Sultan gering atau ke luar negara.
|
3.
|
Temenggung
|
Temenggung
merupakan Ketua Polis dan Ketua Penjara, Hakim kes-kes jenayah di darat,
Penguasa Kota Melaka.
|
4.
|
Penghulu
Bendahari
Laksamana
|
Penghulu
Bendahari merupakan pengurusan perbelanjaan negeri, Ketua Bendahari, Ketua
Urus Setia Istana, Ketua Syahbandar dan memungut cukai atau ufti.
Laksamana
merupakan Ketua Angkatan Laut, Pengawal Keselamatan Sultan, Ketua Ututusan
diraja ke seberang laut.
|
TOKOH-TOKOH KESULTANAN
MELAYU MELAKA
SULTAN MELAKA
|
TEMPOH MEMERINTAH
|
Parameswara (
Raja Iskandar Shah )
|
1400 - 1414
|
Sultan Megat
Iskandar Shah
|
1414 -1424
|
Sultan Muhammad
Shah
|
1424 -1444
|
Sultan Abu
Syahid
|
1444 -1446
|
Sultan Muzaffar
Shah
|
1446 - 1456
|
Sultan Mansur
Shah
|
1456 – 1477
|
Sultan Alauddin
Riayat Shah
|
1477 -1488
|
Sultan Mahmud
Shah
|
1488 -1511
|
|
|||
Comments
Post a Comment