Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Tokoh PQS Unit 1: IMAM ABU HANIFAH RA

LATAR BELAKANG Nama sebenar: Nu’man bin Thabit ra  Dilahirkan di Bandar Kufah,Iraq pada tahun 80H bersamaan 699M  Keturunan: Parsi. Bapanya telah berpindah dari Parsi dan menetap di Kufah  Beliau digelar Abu Hunaifah kerana seorang daripada anak lelakinya bernama Hunaifah. Ada yang mengatakan Hunaifah bermaksud org yang taat dan ahli ibadah. Pendapat lain mengatakan Hunaifah dalam bahasa Parsi bermaksud dakwat.  Imam Abu Hunaifah meninggal dunia di Baghdad pada bulan Rejab tahun 150H bersamaan 767M ketika berusia 70 tahun  SIFAT PERIBADI Berperibadi mulia,  bercita-cita tinggi, berani dan pintar  Petah bercakap tetapi pendiam, warak, peramah, tenang, sabar,  berpakaian bersih dan kemas  Seorang hartawan, berilmu, kuat beribadah, dermawan, beramanah dan zuhud  Seorang ahli perundangan dan digelar al-Imam al-A’zhom  PENDIDIKAN Mendapat pendidikan yang sempurna sejak kecil sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.  Hal ini demikian kerana, beliau mendapat semua ke

Remaja berwawasan penjana kemajuan negara

  Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan merupakan pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara, bak kata pepatah 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara'. Generasi berwawasan dapat ditafsirkan sebagai golongan muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras dengan saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020. Dewasa ini, sekiranya kita ingin melihat pemimpin di masa hadapan, lihatlah remaja pada masa kini. Oleh itu, usaha untuk melahirkan remaja yang berwawasan semakin perlu untuk diberikan keutamaan. Hal ini demikian kerana remaja yang berwawasan dapat menjana kepada kemajuan negara.Persoalannya, bagaimanakah caranya seseorang remaja yang berwawasan dapat menjana kepada kemajuan negara?.   Pertamanya, remaja harus dididik dengan nilai-nilai Islami dan murni untuk menjadi remaja berwawasan. Hal ini demikian kerana minda golongan remaja amat terdedah kepada pengaruh baru malah akan mengalami ketirisan ji

BAB 1-3: TAWANAN KOMANDER CAUCASUS(TINGKATAN 3)

  Assalamualaikum semua.. Saya kongsikan sinopsis novel Tawanan Komander Caucasus ni ikut bab. Novel ini hanya untuk kawasan Zon 2 iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan. BAB 1 : HILANG   Kehilangan Kim Yong mengejutkan banyak pihak. Ada yang mengatakan kehilangan itu dengan penculikan kerana Kim Yong merupakan anak hartawan yang telah meninggal dunia. Ada pula pendapat mengatakan bahawa Kim Yong melarikan diri dengan bapa tirinya yang garang dan mahu membolot harta yang diwarisinya. Malahan, ada yang mengatakan bahawa Kim Yong disembunyikan makhluk halus.      Kim Yong bersikap sombong dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya. Namun begitu, rakan-rakan sekelasnya iaitu Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Wei dan Devnath mengunjungi rumah Kim Yong untuk menunjukkan rasa simpati mereka terhadap ibu Kim Yong, Puan Lee. Di rumah itu, mereka mengetahui minat Kim Yong terhadap kumbang dan terdapat zoo mini yang menempatkan pelbagai spesies k

Dimensi DIRI : Isi karangan untuk Disiplin; Gejala Sosial; Makanan Ringan

KEPENTINGAN DISIPLIN KEPADA PELAJAR ·          Seseorang yang mempunyai disiplin diri dapat membina jati diri   -mempunyai jati diri yang lemah -pengaruh media massa dan pengaruh kawan yang kuat -Kesannya , remaja tidak berminat dalam pelajaran kerana terlalu berminat dalam pelajaran dan menumpukkan perhatian dan masa kepada media massa atau kawan ·          sikap disiplin dalam seseorang dapat meningkatkan kesedaran remaja dalam pelbagai perkara -tidak menyedari kepentingan akademik dan suka hidup dalam mimpi  -suka melepak ,merokok dan hidup dalam alam fantasi mereka -Akhirnya , mereka lupa daratan dan hilang arah tuju ·            disiplin yang ada pada seseorang remaja dapat menetapkan masa depan seorang remaja -Remaja alaf baharu ini mudah hilang arah tujuan kerna mereka tiada motivasi diri  -tidak membuat jadual belajar dan mereka malas untuk berusaha ·          sikap disiplin yang ada pada seseorang dapat meningkatkan imej diri -masalah remaja

🌸RESEPI KEK MARBLE MUDAH 4 BAHAN JE🌸

Apa khabar semua? Hari ni nak update resepi buat kek marble paling mudah...Kami biasa panggil kek pelangi uwan je Formula dia 1125... arwah uwan selalu cerita atuk panggil resepi dia wanwantupai😂 So bahan-bahannya senang je... 1 cawan tepung seperti gambar di atas 1 buttercup 250g (tak kisah jenama apa atau guna butter pon asalkn berat dia 250g ) 2 cawan gula *x kisah yg kastor atau kasar 5 biji telur Cara-caranya adalah seperti berikut : *syarat dia SILA PASTIKAN BARANGAN UNTUK MEMBUAT KEK INI KERING DAN TIADA SETITIK AIR PON TERKENA DEKAT ADUNAN...kalau x nnti kek ni merajuk Pecahkan 5 biji telur yang sudah dibasuh ke dalam blender bersama dengan 1 buttercup dan 1 gelas gula tadi..*pastikan adunan diblender sehingga halus Masukkan adunan yang telah diblender ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan 2 cawan tepung ke dalam adunan tersebut. Kacau sehingga adunan tersebut sebati dan lembut. Kemudian, bahagikan adunan kepada 3@4 bahagian. Masukkan adunan yang