Skip to main content

Beli buku dengan book depository worth it or not?

Hai guysss..
So hari ni kaydee nak share pengalaman beli buku Korean Dictionary by Woosung Kang dekat book depository.
Buku yang kaydee sertakan gambar di bawah ni kalau ikut harga dekat shopee rm140 tau tak termasuk postage. Jadi kaydee pon buat search dekat internet dan jumpa harga dia cuma RM87.90. Kaydee pon macam wahh murahnya jadi buatlah sedikit research pasal book depository ni.

So dia ada pros and conslah. Antara pros dia ialah pertama buku-buku di book depository merangkumi semua buku di seluruh dunia. Kedua, tawaran harga yang berpatutan dan ada diskaun lagi. Ketiga, book depository menyediakan penghantaran percuma kepada pembeli.

Cons dia pula ialah pertama penghantaran tiada nombor tracking disediakan. Jadi masa penghantaran pon mengambil masa yang agak lama. Buku kaydee ni pon ambil masa dalam hampir dua bulan untuk sampai. Tapi jangan risau walaupun tiada nombor tracking dan mengambil masa yang agak lama buku ni tetap akan sampai pada tuan dia.

 Kaydee mula-mula risau juga tengok dah sebulan tak sampai-sampai jadi kaydee hantar email kepada book depository. Email pon tak ambik masa untuk reply dalam sehari je. Kalau katalah kalian tunggu lama lebih daripada dua bulan tak sampai-sampai jadi kalian boleh hantar email kepada email book depository dan mereka akan menggantikan dengan buku baharu. Ni kalau betul-betul dah yakin tak sampai ye. Sebab ada juga pengalaman yang kaydee baca dia ingatkan buku tu salah alamat ataupun rosak tengah jalan, lepas hantar email lepas tengok-tengok elok je buku yang dia order tu sampai.

Overall I'm really satisfied with their services except for the fact that I have to wait longer but it's worth it๐Ÿ˜† Since the price was affordable and the packaging was good. My book came to me in a good condition. So yeah why not.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 10:Bertemu Puteri Coleoptera  Farhani menghulurkan minuman yang diisi dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang dahaga dan keletihan. Farhani tergamam apabila Kim Yong yang selama ini bersikap sombong kini mengucapkan terima kasih kepadanya. KimYong berjanji bahawa dia tidak akan bersikap sombong terhadap Farhani dan rakan-rakannya lagi.  Farhani dan Kim Yong dibawa oleh Bara untuk mengadap Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong ke meja makan. Mereka berdua makan dengan gelojoh kerana kelaparan manakala Bara, Puteri Coleoptera dan Dara Bintik menikmati makanan mereka dengan tertib. Puteri Coleoptera menjelaskan niat jahat Komander Caucasus kepada dua orang manusia itu. Komander Causcasus mempunyai impian yang besar untuk menakluki kerajaan kumbang dan juga manusia. Komander Caucasus ingin mentransformasikan dirinya menjadi manusia bagi membalas dendam terhadap manusia yang banyak membunuh kumbang.   Bara menegaskan bahawa m

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 4: Di manakah Farhani?  Chea Mei resah memikirkan cara untuk meminta keizinan neneknya untuk pergi mencari kumbang bersama-sama dengan Farhani dan Mira. Dia mencuri-curi keluar dari rumahnya melalui pintu belakang apabila jarum jam menunjukkan angka pukul tiga setengah.   Setelah hampir dua jam Mira dan Chea Mei menantikan kemunculan Farhani di situ, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Farhani. Ibu Farhani, Puan Asmah mesra menyambut kedatangan Mira dan Chea Mei ke rumahnya tetapi kehairanan apabila Mira dan Chea Mei menyatakan tujuan kedatangan mereka untuk bertemu dengan Farhani. Puan Asmah dan Encik Adnan meminta Mira dan Chea Mei menceritakan semula keseluruhan peristiwa yang berlaku itu.   Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah. Mira membuat andaian bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus tetapi andaiannya itu disangkal oleh bapanya, Encik Zaina

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 16:Pertabalan Puteri Coleoptera Komander Caucasus,Dara Bintik,dan pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan ketika malam beransur siang. Dara Merah ingin menunaikan janjinya namun Bara memujuk kumpulan remaja itu untuk pulang selepas menyaksikan pertabalan Puteri Coleoptera sebagai tonggak kerajaan kumbang.  Puteri Coleoptera berterima kasih atas bantuan dan kerjasama Farhani dan rakan-rakannya dan menghadiahkan mereka lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik. Farhani menghadiahi Puteri Coleoptera sapu tangan merah jambu miliknya yang bersulam huruf   ‘F’manakala  Bara, lampu suluh mini milik Haikal dan Dara Merah dihadiahi cecair Endosulfan oleh Farhani. Puteri Coleoptera melantik Bara sebagai penasihatnya, manakala Dara Merah pula dilantik sebagai komander tentera. Seperti yang dijanjikan,Dara Merah menghantar Farhani dan rakan-rakannya ke gerbang dimensi yang menghubungkan mereka dengan dunia manusia.  Akhir