Skip to main content

Sembelih ayam with homeroom

Ok... Jom sambung cerita pasal my homeroom..
Hari Khamis, bersamaan 1 Mac 2018...
Huda bersama-sama homeroom melakukan sembelihan ayam buat pertama kalinya....
Masa ni budak tingkatan 1 dan 4 je yang buat amali sembelihan. Tingkatan 2 dan 5 pula pergi buat amali pengurusan jenazah.. Program mula dengan majlis aqiqah anak Abi.. Selepas itu, setiap homeroom dapat 2 ekor ayam untuk disembelih... Ni first time pegang ayam hidup...huhuhu.. Disebabkan homeroom Huda ada lelaki, jadi kitorang membuat keputusan untuk bagi lelaki seekor ayam, budak perempuan ambil seekor ayam.. Memang nasiblah ayam yang Anaqah ambil tu kuat meronta...Nasib baik ayam yang Huda ambil tu pasrah je.. Jadi tak delah susah sangat nak handle..Malangnya ayam yang Huda pegang tu kena bagi dekat budak lelaki...So budak perempuan kenalah sembelih ayam yang Anaqah pegang tu...

Ok... masa penyembelihan berlangsung dari pukul 8 sehinggalah masuk waktu zohor...
Tukang sembelih ayam lelaki Hafiz.. Kalau perempuan pula Helwana..
Alhamdulillah Hafiz berjaya sembelih sehingga terputus urat marikh dan halkum.. Muka dia tu nampak lah cuak masa tengah sembelih ayam tu maklumlah first time sembelih kan?..... Masa pisau tu tembus punyalah banyak darah terpancut keluar.. Terkejut kami yang melihatnya😨😨😨... Lupa pula nak bagitau Hafiz dia punya tukang pegang ayam tu Harith... Wana pula Anaqah... Hahahaha...hurmmm... Ni yang lawak nk cerita niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚....Wana punya kes pula dia letak pisau lepas tu dia gerak-gerakkanlah pisau tu dengan yakin tapi rupa-rupanya pisau tak tembus pun lagi kulit ayam tu..... Dia cuma kumpulkan kulit ayam tu jeπŸ˜„πŸ˜„hahah..yang jadi saksi penyembelih ni semua hanya mampu bagi support je pada Helwana..kalau nak tolong kita pun takut kan bila tengok ayam tu meronta-ronta...dan kebetulan ustaz Amir ada dekat situ tengah tengok Wana...jadi dia pon suruh wana tekan pisau tu dan gerak ke atas dan bawah... Barulah pisau Wana tu tembus kulit ayam dan kami semua nampak darah terpancut keluar daripada ayam tu.. Time tu Wana fikir dah terpotong dah urat tu jadi dia pon lepaskan... Apa lagi meronta-rontalah ayam tu , darah dia semua terpercik dekat situ... Nasib baik ustaz Amir ada jadi penyelamat takdelah ayam tu jadi bangkai sebab dua urat tu putus sebelum dia mati...  Kalau ustaz tak de memang dah jadi bangkai kot rasanya... Hahahaha...πŸ˜„πŸ˜πŸ˜ Memang gelabah wey muka semua orang masa tu... Ada dalam 6-7 ekor ayam yang jadi bangkai...


Muka acah lebih..haha.. Good job Helwana! 

Haha.. Nampak tak muka cuak dia tu... 

Yang lain jadi tukang tengok je ..huhu

Hafiz sedang memulakan sembelihan... Sapelah yang tengah bercekak pinggang tu?..  Huhu

Ayam yang Helwana sembelih... 

Semua berdebar tengok Hafiz sembelih ayam tu.. 

Posing lepas sembelih... Barulah boleh tersenyum.. 
Aku pon nak posing juga... Heheheh... Ishh.. Sibuk je yang dekat belakang tuπŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’

Semua duduk menunggu nak tengok ayam tu mati perlahan-lahan.... Hahahahahah

Selepas itu, kami tunggu ayam tu mati dan pastikan yang ayam tu dah betul-betul... Ok untuk pengetahuan sembelih ayam bukan sampai dia mati ye... Kita cuma sembelih bagi urat Marikh dan halkum dia putus je tau... Nanti ayam tu akan mati perlahan-lahan nampak macam kejam tapi tu memang procedure dia...  Jadi , tugas yang pergi mencelur ayam tu dengan air panas Iriana dengan Deena buat...  Selepas tu , cabut bulu pulak Haikal, Anaqah, Amirah dan Aishah(kalau tak silap lah)... Hehehe.. Dah lupa sikit dah maklumlah daya ingatan kurang kuat..πŸ˜‹πŸ˜‹
Proses mencabut bulu selepas ayam dicelur..
Haikal , Anaqah dan Amirah cabut bulu ayam


Masa pergi basuh ayam tu sebelum dicelup dengan air panas


Nampaklah siapa yang akan duduk dapur bila balik kampung.. Hahaha.. Lepas ni kalau nak cabut bulu ayam lagi kita boleh panggil geng2 ni... 


Ok.. Tugas melapah ayam yang pertama ustaz Naim buat...perghhhh...Ustaz Naim buat memang cekap..terbaikkπŸ‘πŸ‘πŸ‘ Tak nampak kekok langsung... Nak dibandingkan dengan Syahmi yang lapah ayam kedua tuπŸ˜…πŸ˜…. Hahahahah.... Memang jauh beza dia...maklumlah first time buat Syahmi kan?...  Nasib baik walaupun dia buat agak kasar tapi ustaz sempat ke ahan daripada dia daripada termasuk dekat bahagian dalam ayam tu... Sebab dah lupa dah benda apa nama dia... Tapi untuk mengelakkan dia pecah sebab kalau dia pecah nanti rasa pahit tu kena dekat yang lain jadi tak sedap.... Masa sedang melapah tu, kita kena kosongkan bahagian perut tu lepas tu potong dia jadi kecik-kecik... Jangan bagi pancreatic dia pecah tau... Lepas tu.... ayam kedua tu Syahmi habiskan melapah... Masa dia potong kecik-kecik tu... Ya Allah... Macam nak hancur ayam tu nasib baik ayam tu masih ok... Oklah lepaslah juga Syahmi melapah ayam first time kan... Heheheh... Huhuhu..
Selesai sudah melapah..😊Menunggu orang habis melapah memang memenatkan sampai dah berjanggut kita tunggu lagi-lagi buat tengah panas... Hehheh hiperbola pula ayat tu... Tak delah penat sangat pon saja je nak over sikit.. ✌

Ambil gambar sebelum lapah ayam maklum semua busy je memanjang... Ni pon muka harith tak nampak
Dari depan kiri(lelaki): Isa,  Haikal,  Hafiz,  Harith,  Farhan, 
Belakang: Syahmi, Hazim dan Umar. 
Dari kanan depan(perempuan) : Amirah,  me cute,  Iriana,  Helwana,  Anaqah, 
Belakang: Sakinah,  Deena dan Aishah.. 

Alamak muka tak ready lagi... Takpelah sebab muka orang lain dah okay kita letak jelah.. Huhuhu.. 
Semua orang sedang tekun melihat Syahmi dan Hafiz melapah ayam yang kedua tu... 



Tuuu dia bakal chef akan datang... Hahahahah.. 

Selfie dulu.... Penat sangat nak tunggu diorang siap...huhu... 

Lepas tu,  ayam yang dah siap dilapah diletakkan dalam bekas... Sementara beberapa orang budak perempuan pergi bawa ke dewan selera untuk letak kunyit dan perap ayam tu untuk beberapa ketika jadi Huda,  Helwana dan Iriana pergilah menolong ustaz untuk membersihkan darah ayam-ayam tu...  Budak laki pulak ...hurm pergi mana lagi pergi suraulah tengok f2 dan f5 buat praktikal pengurusan jenazah..

Ok sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu masa untuk makan.. Yeah.. Ehh...belum lagilah sekarang ni masa untuk bakar ayam tu... Hehehe... Dah tak sabar sangat dah nak tengok hasil dia.. Ni memang keja yang memenatkan... Nasib baiklah ustaz Naim memang warrior untuk kemahiran kendiri.. Kalau ada kitorang je dekat situ... Hurmm tak taulah kitorang dapat buat api ke tak?..  Sementara menunggu tu Huda pon pergilah ambil nasi goreng yang telah disediakan oleh pihak ds... Fahamkan bahasa asrama... Haa... Apabila ayam dah siap diperap... Jadi kami pon letaklah di atas tempat BBQ tu... Pastu budak lelaki tolong bakar ayam dan sosej yang dah siap diperap tu...  Selepas tu,  budak perempuan pulak tukar syif... Huda memang tak sentuh pon bahagian bakat-bakat ni.... Hehehehe... Tunggu siap dihidangkan je..  Yang bijaknya disebabkan  tak ada penyepit jadi Amirah pon buatlah penyepit sendiri gabungan daripada dua sudu.. Selepas itu , kami menikmati makanan beramai-ramai dengan ustaz di tepi susur gajah depan asrama tu... 


Makan sambil menyambut birthday Iriana😁😁😁
Makcik bebel detected... HahahaπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜…
Deena tengah berbincang pasal baju homeroom dengan ustaz...Bagus Deena ahli homeroom bertanggungjawab.. HahahπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰


Muka kepenatan.... Hahahah


Muka acah je lebih yang depan tu... 


Takde photographer... Selfie je mampu.. Huhuhu.. πŸ˜‚πŸ˜‚


Muka sendiri takde.. Sebab akulah photographer tu.. Huhu..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Nilah tukang bakar ayam syif perempuan.. Nampak tak penyepit DIY tu... Nampak tak kreativiti terserlah di situ.. Bijak betullah ahli-ahli homeroom aku ni😎😎😎



Sekian sudah...  Hari yang memang menyeronokkan berkumpul bersama homeroom setelah sekian lam... Maklumlah dah upper formkan jadi busy je memanjangπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..pengalaman bermakna yang tiadak dapat dilupakan... Lepas makan-makan tu ada bomba datang buat show... Hahah... 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 10-12 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 10:Bertemu Puteri Coleoptera  Farhani menghulurkan minuman yang diisi dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang dahaga dan keletihan. Farhani tergamam apabila Kim Yong yang selama ini bersikap sombong kini mengucapkan terima kasih kepadanya. KimYong berjanji bahawa dia tidak akan bersikap sombong terhadap Farhani dan rakan-rakannya lagi.  Farhani dan Kim Yong dibawa oleh Bara untuk mengadap Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong ke meja makan. Mereka berdua makan dengan gelojoh kerana kelaparan manakala Bara, Puteri Coleoptera dan Dara Bintik menikmati makanan mereka dengan tertib. Puteri Coleoptera menjelaskan niat jahat Komander Caucasus kepada dua orang manusia itu. Komander Causcasus mempunyai impian yang besar untuk menakluki kerajaan kumbang dan juga manusia. Komander Caucasus ingin mentransformasikan dirinya menjadi manusia bagi membalas dendam terhadap manusia yang banyak membunuh kumbang.   Bara menegaskan bahawa m

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 4: Di manakah Farhani?  Chea Mei resah memikirkan cara untuk meminta keizinan neneknya untuk pergi mencari kumbang bersama-sama dengan Farhani dan Mira. Dia mencuri-curi keluar dari rumahnya melalui pintu belakang apabila jarum jam menunjukkan angka pukul tiga setengah.   Setelah hampir dua jam Mira dan Chea Mei menantikan kemunculan Farhani di situ, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Farhani. Ibu Farhani, Puan Asmah mesra menyambut kedatangan Mira dan Chea Mei ke rumahnya tetapi kehairanan apabila Mira dan Chea Mei menyatakan tujuan kedatangan mereka untuk bertemu dengan Farhani. Puan Asmah dan Encik Adnan meminta Mira dan Chea Mei menceritakan semula keseluruhan peristiwa yang berlaku itu.   Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah. Mira membuat andaian bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus tetapi andaiannya itu disangkal oleh bapanya, Encik Zaina

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

Bab 16:Pertabalan Puteri Coleoptera Komander Caucasus,Dara Bintik,dan pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan ketika malam beransur siang. Dara Merah ingin menunaikan janjinya namun Bara memujuk kumpulan remaja itu untuk pulang selepas menyaksikan pertabalan Puteri Coleoptera sebagai tonggak kerajaan kumbang.  Puteri Coleoptera berterima kasih atas bantuan dan kerjasama Farhani dan rakan-rakannya dan menghadiahkan mereka lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik. Farhani menghadiahi Puteri Coleoptera sapu tangan merah jambu miliknya yang bersulam huruf   ‘F’manakala  Bara, lampu suluh mini milik Haikal dan Dara Merah dihadiahi cecair Endosulfan oleh Farhani. Puteri Coleoptera melantik Bara sebagai penasihatnya, manakala Dara Merah pula dilantik sebagai komander tentera. Seperti yang dijanjikan,Dara Merah menghantar Farhani dan rakan-rakannya ke gerbang dimensi yang menghubungkan mereka dengan dunia manusia.  Akhir