BAB 1 ( Darah Pahlawan )
- Adnan bercita-cita ingin menjadi pahlawan seperti Hang Tuah. (ms 1)
- Pak Saidi ingin anaknya mewarisi semangat kepahlawanan kerana mereka merupakan keturunan pahlawan . (ms 2)
- Namun, Mak Milah tidak mahu anak-anaknya menjadi buruan orang putih seperti pahlawan Melayu dahulu. (ms 3)
- Pak Saidi merupakan cucu Datuk Siamang Gagap, tetapi dia merahsiakannya untuk mengelakkan pandangan serong oorang ramai terhadapnya. (ms 7)
BAB 2 ( Kampung Sungai Ramal )
- Adnan bermimpi dirinya menyaksikan pertempuran Hang Tuah dan kawan-kawannya menentang musuh mereka dengan penuh semanhat dan tekad. (ms 9)
- Pak Saidi kebiasaanya membawa anak sulungnya ke tempat kerja setiap pagi untuk mengajar anaknya betapa sukarnya mencari rezeki. (ms 10)
- Pak Samad menyindir Nordin dan rakan-rakannya yang suka membuang masa di warungnya dan tidak suka bekerja. (ms 13)
- Pak Karim mengatakan pada zaman mudanya dahulu mereka akan keluar dari belum terbit matahari sehingga tenggelam matahari untuk mencari rezeki bukannya seperti budak zaman sekarang yang tidak suka bekerja. (ms 13)
- Pak Saidi membalas kata-kata Nordin dengan mengatakan bahawa walaupun dirinya miskin namun dia tidak menyusahkan orang lain mahupun berhutang di warung malah dia juga mempunyai basikal seperti orang lain dan hidupnya juga tenang. (ms 14)
BAB 3 ( Harapan Seorang Ayah )
- Pak Saidi dapat melihat semangat kepahlawanan yang ada dalam diri anak sulungnya ketiks Adnan dan adik-adiknya bersilat kerana Adnan selalu menang dengan sikapnya yang tidak mahu mengalah. (ms 16)
- Mak Mialh menjawab sambil tersenum sinis apabila suaminya mengatakan bahawa dia menyampaikan apa-apa yang terkandung dalam risalah terbaharu ditulis oleh Syed Syeikh Al-Hadi kepada kawan-kawannya ketika di warung Pak Samad tadi. (ms 17+18)
- Tulisan Al-Hadi dalam majalah Al-Imam tentang kita mesti bersedia dengan memberikan didikan kepada anak-anak kita sekarang kerana mereka merupakan pemimpin masa depan telah mempengaruhi fikiran Pak Saidi untuk menyebarkannya kepada orang lain atas rasa tanggungjawabnya. (ms 19)
- Adnan dan adik-adiknya meminta ayahnyamembuat senapang untuk mereka kerana mereka ingin orang Melayu berperang menggunakan senapang seperti orang putih namun ayahnya mengatakan keris merupakan lambang kekuatan dan keberanian pahlawan Melayu. Itu telah membuatkan berfikir untuk menyuruh ayahnya membuat pedang dan keris kerana senapang bagi menembak musuh yang jauh manakala keris pula untuk menikam musuh yang dekat. (ms 19)
BAB 4 (Dusun Durian Di Tanah Perkuburan)
- Pak Saidi menjawab pertanyaan Adnan dengan mengatakan dusun durian berhampiran dengan kubur kerana dirinya yang mewakafkan sebahagian daripada tanah perkuburan akibat daripada kawasan perkuburan lama ditenggelami air ketika banjir dahulu. (ms 21)
- Adnan meminta ayahnya menceritakan tentang asal usul keturunan mereka dan Pak Saidi berpesan kepada Adnan untuk merahsiakan bahawa mereka merupakan keturunan pahlawan kerana datuknya juga berpesan begitu kepada ayahnya. (ms 23)
- Orang ramai memandang serong dengan keturunan pahlawan kerana mereka terpengaruh dengan dakyah Inggeris yang mengatakan mereka yang menentang ialah penderhaka. (ms 23)
- Di dusun durian itu, Pak Saidi pun bercerita tentang asal usul keturunan mereka bermula daripada moyangnya yang bernama Alang sehinggalah Alang melarikan diri ke Kampung Repah dan ada seorang anak lelakinya bernama Mukmin yang mempunyai anak bernama Kahar ataupun nama lainnya Datuk Siamang Gagap yang memimpin angkatan perang di Bukit Putus. (ms 24+25+26)
- Kini, Adnan baru mengetahui bahawa keluarganya merupakan keturunan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris. (ms 26)
- Pak Saidi juga menceritakan bagaimana Inggeris boleh menjajah Tanah Melayu serta pahlawan-pahlawan Melayu yang terbilang menentang malah pada masa kini penentangan tetap diteruskan dengan cara yang berbeza iaitu dengan menggunakan cara politik bukan lagi senjata seperti dahulu. (ms 26+27)
BAB 5 (Harapan Seorang Ibu)
- Pak Saidi memberikan nasihat kepada ketiga-tiga orang anaknya agar menjadi anak-anak yang soleh serta berbakti kepada bangsa, agama dan tanah air apabila mereka sudah dewasa nanti. (ms 29)
- Pak Saidi ingin menghantar anaknya ke sekolah Inggeris namun Mak Milah tidak mahu kerana takut akan pandangan masyarakat kampung. (ms 33)
- Mak Milah akur dengan keputusan suaminya yang muktamad untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris. (ms 34)
- Adnan dan adik-adiknya mempersetujui hasrat ayah mereka tanpa bantahan malah jelas terpapar wajah mereka penuh dengan kegembiraan apabila mendengar berita ini terutamanya Adnan. (ms 35)
BAB 6 (Guru Besar Steward)
- Pak Saidi menguruskan kemasukan Adnan ke sekolah Inggeris dengan berjumpa guru besar sekolah tersebut. (ms 36)
- Guru Besar berasa bangga apabila ada orang Melayu yang mahu menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris kerana selama dua tahun didirikan masih belum ada anak Melayu yang bersekolah di situ. (ms 37)
- Guru Besar Steward menerima Adnan untuk bersekolah kerana Pak Saidi tidak membenci Inggeris justeru Adnan boleh mula belajar bila-bila masa asalkan dia mempunyai baju, seluar dan kasut baharu. (ms 38+39)
- Pak Saidi sanggup menghantar sendiri anaknya ke sekolah dengan menaiki basikal walaupun jarak Kampung Sungai Ramal dengan sekolah itu agak jauh. (ms 41)
BAB 7 (Mereka Tidak Mengerti)
- Berita mengenai Pak Saidi menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris sudah heboh dan seluruh penduduk Kg. Sungai Ramal menjadi gempar. (ms 43)
- Sementara menunggu Isya', para jemaah akan duduk di beranda masjid sambil berbual-bual tentang isu-isu semasa yang berlaku di kampung itu malah mereka juga akan berbincang dan bertukar-tukar maklumat. (ms 43)
- Abu menyuruh Tok Ketua sebagai ketua kampung mengambil tindakan terhadap perbuatan Tok Saidi yang menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris kerana mereka takut Adnan dipengaruhi oleh Inggeris. (ms 44)
- Tok Ketua menyuruh Abu untuk tidak menjaga perihal orang lain dan menjaga anaknya sendiri kerana dia sudah banyak menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai anak Abu, si Nordin. (ms 45)
- Di rumah Abu, Nordin telah dirotan oleh ayahnya disebabkan Tok Ketua memberitahu bahawa dia telah mencuri buah-buahan, maka Nordin mengambil keputusan untuk keluar rumah bagi mengelakkan dirinya di rotan dan dia berfikir bahawa Pak Saidi yang memberitahu Tok Ketua tentang dirinya lalu dia berniat untuk mengenakan Pak Saidi supaya dia tidak menjadi pak sibuk lagi. (ms 45+46+47)
Comments
Post a Comment