😄Assalamualaikum semua,
Pada 6-9 April maktab saya(MRSM SG Besar) telah menjadi tuan rumah untuk PERTANDINGAN DEBAT MRSM SE-MALAYSIA. Team saya semuanya perempuan. Saya merupakan 3rd speaker .Tahun ini merupakan tahun pertama maktab kitorang lawan. Good Luck untuk semua peserta. Semoga maktab saya dapat mencipta keajaiban...
Pada 6-9 April maktab saya(MRSM SG Besar) telah menjadi tuan rumah untuk PERTANDINGAN DEBAT MRSM SE-MALAYSIA. Team saya semuanya perempuan. Saya merupakan 3rd speaker .Tahun ini merupakan tahun pertama maktab kitorang lawan. Good Luck untuk semua peserta. Semoga maktab saya dapat mencipta keajaiban...
CADANGAN USUL DEBAT ANTARA MRSM 2017
1.
POLITIK DLM NEGARA
a)
Sekarang ini hak untuk
menentukan tarikh pilihan raya umum diadakan adalah hak parti Pemerintah. Ini
menyebabkan ketidakadilan kepada parti-parti politik yang lain. Oleh yang
demikian, Dewan ini mencadangkan tarikh pilihan raya umum setiap lima tahun
adalah tetap.
b)
Dewan ini mencadangkan usia
layak mengundi diturun kepada 18 tahun.
c)
Dewan ini akan menambah jumlah
Menteri Kabinet untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
d)
Dewan ini percaya negara akan
lebih maju jika ahli politik tidak membuang masa berpolitik.
2.
LUAR NEGARA
a)
Dewan ini mencadangkan Malaysia
memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.
b)
Dewan ini percaya China akan
menjadi kuasa besar dunia.
c)
Dewan ini percaya ISIS ialah agenda
Barat.
d)
Dewan ini percaya Komuniti
ASEAN menjadikan ASEAN lebih kuat.
e)
Dewan ini percaya kemenangan
Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat akan membantutkan usaha
mengamankan dunia.
3.
EKONOMI
a)
Dalam kegawatan ekonomi yang
semakin buruk ini, ramai rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan. Ini
menimbulkan kesusahan yang amat teruk kepada mereka yang terlibat. Sehubungan
dengan itu, Dewan ini akan membayar elaun sara hidup kepada individu yang kehilangan
kerja kerana kegawatan ekonomi.
b)
Dewan ini mencadangkan
pemotongan gaji ahli Parlimen sewaktu negara menghadapi kegawatan ekonomi.
c)
Dewan ini percaya penetapan
harga minyak secara mingguan lebih baik.
d)
Dewan ini akan mengurangkan
jumlah cukai pendapatan.
4.
PENDIDIKAN
a)
Dewan ini percaya kewujudan
MRSM berbayar suatu diskriminasi.
b)
Dewan ini percaya belajar di
rumah lebih baik.
c)
Dewan ini mencadangkan jumlah
penerima biasiswa untuk pelajar ijazah pertama ditambah dan penerima biasiswa
untuk pelajar pasca ijazah dikurangkan
d)
Dewan ini akan menambah waktu persekolahan
untuk mengurangkan masalah sosial dalam kalangan pelajar.
5.
HUMOR / PERIBAHASA
a)
Dewan ini percaya akar tidak
menyamai rotan.
b)
Dewan ini percaya drama Melayu
sudah tidak Melayu.
c)
Dewan ini percaya
sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
d)
Dewan ini percaya Gegar Vaganza
sudah tidak bergegar.
e)
Dewan ini percaya sepi itu
indah.
6.
ALAM SEKITAR
a)
Dewan ini percaya merawat lebih
baik daripada mencegah.
b)
Demi melahirkan masyarakat yang
lebih berpengetahuan dalam mengendalikan sisa pepejal, kerajaan di negeri-negeri
tertentu telah menguatkuasakan ‘pengasingan sisa pepejal di punca’. Orang ramai
di negeri-negri tersebut diarah untuk mengasingkan sisa pepejal rumah
masing-masing mengikut kategori sisa pepejal sama ada plastic, kertas, kaca
atau lain-lain. Dewan ini percaya amalan pengasingan sisa pepejal di punca
berjaya mengurangkan masalah alam
sekitar.
c)
Dewan ini percaya sumber tenaga
alternatif akan meningkatkan kualiti alam Sekitar.
d)
Dewan ini akan membayar
insentif kepada syarikat yang menggunakan teknologi hijau.
7.
SUKAN
a)
Dewan ini percaya mutu sukan
negara akan lebih baik tanpa ahli politik.
b)
Dewan ini percaya penganjuran
sukan ASEAN merugikan Malaysia.
c)
Dewan ini percaya sukan
menyatupadukan rakyat.
d)
Dewan ini percaya imbuhan kejayaan
atlet di arena antarabangsa patut juga diberi kepada jurulatih.
8.
HAK ASASI
a)
Dewan ini percaya RUU 355 bukti
kesungguhan kita menjunjung hak asasi di Malaysia.
b)
Dewan ini percaya Lembaga
Penapis Filem menyekat hak rakyat.
c)
Dewan ini percaya hak kebebasan
bersuara lebih utama daripada hak kebebasan beragama.
d)
Dewan ini percaya hak bersuara
sudah disalah guna.
9.
KESAKSAMAAN GENDER
a)
Dewan ini percaya perempuan
sama seperti lelaki.
b)
Dewan ini percaya kesaksamaan
gender hanya satu retorik.
c)
Dewan ini akan menambah
peruntukan untuk memecahkan siling kaca itu.
d)
Dewan ini akan mencadangkan
hakim wanita sahaja untuk mengendalikan kes keganasan seksual terhadap
kanak-kanak.
10. SAINS DAN TEKNOLOGI
a)
Dewan ini percaya telefon
pintar menjadikan masyarakat semakin bodoh.
b)
Dewan ini akan menambah dana
kajian dan pembangunan sains dan teknologi demi menjadikan malaysia negara
maju.
c)
Dewan ini percaya sains dan
teknologi menjamin pembangunan negara.
d) Dewan ini akan percaya pendidikan sains dan teknologi menjadikan
pelajar lebih bijak.
Comments
Post a Comment