Update keberadaan terkini diđź“ŤKorea Selatan

Hai semua, Apa khabar?

Rasanya dah lama betul tak update blog ni. Last update tahun 2021, sekarang dah masuk tahun 2023.
Alhamdulilah Kaydee sihat je. Sekarang sedang menuntut belajar di Korea Selatan. Kaydee ambil kos Komputer Sains dan Engineering di Sejong Universiti, Seoul di bawah tajaan biasiswa Young Talent Development MARA(YTP MARA). Sekarang dah masuk setahun lebih di Korea Selatan. 

Ni kami photoshoot satu keluarga beberapa hari sebelum terbang ke Korea Selatan.

Sekarang ni tengah masuk musim ujian pertengahan. Oh ye, Kaydee juga bergiat aktif dalam kelab teater di Sejong. Sekarang ni dah pernah join dua teater, hehe. Nanti tu kita tulis cerita lain. Perubahan paling ketara sudah tentulah perubahan cuaca di Koreakan. Pertama kali jejak kaki di bumi Kimchi ni masa musim sejuk. Alhamdulillah dah dapat merasa empat musim. Musim kegemaran Kaydee adalah musim luruh. Mula-mula ingatkan musim bunga akan jadi musim favorite, tapi masa musim bunga, bunga cherry blossom boleh tengok seminggu je. Lepas tu dia gugur. Jadi sedih sikitlah huhu sebab jenis yang suka tengok benda cantik. Okaylah buat masa ni sekian sahaja penulisan saya di sini. Jumpa lagi di lain episod.


Suasana musim luruh di Sejong Universiti.
Sangat warna-warni dan cantikkan.

Gerbang Sejong Universiti. Cantik kan?
Ala-ala vibes korean historical drama gitu.


Comments

Popular posts from this blog

BAB 4-6 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 16-18 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)

BAB 7-9 : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (TINGKATAN 3)