Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2023

Update keberadaan terkini diđź“ŤKorea Selatan

Hai semua, Apa khabar? Rasanya dah lama betul tak update blog ni. Last update tahun 2021, sekarang dah masuk tahun 2023. Alhamdulilah Kaydee sihat je. Sekarang sedang menuntut belajar di Korea Selatan. Kaydee ambil kos Komputer Sains dan Engineering di Sejong Universiti, Seoul di bawah tajaan biasiswa Young Talent Development MARA(YTP MARA). Sekarang dah masuk setahun lebih di Korea Selatan.  Ni kami photoshoot satu keluarga beberapa hari sebelum terbang ke Korea Selatan. Sekarang ni tengah masuk musim ujian pertengahan. Oh ye, Kaydee juga bergiat aktif dalam kelab teater di Sejong. Sekarang ni dah pernah join dua teater, hehe. Nanti tu kita tulis cerita lain. Perubahan paling ketara sudah tentulah perubahan cuaca di Koreakan. Pertama kali jejak kaki di bumi Kimchi ni masa musim sejuk. Alhamdulillah dah dapat merasa empat musim. Musim kegemaran Kaydee adalah musim luruh. Mula-mula ingatkan musim bunga akan jadi musim favorite, tapi masa musim bunga, bunga cherry blossom boleh tengok se