Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

🌸Resepi Pancake Mudah dan Gebu🌸

PANCAKE GUNA 5 BAHAN Salam semuaa...ha dah tau ke nak sarapan apa harini?.. Kalau tak tahu nak masak apa, saya nak share resepi utk buat pancake gebu macam gambar ni.. Maaf warna bawah tu terlebih masak pula😅 Saya jamin pancake ni sedap dan mudah..hari tu buat sekejap je habis.. makan sampai petang pon masih lembut walaupun dah sejuk... BAHAN-BAHAN : 1 cawan tepung gandum 2 sdt  baking powder Kalau nak senang terus guna tepung naik sendiri jd tak payah tambah serbuk baking powder Secubit garam 2 sdb gula halus / kastor 1cawan susu kotak  Full-cream / susu cair  1 biji telur gred A, dikocok 2 sdb  butter , dicairkan 1 sdt esen vanila CARA-CARA 1. Asingkan Bahan Kering & Basah Mula-mula, satukan bahan-bahan kering – iaitu tepung,  baking powder,  garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan. Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – iaitu susu,  butter  yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata. 2.

🌸AISKRIM HOMEMADE PALING MUDAH & SEDAP🌸

Hai guys ok hari ni saya share resepi saya jumpa drpd fb.. Resepi aiskrim ni sangat mudah dan senang.. Ni sya dah buat minggu lepas.. klu coklat saya guna serbuk koko.. yg kuning tu perisa jagung.. yg pink tu rasa strawberry.. mmg sedap.. x perlu lagi lah rasanya nk beli dkt kedai bila teringin nk makan ice ream.. selain sedap, kost bahan2 pn x lah mahal sangat.. sya dpt buat 5 bekas hanya setin susu pekat manis setin susu cecair.. selebihnya perisa dan ovalette vanila.. nk sedap lgi letakan sedikit tepung jagung.. mmg kaw kaw makan sampai koma😂😂  Resepi aiskrim : BAHAN2 NYA : ✔️ 1 tin susu cair ✔️ 1 sdb ovalette ✔️ 2 sdb susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis boleh tmbah smpi scukup rasa) ✔️ 1 sdk esen vanila ✔️ Milo secukupnya ( xkesah nak letak banyak mana, kalo xde milo guna koko pon bole) Kalau tak suka milo bole je tukar perisa lain cm stoberi, jagung, keladi or pape je..hehe CARA2NYA: ✔️ Campurkan semua bahan2 kat atas tu kemudian pukul guna mixer or blend