BAB 1 ( Darah Pahlawan ) Adnan bercita-cita ingin menjadi pahlawan seperti Hang Tuah. (ms 1) Pak Saidi ingin anaknya mewarisi semangat kepahlawanan kerana mereka merupakan keturunan pahlawan . (ms 2) Namun, Mak Milah tidak mahu anak-anaknya menjadi buruan orang putih seperti pahlawan Melayu dahulu. (ms 3) Pak Saidi merupakan cucu Datuk Siamang Gagap, tetapi dia merahsiakannya untuk mengelakkan pandangan serong oorang ramai terhadapnya. (ms 7) BAB 2 ( Kampung Sungai Ramal ) Adnan bermimpi dirinya menyaksikan pertempuran Hang Tuah dan kawan-kawannya menentang musuh mereka dengan penuh semanhat dan tekad. (ms 9) Pak Saidi kebiasaanya membawa anak sulungnya ke tempat kerja setiap pagi untuk mengajar anaknya betapa sukarnya mencari rezeki. (ms 10) Pak Samad menyindir Nordin dan rakan-rakannya yang suka membuang masa di warungnya dan tidak suka bekerja. (ms 13) Pak Karim mengatakan pada zaman mudanya dahulu mereka akan keluar dari belum terbit matahari sehingga tenggelam mat