ROTI DH NAK EXPIRED?? Jom Try Puding Roti Custard! Biasa kalau kita beli roti gardenia mesti ada lebihan kan... Tak tahu nak buat apa dgn lebihan roti yg dh nak dkt expired? Jom kita buat puding roti dgn sos custard... BAHAN-BAHAN : BAHAN A : 1. 7-8 keping roti 2. 2 sudu besar butter yang dicairkan 3. 3 sudu besar kismis BAHAN B : 1. 500ml@2cawan susu segar / susu cair 2. 4 sudu besar gula halus 3. 2 biji telur 4. 1 sudu teh vanilla 5. 1 sudu teh cinnamon powder CARA-CARA: 1. Satukan bahan-bahan B. 2. Calitkan butter ke seluruh bahagian loyang. Koyakkan roti dan susun dalam loyang. 3. Tuangkan bahan B ke dalam loyang. Pastikan semua roti tenggelam dan biarkan selama 10-15 minit supaya bahan meresap dalam roti. 4. Masukkan separuh kismis dan mentega yang sudah dicairkan. Gaulkan bahan dengan sebati. 5. Taburkan lebihan kismis di atas adunan. 6. Bakar adunan pada suhu 180'C selama 30 minit sehingga masak. kalau tak cukup masak boleh tambah lagi masa untuk beberapa minit.