Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

UPSR & PSRA

Hai semua..... Semua apa khabar? Hari ini saya ingin menulis tentang UPSR & PSRA. Alhamdulillah,terima kasih tuhan kerana memberi kejayaan kepada saya. Saya mendapat 5A dalam UPSR &  Mumtaz dalam PSRA. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang banyak membantu & menyokong saya sepanjang saya berada di tahun 6.Saya ingin mengucapkan sebanyak-banyak jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah bekerja keras & berhempas pulas mengajar saya dari kecil sehingga dewasa. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya terutama ibu & ayah saya kerana tanpa mereka saya tidak akan lahir di dunia.Mereka tetap tabah menahan kerenah saya dalam apa jua keaadaan. Saya ingin mengucapkan Tahniah  kepada sesiapa yang mendapat 5A  dalam UPSR & Mumtaz  dalam PSRA.Kepada yang lain tidak mengapa jangan berputus asa & teruskan usaha kerana banyak lagi dugaan yang akan dihadapi di masa hadapan. Gambar bersama family & guru besar

Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum semua...... Saya Nurul Huda Faizah bt Alifi.Ini blog pertama saya. Ahli keluarga saya banyak membantu dan menyokong saya. Saya ingin menjadikan blog ini sebagai ruangan berkongsi ilmu & pandangan. Para pembaca juga boleh memberi pandangan di ruangan komen yang disediakan. Semoga para pembaca memperolehi manfaat hasil perbincangan & perkongsian ilmu di dalam blog saya.